Monday 30 April 2012

.: Pemakanan Semasa Berpantang :.


Pemakanan ialah aspek yang amat penting semasa dalam tempoh berpantang. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu. 


Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini, kurang berzat dan kurang air, ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah pakar perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan. 




Ikan yang tidak boleh dimakan semasa berpantang



Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. 


Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain. 






Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar. 




Ulam-ulaman 

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. 

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya: 

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku. 




Jenis sayuran dan buahan 

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botol, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme. 


Jenis ayam dan burung 

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.


Sunday 29 April 2012

DETOX Dengan ALFALFA


Slamat pagi semua.. Dalam article yang lepas saya banyak berkongsi tentang kehebatan Alfalfa dalam Mengeratkan Lagi Hubungan Suami Isteri.. Kali ni saya nak berkongsi pula peranan Alfalfa sebagai Detox Semulajadi.


DETOX atau dengan kata lain adalah 'membersihkan badan dari dalam'. Ia penting untuk penyerapan nutrien/vitamin. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna. Sebab tu ramai yang mengambil set slimming (yg tidak mempunyai DETOX) tidak berjaya menurunkan berat badan.



Untuk detox saya selalu cadangkan mengambil HERB-LAX seminggu 2kali dan ALFALFA setiap hari.. Ini kerana Alfalfa adalah agen pembersih badan dan penyahtoksik. Ia juga merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh.


Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik,menjadikan ia alfalfa berkualiti tinggi.



Jadi sekiranya anda nak kurangkan berat badan, inilah teman terbaik LECITHIN yang best tu..


Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan cara pengambilan yang betul serta dapatkan diskaun hebat untuk Set ini.. Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja! Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017 - 298 2635.. Jangan lupa add FB sy.

Saturday 28 April 2012

Nak Slim? Kena La 'Pecah Lemak'..

Salam semua.. Hari ni saya nak bercerita tentang Lecithin.. Jangan tak tahu, yang lecithin dah menjadi BFF saya sejak 2bulan yang lalu.. 


Asasnya, Lecithin berfungsi sebagai pemecah lemak (fat emulsifier). Tidak hairan lah kenapa Lecithin membantu saya mengurangkan berat badan dengan cepat. Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan 4000mg Lecithin sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.. "Patut la Lecithin ni glamer dikalangan mereka2 yang nak slim.. lepas mencuba sendiri, saya pun tak pernah lupa untuk makan lecithin setiap hari." 



Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol dan lemak-lemak tepu yang lain. Ia mempunyai kesan melekat kat lemak.. dalam perkataan ringkasnya, Lecithin menyebabkan lemak terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kita. 
Ni la die Lecithin yang BEST tu..

Memang best.. Tak percaya? Jom tengok apa kata mereka yang dah jatuh cinta ngan Lecithin ni..


Dan lagi



Ha.. kan da kata.. Lecithin memang Terbaekkk!!.. Bagi anda-anda yang nak slim tu, jangan ketinggalan untuk dapatkan Lecithin dari saya.. Ade Special Promotion tau untuk bulan May ni.. Hanya untuk pengunjung mommymiasara je...

Ha.. bila dah pecah lemak tu, jangan lupa plak DETOX-untuk buang lemak yang dah dipecahkan tu..

Ibu menyusu pun boleh slim tau.. KLIK SINI


Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan cara pengambilan yang betul serta dapatkan diskaun hebat untuk Set ini.. Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja! Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017 - 298 2635.. Jangan lupa add FB sy.


Thursday 26 April 2012

Bersalin Spontan Melalui Vagina


Ia merujuk kepada proses bersalin spontan tanpa bantuan forsep, vakum atau alat-alat lain. 






Prosedur


1.Doktor akan menganggar saiz bayi dan saiz bukaan serviks untuk memastikan tiada halangan semasa bersalin.


2.Semasa proses kelahiran, bukaan atau diameter serviks akan mencapai 10 cm bagi memastikan bayi boleh melaluinya.


3.Vagina dan bukaannya juga akan meregang sehingga diameternya berukuran sekurang-kurangnya 10 cm.


4.Apabila bayi mula memasuki vagina, otot dan kulit anda akan meregang ke tahap yang ekstrim.


5.Labia dan perineum (kawasan di antara vagina dan anus) akan mengembang dan mencapai tahap regangan yang maksima.


