Sunday 22 July 2012

Pentingnya Pemilihan Set Berpantang Yang Terbaik

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua..


Sedih kan kalau baby kita jadi seperti baby ibu ni..



Sebagai ibu pastinya kita tak sanggup melihat anak berada dalam kesakitan atau tidak selesakan. Tapi keinginan kita sebagai wanita pula untuk cepat kurus, cepat cantik, segar dan kembali seperti sebelum mengandung membuatkan ibu tidak sabar-sabar mengambil pelbagai jenis jamu sebaik sahaja bersalin.

Memang TAK SALAH! Tapi perlu anda ketahui, pengambilan jamu dalam tempoh berpantang sebenarnya meningkatkan risiko bayi mendapat penyakit kuning dan pelbagai masalah lain yg memudaratkan kerana bayi yg baru lahir sangat sensitif lebih2 lagi jika bayi pramatang.

Menurut Pakar Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Apollo TTDI, Dr Sharifah Khatijah Syed Hassan, berkata ada banyak faktor meningkatkan risiko bayi berhadapan dengan penyakit kuning. Walaupun penyakit kuning dialami 75 peratus bayi matang dan 80 peratus bayi pramatang tetapi beberapa faktor termasuk pengambilan jamu dalam tempoh 14 hari selepas kelahiran meningkatkan lagi risiko bayi mendapat penyakit kuning. (INFO : Berita Harian 30 Julai 2006)

Jadi hari ni sy nak kongsikan dengan ibu semua TIPS memilih SET BERPANTANG yg betul agar ibu kembali sihat dan cergas serta bayi tidak mendapat kesan sampingan yg memudaratkan.

  • Pilih Set Berpantang yg diluluskan oleh KKM
  • Pilih Set Berpantang yg boleh diambil dari hari pertama bersalin supaya luka cepat sembuh dan badan kembali segar dengan cepat..
  • Pilih Set Berpantang yg tidak memudaratkan bayi, tidak panas & tidak mengakibatkan cirit..
  • Pilih Set Berpantang yg tetap boleh terus diambil walaupun anak menghidap penyakit kuning, jadi ibu akan tetap segar untuk menjaga baby..
  • Pilih Set Berpantang yg boleh melawaskan pembuangan 
  • Pilih Set Berpantang yg boleh diambil walaupun anda terpaksa dibedah, jadi tiada la pembaziran walaupun anda kena czer
  • Pilih Set Berpantang yg boleh diambil walaupun anak anda menghidap eczema atau G6PD
Dah tengok TIPS.. Jom tengok Testimoni pulak..


Ape yg ibu2 ni amalkan semasa berpantang?




Berminat untuk dapatkan Set Berpantang ni? HARGA ISTIMEWA hanya untuk pengunjung mommiasara.com

Hubungi sy di
017-298 2635 (call/sms/watssup)
email : mommymiasara@gmail.com
ADD FB sy : Ariel Damia Farhana

Tuesday 17 July 2012

Risau Berat Anak Susah Nak Naik

Sebagai ibu pastinya sedih bila berat anak tak naik2.. Bertambah sedih bila misi kat klinik kesihatan selalu bising2.. Lagi haru kalau berat anak, turun pulak..! Dan ibu kite sendiri atau ibu mertua selalu cakap "mama tak bagi makan ke". Wah! kite pulak dipersalahkan? 


Sedangkan kita dah berusaha macam2 untuk pastikan anak kesayangan kita mendapat zat dan nutrisi. Dari pemakanan seimbang sampai la cara masakan dan hidangan. Tapi baru 2-3 suap, anak da tutup mulut rapat2 tak mau makan.. Kadang tu, siap main kejar2 lagi time nak suap anak makan.. hurmmm..anak pun selalu je demam dan selsema.. putus asa?? Jangan macam tu..


Jom kite tengok berita gembira yang 2 org ibu ni kongsikan...








Apa tu Meal Shakes? 

  • Rasa FRENCH VANILLA yang sangat sedap (seperti aiskrim vanilla). Pasti digemari anak-anak.
  • Kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar kuat dan sihat.
  • Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan.
  • Gabungan multivitamin dan multimineral yang membekalkan keperluan nutrisi anak-anak yang sedang membesar.
  • Amat sesuai untuk anak-anak yang aktif, kurang selera makan, kurang berat badan dan sering demam atau mengalami sembelit.
  • Membantu menguatkan sistem imuniti anak-anak.
Nak dapatkan Meal Shakes pada Harga ISTIMEWA? Sila PM/email sy segera.

