Sunday 10 March 2013

Letih/Stress Punca Susu Berkurangan!

Assalamualaikum mommies..
Sihat ke? Cam mana penghasilan susu? ok? meriah? Alhamdulillah.. Atau pun ade yg selalu letih? Stress? No! no! no!.. Tak bagus cam tu.. Selalu letih, stress dan moody hanya akan menyebabkan susu anda semakin berkurangan! Ingat tu ye mommies..

STRESS

Semua orang akan menghadapi stress tidak kira bagi ibu yang berkerjaya ataupun ibu yang bekerja dirumah. Kita tidak boleh lari dari stress, tapi kita perlu tahu macam mana nak menangani stress. Ada juga diantara kita yang tidak sedar langsung yang kita sebenarnya stress.

Kalau badan stress susu pun takut nak keluar kan? Jadi ibu -ibu yang menyusu gembirakan diri anda. Terutama semasa sesi mengepam/memerah. Bayangkan anda berada bersama-sama anak anda. Ataupun bagi ibu yang menyusu secara direct,semasa menyusukan anak, usap-usapkan kepala . Ianya pasti dapat menenangkan hati ibu.


TIDAK CUKUP REHAT

Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga akan menyebabkan susu merudum. Oleh itu, walaupun sibuk macam mana, sebagai ibu yang menyusu anda perlu bijak untuk menguruskan masa untuk rehat.



KELETIHAN ATAU KURANG TIDUR
Tugas menjadi seorang ibu bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa bangun pada waktu malam untuk menyusukan bayi atau menenangkan bayi yang terjaga kerana lampin yang basah. Walau bagaimana pun ini tidak bermakna ibu-ibu boleh menjadikan ini sebagai alasan.

Keletihan bukan sahaja boleh mengganggu pengeluaran susu malah ia boleh mengganggu fungsi badan yang lain. Termasuk juga sistem pencernaan. Dapatkan bantuan suami untuk membantu menyalin lampin bayi secara bergilir-gilir pada waktu malam. Bagaimana pun anda masih perlu bangun pada waktu malam untuk menyusukan bayi. Tetapi perlu berasa bertuah kerana tidak perlu bangun untuk memanaskan air dan membancuh susu.
Tidur siang dalam jangka masa yang singkat boleh membantu mengurangkan keletihan tetapi pastikan anda tidak tidur berlebihan.




TEKANAN
Tekanan ini bukan sahaja boleh berpunca dari pelbagai masalah yang dihadapi dalam hidup sehari-hari malah ramai ibu-ibu yang secara tidak sedar akan berasa tertekan apabila mendapati pengeluaran susu mereka berkurangan. (Ini hanya akan memburukkan lagi keadaan susu anda!)

Diakui adalah amat sukar untuk tidak berasa tertekan, tetapi sebolehnya elakkan terlalu memikirkan masalah kekurangan susu ibu lebih-lebih lagi sewaktu memerah susu atau menyusukan bayi. Dakap bayi dan tenangkan fikiran. Jika tidak bersama bayi lihat gambarnya atau bayangkan saat-saat ketika bersama dengan bayi anda bagi membantu pengeluaran.



BAGAIMANA CARA MENANGANI MASALAH ANDA??

Kurangkan stress, kawal diri anda, tengok video lucu atau melihat gambar anak2 anda, selalu berzikir & memohon pada yg ESA agar perjalanan penyusuan anda dipermudahkan..  

Selain itu, jangan lupa bahawa ibu yang menyusu perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Cukup lengkap dari segi karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Tapi mampukah kita untuk mengambil semua makanan? Dan kita juga tidak lari dari mengambil fast food. Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak mengambil makanan seimbang. Disinilah supplements berfungsi iaitu untuk melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan. 


Jom tengok apa yang pengguna set penyusuan shaklee dapat selepas mengamalkan set penyusuan secara konsisten?

Pengguna 1 :



Pengguna 2 : 

Pengguna 3 :


Alhamdulillah syukurr.. saya sendiri akui.. Dengan izin Allah, saya rasa kurang letih, tidak lesu dan sentiasa cergas dengan shaklee.. Nak tau setiap fungsi yg terdapat dalam set penyusuan ni?

KLIK LINK NI >> SET PENYUSUAN 3M & SET PENYUSUAN PILIHAN RAMAI 



Kepada anda yg nak dapatkan mana2 set penyusuan Shaklee, Sila hubungi sy utk maklumat lanjut. Sy menawarkan HARGA TERENDAH utk anda. Dapatkan hasil yang sama dengan harga yang lebih murah hanya untuk pengunjung mommymiasara.com sahaja

Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com/ 017-298 2635 (nana)
Jangan lupa Add Fb saya : Ariel Damia Farhana







Tuesday 5 March 2013

Vitamin Ibu Mengandung Menyebabkan Bayi Besar?

Ramai ibu mengandung salah anggap tentang vitamin dan membuat kesimpulan sendiri : 
"tak nak lah makan vitamin, nanti baby besar susah nak beranak!"
Pernah dengar tak orang kata cam ni atau anda sendiri yang berkata begini? SALAH TU..

Tak percaya? Jom kite tengok apa kata pakar..


Dan menurut Dr.Mohamad Rafi dari Hospital UMRA, Shah Alam, Vitamin ibu mengandung bertujuan untuk menambahkan tahap darah merah ibu bukannya untuk membesarkan bayi. Sekiranya ibu kurang darah dan kelihatan pucat, pendarahan sewaktu kelahiran mungkin boleh berlaku dan ia membahayakan. Bayi yang besar banyak bergantung kepada baka atau adakalanya ibu menghidap diabetes.




Apakah penyebab bayi besar dari usia kandungan??
  • Faktor keturunan - Ibu bapa yang besar akan melahirkan bayi yang besar
  • Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung
  • Ibu yang mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi semasa mengandung - iaitu ibu yang mengidap kencing manis.

Jadi pengambilan vitamin semasa mengandung sama sekali tiada kaitan dengan 'baby besar dalam kandungan'. 

Kenapa kita perlu mengambil vitamin ibu mengandung??
  • Semasa mengandung si ibu perlu khasiat yang lebih dari biasa untuk diri sendiri dan janin yang dikandung. Perlu makan makanan seimbang & berkhasiat seperti buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain, kekacang. 
  • Kebanyakkan ibu mengandung mengalami alahan dan muntah2 yang menyebabkan sukar untuk mendapatkan zat yang mencukupi, jadi pengambilan vitamin tambahan adalah disarankan.
  • Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.
  • Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membina lebih sel-sel darah untuk mempastikan oksigen yang cukup untuk bayi, dan zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita.  

Ha.. dengar tu mommies ye.. vitamin wajib dimakan ketika mengandung! Saya sendiri makan vitamin sehingga lah hari terakhir sebelum saya dimasukkan ke hospital ;)
Vitamin/Suplement bertujuan menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita bagi menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita.. Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim.


Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?

Apa pula komen momies yang menggunakan set pregnancy shaklee?




Pastikan anda memilih nutrisi dari bahan semulajadi yang sentiasa selamat, berkesan & tiada kesan sampingan.

Berminat?
Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan dapatkan diskaun hebat untuk Set ini.. Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja! Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017 - 298 2635.. Jangan lupa add FB sy..   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2021 Mommy Miasara. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.