6.Anda akan merasa kulit anda seperti terbakar.


7.Sekiranya perlu, doktor anda akan melakukan episiotomi iaitu insisi kecil di bahagian bawah vagina (biasanya di sebelah kanan). 


8.Apabila bayi anda keluar, anda akan berasa kurang selesa. Doktor akan meminta anda berhenti meneran buat sementara. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada jururawat menyedut dan membersihkan hidung serta mulut dari cecair amnion dan mukus.


9.Setelah selesai, anda akan disuruh untuk meneran sekali lagi untuk mengeluarkan bahagian bahu bayi.


10.Tali pusat bayi seterusnya akan dikepit kemudian digunting. 


11.Plasenta akan keluar secara spontan atau mengambil masa lebih kurang setengah jam. Doktor anda mungkin akan menekan bahagian bawah abdomen untuk membantu mengecutkan rahim dan melonggarkan plasenta. Anda akan disuruh meneran untuk membantu proses pengeluaran plasenta.


12.Doktor akan memastikan plasenta dikeluarkan sepenuhnya. Sekiranya terdapat tisu plasenta tertingal, doktor akan memasukkan tangan ke dalam uterus anda untuk mengeluarkan bahagian yang tertinggal.



2 Buah Deep Freezer Penuh Dengan EBM untuk puteri kesayangan

Salam semua... Ingat lagi tak, dalam article yang lepas saya ada berkongsi testimoni PUAN SHIMA YANG BERPANTANG 100% DENGAN VITAMIN SHAKLEE... Banyak manfaat yang beliau dapat dengan SET BERSALIN SHAKLEE... Dan salah satu nye dah tentu la stok susu ibu yang sentiasa mencukupi untuk anak tersayang... Alhamdulillah, saya pun tumpang hepi bila ramai yang dah dapat kebaikkan dengan SET 3M ~ MILKBOOSTER PALING LARIS ~ nie..

Jom kite tengok stok EBM Puan Shima


Gamba diatas ni adalah hasil tuaian terbaru Puan Shima untuk baby Tasnim.. Menurut Puan Shima 2 buah deep freezer beliau juga penuh dengan stok EBM yang dikumpul sejak dalam pantang lagi..

Jom kite tengok pula deep freezer Puan shima


Dan ini..

Menurut cerita Puan Shima ini lah hasilnya bila beliau mengamalkan Shaklee secara konsisten, pam mengikut jadual yang ditetapkan dan doa yang berterusan serta tips yang disarankan oleh pengedar Shaklee... 

Pasti anda juga mahukan yang terbaik buat si kecil tersayang kan? Emm, tunggu ape lagi, dah ramai ibu-ibu yang berjaya mengatasi masalah penyusuan, ANDA BILA LAGI?


Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan cara pengambilan yang betul serta dapatkan diskaun hebat untuk Set ini.. Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja! Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017 - 298 2635.. Jangan lupa add FB sy.

Thursday 19 April 2012

Senaman Untuk Ibu Mengandung

Senaman ketika hamil mempunyai banyak manfaat. Senaman ketika mengandung mampu untuk meningkatkan stamina bakal ibu. Banyak kajian menunjukkan senaman membantu memudahkan proses bersalin kerana wanita ada tenaga kuat untuk meneran dan menolak bayi keluar.


Apabila bersenam, aliran darah menjadi lebih lancar. Maknanya lebih banyak oksigen dihantar ke otak dan seluruh badan yang membuatkan wanita berasa lebih segar dan bertenaga. Malah, organ badan juga berfungsi dengan lebih baik.


Wanita hamil boleh melakukan senaman pada bila-bila masa mengikut kesesuaian jadual waktu harian masing-masing sama ada pagi, tengah hari atau petang. Senaman pagi dan tengah hari boleh dilakukan selama 15 hingga 30 minit mengikut kemampuan. Kadar denyutan nadi pula jangan lebih daripada 120 hingga 140 seminit (normal 100 hingga 110 denyutan seminit).


Jenis senaman pula mesti bersifat lembut dan sederhana seperti yoga, pilates, senaman keseimbangan badan, tai chi, berjalan dan berenang. Ia bukan saja lembut, tetapi turut memberi penekanan kepada teknik pernafasan yang sangat penting, khususnya kepada wanita hamil.