Hubungi saya segera

017-298 2635 (call/sms/whatssup)
email : mommymiasara@gmail.com
Jangan lupa add FB saya : Ariel Damia Farhana

Saturday 14 July 2012

Persediaan Menjalani Rukun Islam Ke-3

Slm.. Lebih kurang 1 minggu je lagi kite akan berpuasa di bulan Ramadhan.. Apa persediaan anda utk kekal sihat dan cergas sepanjang Ramadhan?? Dah tentunya ini merupakan cabaran untuk ibu yg mengandung dan  juga ibu menyusu seperti saya. Mengandung dan menyusukan anak bukanlah alasan untuk kita tidak melakukan rukun islam yg ketiga ini. Jom tengok bagaimana Shaklee boleh membantu anda menjalani ibadah puasa dengan lebih cergas dan lebih tenang..



Energizing Soy Protein (ESP) 

  • Bantu kekal bertenaga sepanjang hari. Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama kerana kadar pencernaan & penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat.  
  • Sumber protein yang baik membantu menyerap kolesterol, mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara. Tidakkah anda mahu tampil jelita di pagi AidilFitri nanti?
  • Sangat disyorkan utk ibu mengandung kerana ia adalah energy booster.
  • Sangat disyorkan utk ibu menyusukan anak kerana ia membantu mempercepatkan penghasilan susu & memekatkan susu ibu.


Shaklee Meal Shakes  

  • Multivitamin & multimineral, yang dilengkapi dengan protein, kalsium dan fiber. Sesuai bagi anda yang berasa sukar untuk menelan pelbagai jenis vitamin/ suplemen di sepanjang bulan Ramadhan ini. 
  • Fiber membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik, serta membuatkan anda berasa kurang lapar lebih lama. Hanya bancuhkan dengan segelas susu rendah lemak, dan anda boleh kongsikan khasiatnya seisi keluarga! Jangan lupa campurkan sesudu ESP ya!


Performance Drink


  • Bantu mengelakkan dehidrasi(kekurangan air dlm badan), dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. 
  • Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga selepas berbuka. Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur & sewaktu sahur. 
  • Rasa Oren yang menyegarkan!
  • Sangat sesuai untuk ibu menyusu dan ibu mengandung. Ia bukan milkbooster atau minuman penambah susu, tetapi ianya menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.



Jom kite tengok apa kata mereka yg dah mengamalkan set ni semasa berpuasa..






Alhamdulillah.. Ibu mengandung 7bulan pun dapat berpuasa penuh.. Anda bagaimana?? Jika tahun yg sebelum ni anda sering letih, kurang cergas dan tidak bermaya semasa berpuasa, anda patut cuba SET MIGHTY 3 GEM ini.. Hanya anda yg mengetahui bagaimana keadaan anda ketika berpuasa.. 


Barminat? Sila hubungi sy :


Call/Whatsupp : 017-298 2635 (nana)


email : mommymiasara@gmail.com


Add FB sy : Ariel Damia Farhana







Sunday 8 July 2012

Set 3M Pilihan Ramai Ibu Menyusu

Assalamualaikum semua.. 
Hari ni sy nak bercerita lagi tentang set penyusuan 3M. Ramai ibu2 menyusu yg memilih set penyusuan ini kerana hasilnya yg tidak mengecewakan. Bagi anda yg dah biase dengar set 3M, mesti dah tau kan ape yg terkandung dalam set penyusuan ni..
Waaahh.. Banyaknye.. Nak kena ambil semua ni ke? Bagi anda yg baru ingin mencuba, jangan bimbang, bukan nak kna ambil semua ni dalam 1 masa yg sama. Setiap pembelian akan disertakan dengan jadual pemakanan serta TIPS EKSKLUSIF khas untuk anda.

Setiap suppliment mempuanyai khasiatnya yg tersendiri. Selain membantu melancarkan penyusuan, mempercepat dan meningkatkan penghasilan susu, set 3M juga memberikan kesan lain.
  • badan terasa lebih sihat dan bertenaga
  • tidak mudah letih dan cergas sepanjang hari
  • susu pekat (hind milk) mudah terhasil, jadi bayi akan mudah kenyang & kurang meragam
  • menganjalkan payudara dan mencantikkan kulit dengan pengambilan ESP
  • mangatasi masalah keputihan dan 'kering ketika bersama' kerana alfalfa bertindak seperti kacip fatimah
  • mengatasi masalah sembelit
  • membantu mengurangkan stress dengan pengambilan B-complex
  • vitamin-c membantu meningkatkan sistem imun tubuh ibu dan anak
  • kalsium membantu menghilangkan masalah sakit pinggang, lutu dan sengal-sengal badan

Bestkan? Jadi tak hairan lah kenapa ibu2 yg dah mencuba trial pack akan beralih pula kepada full pack. Jom tengok apa kata ibu2 yg dah mencuba set 3M


Alhamdulillah.. Nak pergi kerja pn hati tenang kerana susu yg sentiasa mencukupi utk anak dan bekerja bukanlah halangan utk memberikan yg terbaik utk anak2.

Nak tengok lebih banyak testimoni set 3M? KLIK SINI

Kepada anda yg nak mencuba set 3M ni, Sila hubungi sy utk maklumat lanjut. Sy menawarkan HARGA TERENDAH utk anda. Dapatkan hasil yang sama dengan harga yang lebih murah hanya untuk pengunjung mommymiasara.com sahaja

Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com/ 017-298 2635 (nana)
Jangan lupa Add Fb saya : Ariel Damia Farhana




Perut Bayi Baru Lahir Sebesar Sebiji Guli?

Alhamdulillah anda dah selamat melahirkan permata yg ditunggu-tunggu selama ni.. Masalahnya sekarang, baby kerap menangis.. Nak mengempeng je(bahasa Jawa), klau orang utara cakap nak merap je dengan anda.. Selalunya orang tua-tua akan cakap mcm ni "anak kau ni lapar ni, tak cukup susu.. susu kau sikit..bagi la die nestum/susu tepung" Adakah anda pun akan fikirkan benda yang sama? 


Tahukah anda perut bayi yang baru lahir hanya sebesar sebiji guli! Jadi kolestrum yang dihasilkan ibu melalui susu awal ibu adalah sangat mencukupi walaupun kolestrum dihasilkan sedikit kerana menurut seorang pakar laktasi bertauliah Puan Rita Rahayu, saiz perut si kecil yg hanya 5-7ml kapasitinya. Sedangkan kolostrum ibu yg terhasil ialah antara 20-30ml. Bukankah ianya lebih dari mencukupi? Ini juga menjelaskan mengapa bayi yang diberi susu formula biasanya akan muntah dengan banyak kadang kala ada yg keluar melalui hidung.






Selepas tiga hari, perut bayi akan membesar sidikit. Apabila bayi masuk hari ketiga, besar perut bayi adalah sebesar bola ping pong sahaja iaitu 45-60 ml kapasiti dan pada ketika ini biasanya susu matang ibu sudah mula terhasil. Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi baru lahir seharusnya tidak timbul. Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yang diperlukan oleh bayinya. Kuantiti susu ibu yang diminum oleh anak secara terus tidak semestinya sama dengan kuantiti susu yang diperah.




Pada hari ke-10, saiz perut bayi sudah sebesar SEBIJI TELUR AYAM dan ia mampu untuk terus mengembang. Pada masa ini, perut bayi dapat menampung sebanyak 60-80 ml susu pada satu-satu masa.


Tahukah anda bayi menangis bukan hanya kerana lapar. Banyak sebab lain yg menyebabkan bayi menangis. Antaranya mungkin sebab persekitaran yg panas atau terlalu sejuk, kembung perut, tidak selesa dengan sesuatu keadaan, lampin basah dan anda perlu menukarnya.


**Jika sewaktu di dalam pantang, bayi anda sering menangis dan selalu nak ‘mengempeng’…Peluklah mereka…Belailah mereka..Mereka menangis bukan semata-mata kerana lapar…Mereka inginkan perhatian anda..Jika berada di payudara anda, mereka mendengar degupan jantung anda yang selama ini menjadi peneman setia hidupnya di dalam rahim anda…Mereka akan berasa tenang…..Susukan bayi anda sepenuhnya dengan susu ibu…InsyaAllah cukup untuk anak anda….**

Tuesday 3 July 2012

Tips Kumpul Stok Susu

Nak kumpul stok susu? 
Ini pembakar semangat buat mommies semua... 










Apa rahsianya??












Apa caranya??











Macam mana nak buat??















Hai mommies.. Excited kan tengok stok EBM yg banyak ni.. Sy kagum melihat mommies yg gigih mengumpul stok susu untuk anak tersayang.. Walaupun bekerja, itu bukan satu halangan untuk berikan yg terbaik utk si kecil.. Hari ni sy nak kongsikan dengan mommies semua rahsia bagaimana nak kumpul stok susu.