Perkara asas senaman ketika hamil ialah secara sederhana. Jangan bersenam melebihi 45 minit dan berhenti jika terasa tidak selesa untuk mengelak masalah kepanasan berlebihan. Kepanasan berlebihan menjejaskan aliran darah ke rahim dan meningkatkan risiko kekurangan air dalam badan. Jadi wanita perlu minum banyak air ketika dan selepas bersenam.


Senaman yang perlu dielak ialah:

  • Berlari atau berjoging.
  • Senaman regangan keterlaluan.
  • Senaman yang menekan atau memberi tekanan pada perut.
  • Angkat berat.
  • Gerakan pusingan pinggang.



Program senaman wanita hamil memberi penekanan kepada latihan menguatkan otot, khususnya otot perut. Mereka juga diajar teknik pernafasan dan paling penting, pergerakan senaman yang perlu dielak ketika hamil.


Bila boleh mula bersenam? Tiga atau empat minggu kehamilan, dimulakan dengan kadar perlahan, terutama bagi wanita yang tidak pernah bersenam sebelum hamil.


Sentiasa ingat untuk memakai pakaian dan kasut sesuai untuk bersenam untuk mengelak kecederaan dan minum banyak air.



Wednesday 18 April 2012

Trimester Pertama

Perkara yang dapat dilakukan oleh ibu hamil pada saat kehamilan trimester pertama.


  •  Carilah informasi sebanyak-banyaknya tentang bagaimana caranya menjalani kehamilan yang sihat melalui buku, media akhbar, televisyen, internet, dll.
  • Mulailah dan segera membiasakan diri mengenakan baju-baju yang longgar, meskipun perut belum kelihatan membesar.
  • Pada trimester pertama, ibu hamil seringmengalami mual dan muntah yang salah satunya dapat menyebabkan dehidrasi, oleh kerana itu perbanyaklah ibu hamil minum air putih atau jus buah di luar jadual makan.

  • Makanlah jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang, dll
  • Hindarkan makanan yang mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti hidangan bersantan, gorengan atau daging berlemak.
  • Hindari aneka macam bau-bauan yang menyengat atau tidak disukai, hal ini untuk menghindarkan ibu hamil dari rasa mual dan muntah.

  • Biasakan memberus gigi setelah ibu hamil makan atau setelah mengalami muntah.

  • Untuk menghindarkan rasa mual dan pening, usahakan secara perlahan-lahan ketika ibu hamil hendak bangun dari tidur atau berbaring, jangan dilakukan secara sekaligus dan spontan
  • Ada baiknya ibu hamil makan dalam kuantiti kecil namun sering, hal ini juga untuk menghindarkan ibu hamil mengalami mual dan muntah
  • Sediakanlah selalu minuman dan makanan kecil yang mengandung kadar garam rendah di kamar tidur, hal ini dilakukan agar setelah makan makanan tersebut, ibu hamil terhindar dari rasa mual dan muntah pada saat akan beraktiviti. Makanan kecil yang dapat disajikan antara lain seperti biskuit, roti gandum, atau buah-buahan.
  • Bergabunglah atau carilah teman yang juga sedang mengalami kehamilan, atau bergabung di komuniti ibu hamil agar dapat saling bertukar pikiran dan pengalaman.

  • Makanlah biskut di pagi hari sebelum bangkit dari tempat tidur.
  • Minumlah susu hangat bila ibu hamil mengalami insomnia atau kesulitan tidur.
  • Bila ibu hamil mengalami sembelit, minumlah air putih minima 12 gelas sehari.
  • Jika ibu hamil merasa sakit di bagian bawah perut dan terlihat adanya flek darah, khususnya setelah kehamilan usia > 4 minggu, segera hubungi doktor.
  • Lakukan pemeriksaan bulanan untuk memastikan proses kehamilan berjalan secara sempurna, normal, selamat dan tiada komplikasi.

Sunday 15 April 2012

Untuk Yang Bersalin Secara Pembedahan Atau Nomal

Ramai ibu-ibu mengandung yang sedang tercari-cari Set Bersalin yang sesuai untuk berpantang nanti kan? Jangan pening-pening dengan lambakkan produk yang ada dipasaran. Yang penting, carilah produk yang dapat memberikan kesan terbaik untuk ibu dan yang paling utama tiada kesan sampingan pada baby. Maklumla, baby dalam pantang agak sensitif. Berhati-hati sebelum telan sebarang ubat, takut nanti timbul masalah lain pula kemudian hari.  


Ramai juga yang bertanyakan pada saya "kalau bersalin secara pembedahan / Caesarian boleh makan tak SET BERSALIN ni?" Ye lah, kite sendiri pun tak tahu sama ada kite boleh bersalin secara normal atau pun pembedahan kan? Takut nanti, dah beli mahal-mahal tapi tak boleh nak makan pula.. sedihhh..


Jawapan saya? Dah tentu la boleh.. Malah Set Bersalin ini sangat membantu LUKA JAHITAN CEPAT SEMBUH & BADAN CERGAS BERTENAGA

Jom kite tengok apa kata ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan & sangat berpuas hati dengan Shaklee


Best kan? Badan cergas je walaupun baru lepas pembedahan... Susu pun meriah, 1 hari Puan Shima dapat simpan 24oz susu..

Dan Lagi :

Dah tahu jawapan nye? Keputusan ditangan anda.. Tepuk dada tanya selera...



Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan cara pengambilan yang betul serta dapatkan diskaun hebat untuk Set ini.. Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja! Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017 - 298 2635.. Jangan lupa add FB sy.

Saturday 14 April 2012

.: Baby Shaklee :.

Salam semua.. Hari ni saya nak memperkenalkan baby Shaklee saya..
Saya merupakan seorang pengamal tegar Energizing Soy Protein (ESP). Saya mengambil ESP untuk memekatkan susu dan juga untuk menjadikan tubuh badan saya lebih sihat dan cergas untuk memastikan perjalanan penyusuan saya berjalan lebih lancar. Kerana saya sangat yakin apa yang saya makan akan mempengaruhi penyusuan saya. Jadi saya akan pastikan saya berikan yang terbaik buat buah hati kecil saya melalui penyusuan...



Inilah die buah hati kecil saya MiaSara.. Nama penuh nya Nur Damia Qaisara...


Yang ni MiaSara dengan sepupunya Shakira.. Jangan tak tahu, Miasara tak suka minum susu dalam botol... Nasib baik la saya bekerja dari rumah dan saya boleh fully DF MiaSara sehingga ke hari ini.


Sangat suka tengok body MiaSara yang ketul2 ni hasil dari susu ibu... Kerana saya sangat yakin susu ibu adalah yang terbaik buat MiaSara kerana susu ibu mengandungi antibody dan melindungi MiaSara dari penyakit. Alhamdulillah selepas mengamalkan Set Breastfeeding dan ESP setiap hari, MiaSara tak pernah demam. Kalau kena cucuk 3 serangkai pun, petang tu badan nya panas sikit, keesokkan hari nya Miasara akan pulih seperti biasa. Ini kerana set breastfeeding dan ESP membantu memperkayakan nutrisi dalam susu ibu serta membantu meningkatkan kesihatan ibu secara menyeluruh. Saya pun lebih sihat & bertenaga untuk menjaga buah hati kecil saya.


Berminat dengan mana-mana produk Shaklee? Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635.. Dapatkan tips percuma & cara pengambilan yang betul dari saya hanya untuk pengunjung mommymiasara.. Jangan lupa Add FB sy..

Friday 13 April 2012

.: Risiko Yang Mungkin Dihadapi oleh Bayi Yang Tidak Diberi Susu Ibu :.

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:


1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.


  • Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
  • Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.


2. Diabetes.

  • Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.


3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).


  • SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.


4. Masalah pernafasan.


  • Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
  • Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.


5. Jangkitan telinga.


  • Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
  • Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan  boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.


6. Kanser.


  • Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.


7. Jangkitan saluran pencernaan.


  • Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
  • Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.


8. Keberkesanan vaksin.


  • Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
  • Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.

(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)




9. Perkembangan rahang dan otot muka.


  • Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
  • Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
  • Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

10. Obesiti


  • Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).


Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.


** Sumber Dipetik Dari Breastfeeding Friendly Zone

Thursday 12 April 2012

.: Memperkayakan Nutrisi Dalam Susu Ibu :.

Adakah anda :
  • Ibu bekerja yang sering makan diluar?
  • Sangat sibuk hingga selalu skip makan?
  • Sering makan makanan segera?
  • Bimbang bayi anda tidak mendapat nutrisi secukupnya?