  1. Yakin dengan diri sendri dan yakin rezeki utk anak datang dari Allah s.w.t 
  2. Mulakan memerah susu seawal yg mungkin. Ini bergantung pada hari ke berapa susu matang anda keluar semasa dalam pantang. Ini bagi mengelakkan anda stress akibat kekurangan stok susu semasa anda mula bekerja nanti.
  3. Tidak memberikan bayi anda susu perahan. Sebaliknya susukan bayi secara terus jika anda bersama bayi. Susu perahan hanya diberikan sekiranya anda berjauhan dengan bayi. (keluar bekerja/keluar seketika)
  4. Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa. Namun bagi ibu yg mahir express susu menggunakan tangan kadang2 lebih byk hasilnya.
  5. Susukan bayi sambil mengepam. Sebelah susukan bayi, sebelah lagi pam. Dengan cara ini anda juga boleh menyediakan stok susu dengan lebih banyak.
  6. Memahami konsep demand & supply. Semakin banyak anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan dihasilakan.
  7. Disiplin.! Jika anda seorang ibu yg bekerja, pastikan anda mengepam susu setiap 3 jam. Andaikata hari tersebut anda terlalu sibuk, anda seharusnya menggantikan sesi mengepam pada sebelah malam (bangun malam)
  8. Pastikan tiada negatif stok. Sekiranya bayi anda menyusu 12oz di siang hari, pastikan anda membawa pulang sekurang-kurangnya 12oz atau lebih.
  9. Minum air secukupnya atau perbanyakkan makanan seperti sup dalam menu harian anda.
  10. Perbanyakkan makanan yg mengandungi protein dan kalsium. Kerana komponen utama susu ibu adalah protein dan kalsium. Jadi ianya membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.
  11. Ambil suppliment/penggalak susu. Ini adalah alternative bagi memastikan tubuh anda sentiasa sihat dan cergas bagi menghasilkan susu dengan lebih banyak. Elakkan mengambil penggalak susu yg mengandungi dadah.
  12. Doa yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan pada kedua2 belah payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.
  13. Sentiasa berfikiran positif. Bertenang dan bersabar jika mengalami dugaan semasa tempoh penyusuan. 
  14. Elakkan stress. Kerana stress hanya akan menyebabkan susu anda berkurangan.
  15. Berjumpalah dengan rakan2 yg menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kite lebih bersemangat dalam meneruskan misi kite..

Semoga tips yg sy berikan ini membantu mommies semua mengumpul stok susu ye..


Sunday 1 July 2012

Puting Leper Dan Puting Tenggelam

Semua ibu dilahirkan dengan keunikan yg tersendiri. Namun fungsi payudara tetap telah ditentukan untuk penyusuan susu ibu kepada bayi. (Kuasa Allah dalam mencipta makhluknya)


Keadaan puting leper (flat nipples) dan puting tenggelam (inverted nipples) boleh terjadi di kalangan 3-10% daripada populasi. Namun begitu, keunikan yang tersendiri ini tidak boleh dijadikan alasan ibu-ibu untuk tidak menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja.



Bagaimana menentukan keadaan puting adalah normal, leper atau tenggelam?


Caranya: Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan areola pada jarak diameter 1 inci daripada puting. 


Puting yang normal akan tertonjol apabila dikenakan tekanan pada areola. Tetapi puting leper tidak tertonjol keluar manakala puting tenggelam akan tertarik ke dalam. Lihat Rajah di bawah:



Bolehkah menyusukan bayi jika puting leper atau tenggelam?

Ibu-ibu perlu yakin bahawa walau bagaimanapun bentuk dan keadaan puting (sama ada leper atau tenggelam) bayi masih boleh menyusu dengan efektif. Ibu-ibu perlu:
  1. Tetapkan keyakinan bahawa ibu boleh menyusukan bayi dengan efektif.
  2. Fahami bahawa semasa penyusuan, mulut bayi perlu merangkum areola bukannya menghisap puting semata-mata.
  3. Latih bayi melekap dengan betul seawal kali pertama bayi mula menyusu daripada ibu (1 jam pertama selepas kelahiran).
  4. Berlatih dengan kerap sepanjang masa rooming-in (ibu bersama bayi di hospital) dan sepanjang masa tanpa jemu dan putus asa.
  5. Letakkan bayi pada posisi yang betul semasa penyusuan.
  6. Pelekapan yang baik boleh membantu menonjolkan puting yang leper.
  7. Menyusu bayi sebelum payudara menjadi bengkak. Pembengkakan payudara akan merumitkan keadaan kerana puting akan menjadi lebih leper/tenggelam. (Puting normal pun sukar menyusukan bayi apabila payudara bengkak).
  8. Ibu boleh juga mengepam sebelum menyusu bayi untuk menonjolkan sedikit puting supaya mudah bayi melekap dengan berkesan.
  9. Alternative lain ialah dengan menggunakan pam yg bersesuaian dan pam mengikut jadual yg betul (pam setiap 2-3jam skali)



Kesimpulannya walau bagaimanapun keadaan puting sama ada normal, leper atau tenggelam, anak-anak masih berhak mendapat susu ibu daripada ibunya. Ingat! Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.


Sumber: askdrsears.com, breastfeedingbasic.com, breastfeeding.hypermart.net, babycenter.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2021 Mommy Miasara. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.