Jika anda merupakan seorang ibu yang sedang menyusukan anak dan tergolong dalam salah satu diatas, saya sarankan anda mengambil Euphoria Set B (Breastfeeding). Ini kerana Set B itu sendiri lebih kepada untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu serta membantu meningkatkan kesihatan ibu secara menyeluruh. Jika si ibu sihat bertenaga, pasti la susu pun dapat dihasilkan dengan lebih baik kan?






B-Complex
  • anti-stress dan tekanan. 
  • diperlukan untuk penghasilan hemoglobin. (cegah anemia)
  • menggalakkan pertumbuhan.
  • menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga.
  • untuk memetabolismekan lemak, protein dan karbohidrat 

Vita-C
  • sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu.
  • meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu.
  • Sekiranya bayi anda atau anda demam, tingkatkan pengambilan vitamin C ke 2 biji sehari.
  • bagi ibu-ibu yang menghadapi puting luka/melecet/berdarah, Insyaallah akan mudah sembuh.
  • vitamin C juga buatkan kulit makin bersih, cerah dan cantik.

Vita-Lea
  • Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. 
  • Kebiasaannya sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita disyorkan untuk perbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak, contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vita-lea telah dilengkapi dengan zat besi bagi membantu pembesaran anak lebih baik.
  • sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu pastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. 

Alfalfa
  • Merupakan herba di mana mempunyai 1001 fungsi dan salah satunya ialah membantu memekatkan susu dan juga memperbanyakkan susu. 
  • Turut membantu sistem penghadaman lebih lawas dan membuang angin di dalam badan di mana ada ibu-ibu yang sentiasa terkentut apabila mengambil alfalfa ia sangat bagus kerana dapat mengelakkan juga bayi daripada terkena kembug perut.
  • Pengambilan setiap ibu adalah berbeza. Ada yang mengambil 2 biji sahaja pun sudah mengalami bengkak susu namun ada juga yang memerlukan 4-10 biji sehari barulah menampakkan hasil dengan syarat minum air masak yang banyak. 


Jom tengok apa kata ibu yang dah mengamalkan Set B





Best kan? Disamping kite kumpul stok susu, kite juga dapat menambah nutrisi dalam susu ibu...





Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan cara pengambilan yang betul serta dapatkan diskaun hebat untuk Set ini.. Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja! Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017 - 298 2635.. Jangan lupa add FB sy.

Wednesday 11 April 2012

.: Untuk Ibu-Ibu Yang Mempunyai Masalah Penyusuan :.

Adakah ibu-ibu mengalami masalah penyusuan? Banyak usaha telah dilakukan, tapi hasilnya tetap menghampakan? Set Tripple M (3M) adalah yang terbaik untuk ibu-ibu semua.


Hepi tengok pic stok EBM ni.. Ni hasil tuaian Ibu Nur.. Yang berjaya kumpul 600 oz dalam masa kurang sebulan dengan 3M

Tripple M (3M) Mengandungi Vitalea (Multivitamin) lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Ostematrix (Kalsium Magnesium), Alfalfa dan Energizing Soy Protein (ESP).

Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2-3 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
Kalau anda juga mahu mengumpul stok seperti Ibu Nur, anda patut mencuba Set 3M. Selain boleh mempercepatkan penghasilan susu, set ini juga mampu memekatkan susu dan hasilnya baby anda kurang meragam kerana kekenyangan.. burppp.. alhamdulillah.. hehehe


Jom ikuti pula usaha Ibu Affnie mengumpul stok untuk Baby Amanda puteri kesayangan beliau.


Dan setelah mengikuti TIPS yang diberikan..


Yang terbaru, menurut beliau sekarang beliau sedang mencari Deep Freezer untuk stok EBM yang semakin meriah..

Bestkan? Jom dapatkan 3M

Ingin mendapatkan Shaklee Tripple M ini? Tetapi mempunyai kekangan bajet? Kini, ada tawaran istimewa buat ibu-ibu.. Dapatkan hasil yang sama dengan harga yang lebih murah hanya untuk pengunjung mommymiasara.blogspot.com

Jangan lupa dapatkan konsultasi percuma dan TIPS EKSKLUSIF pengambilan 3M dari kami.

Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com/ 017-298 2635 (nana)
Jangan lupa Add Fb saya : Ariel Damia Farhana

Tuesday 10 April 2012

Bentan Membawa Maut

Jangkitan kuman akibat tiada penjagaan rapi 


DALAM masyarakat Melayu, sering kita dengar, wanita selepas bersalin kena bentan, begitu juga dengan kanak-kanak yang baru lepas bersunat. Jika tidak dijaga betul-betul dalam tempoh pemulihan, mereka boleh diserang bentan.


Lebih membimbangkan, ada banyak juga wanita yang baru bersalin maut akibat bentan. Apakah sebenarnya bentan? Sejauh mana wanita benar-benar faham dan tahu mengenai penyakit itu?



Jika dirujuk pakar perubatan, bentan tidak pernah disebut dalam mana-mana jurnal perubatan. Ia adalah situasi yang berlaku kepada wanita selepas bersalin akibat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing berpunca daripada sikap sambil lewa atau tidak prihatin mereka terhadap tahap kesihatan dan kebersihan diri sehingga berisiko tinggi untuk jangkitan kuman. 


Lazimnya, wanita selepas bersalin lebih senang mendapat jangkitan kuman kerana berlaku perubahan hormon. Sepanjang tempoh itu, banyak perkara yang patut diambil kira, jangan terlalu taksub untuk mengikut petua ‘orang tua-tua’ atau kaedah tradisional yang banyak pantang larangnya. 


Contohnya, ketika dalam pantang, wanita tidak boleh terlalu banyak berjalan, turun naik tangga, minum air banyak, suhu badan terlalu sejuk dan tidak boleh makan makanan sebarangan. 


Ada antara petua ‘orang tua-tua’ membantu memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin dengan cepat, namun ada antaranya yang tidak begitu baik dan relevan sehingga boleh memudaratkan. 
Misalnya, kononnya minum air terlalu banyak takut perut menjadi buncit dan mengembang. Sebenarnya itu adalah persepsi yang salah kerana jika minum air sikit boleh menyebabkan kawasan faraj menjadi kering dan kurang buang air kecil serta air kencing menjadi kotor. 


Apabila ini berlaku, jangkitan kuman pada bahagian faraj dan jika tidak dirawat ia boleh merebak masuk ke dalam darah sehingga memudaratkan dan membawa maut. 


Pensyarah Kanan Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Dr Sofiah Sulaiman, ketika diajukan mengenai isu bentan, berkata memang tidak ada istilah bentan dalam kamus perubatan, namun ia sebenarnya bersangkutan mengenai jangkitan kuman kepada ibu selepas bersalin jika mereka tidak mengamalkan penjagaan kesihatan dengan betul. 


Katanya, wanita selepas bersalin memang mempunyai potensi diserang jangkitan kuman pada rahim, faraj, pundi kencing atau darah septicaemis jika tidak melakukan penjagaan lebih rapi. 


Sepanjang tempoh pemulihan itu, katanya, imunisasi wanita adalah sangat rendah, jika mereka ambil mudah dari segi dalam penjagaan diri, jangkitan kuman mudah terjadi. 


Dalam tempoh berpantang, darah nifas yang banyak keluar boleh menyebabkan jangkitan kuman jika wanita tidak kerap menukar tuala wanita. 


“Mereka juga seharusnya lebih banyak minum air, jaga kebersihan, lebih kerap menukar tuala wanita atau melakukan rawatan segera pada jahitan yang terbuka pada tempat peranakan untuk mengelak jangkitan kuman. Penjagaan lebih rapi di bahagian peranakan amat penting, termasuk untuk mengelak jahitan terbuka dan jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan kuman mudah berjangkit. 


“Selain itu, jika kurang minum air, boleh juga menyebabkan kawasan pundi air kencing menjadi kering hingga menyebabkan ia mudah dijangkiti penyakit. 


“Jangkitan kuman berlaku di mana-mana bahagian peranakan dan faraj wanita itu, yang kemudian merebak sehingga ke dalam saluran darah serta menyerang organ lain dalam badan seperti buah pinggang menyebabkannya tidak berfungsi atau berlaku kompilasi penyakit lain,” katanya. 


Pada masa sama, beliau menegaskan, dalam tempoh berpantang, wanita juga memerlukan penjagaan kesihatan dan pemakanan yang betul bagi mengelak jangkitan kuman. 


Jelasnya, sekitar tahun 1960-an, jangkitan kuman adalah pembunuh nombor satu bagi wanita selepas bersalin. Ia berlaku disebabkan pada waktu itu, pengambilan antibiotik tidak diberi penekanan. 


“Malah, negara mundur juga mengalami masalah sama. Jangkitan kuman menjadi pembunuh nombor satu wanita selepas bersalin. Pada era itu, ramai wanita bersalin di rumah dan bukan di hospital. Mereka mengamalkan rawatan cara sendiri atau tradisional serta mungkin juga disebabkan kurang penjagaan kesihatan serta kebersihan. 


“Bagaimanapun, dewasa ini, rekod wanita yang kena jangkitan kuman atau mati akibat jangkitan kuman tidak begitu serius kerana mengambil ubat antibiotik,” katanya. 


Dr Sofiah berkata, ada juga wanita yang disebabkan terlalu taksub untuk menjaga bentuk badan selepas bersalin tidak mengamalkan diet pemakanan yang betul dan kurang minum air menyebabkan mereka lebih berisiko dijangkiti kuman. 


“Wanita perlu makan makanan berkhasiat untuk mempercepatkan proses pemulihan, minum air banyak, lebih kerap menukar tuala wanita dan paling penting segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan termasuk mendapatkan antibiotik,” katanya. 


Sebagai langkah pencegahan menghalang kompilasi yang lebih serius terhadap penyakit lain, wanita yang mempunyai tanda seperti deman panas, sakit pinggang teruk dan berterusan, pendarahan melampau, perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. 


“Isu bentan tidak seharusnya dipandang ringan. Ia bukan saja punca kematian selepas bersalin, malah boleh menyebabkan pendarahan melampau selepas bersalin, darah tinggi ketika mengandung dan darah beku,” katanya.


**Sumber dipetik dari Berita Harian Online

Monday 9 April 2012

Sembelit + Jarang Membuang + Berat Badan Susah Nak Turun : Wajib DETOX

Adakah anda mengalami gejala berikut :
  • Susah nak membuang (sembelit)
  • Jarang membuang 
  • Perut rasa tidak selesa
  • Berat badan susah nak turun
  • Muka berjerawat & susah nak hilang

Sunday 8 April 2012

Jana Pendapatan Lumayan Secara Part Time/Full Time

Berminat nak jana pendapatan lumayan?
Dengan SHAKLEE, umpama anda membuka perniagaan anda sendiri kerana keupayaan menjana pendapatan adalah tanpa had.


Saya sendiri telah menjana pendapatan 4 angka hanya dari rumah dalam masa 3bulan sahaja. Alhamdulillah memang hidup saya berubah setelah saya serius ber-shaklee.. Dan sememangnya ramai yang dah berjaya mendapat 4-5 angka sebulan, hanya dari rumah.. ANDA BILA LAGI?


Best kan? Sambil jaga MiaSara pun sy leh dapat pendapatan lumayan..


Nak Join? Tapi tak tahu caranya?
Pertama sekali anda kena mendaftar sebagai ahli@pengedar Shaklee..

Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM660) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (dan saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau anda boleh pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 869 648 sebagai sponsor/upline.

Yuran keahlian Shaklee
Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee.
Sekiranya Cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau Cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase.

Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?
Benar, tak perlu maintain point atau wajib membuat pembelian.


Apa kelebihan menjadi ahli?


  1. Boleh membeli produk dengan harga ahli(15-20% diakaun) dan mengumpul point anda sendiri.
  2. Jika rajin berkongsi dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu mencari downline.
  3. Jika berminat untuk berbiz, ada kelas tertutup disediakan melalui blog tertutup khas untuk ini.
  4. Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local dan International-Umrah bg Muslim).



Apa kelebihan mendaftar ahli dengan Mommy Miasara?

  • Saya akan memberi tunjuk ajar secara percuma -pendedahan tentang CARA MARKETING ONLINE, RAHSIA BERJAYA DALAM BISNES ONLINE, INFO DAN CARA PENGAMBILAN PRODUCT, ASPEK TEKNIKAL DALAM MENGENDALIKAN FB serta banyak lagi.
  • Kelas tertutup juga disediakan khas untuk ini.



KERANA KAMI KOMITED UNTUK MEMBIMBING ANDA SEHINGGA BERJAYA

Kita Jumpa Di Puncak Kejayaan… Insyaallah..
Dimana ada kemahuan, disitu ada highwayyy...



JANGAN LUPA PM SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2021 Mommy Miasara. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.