Wednesday 10 April 2013

Omega + Lecithin = SUPERBB

Assalamualaikum mommies... Ramai yang komfius dan selalu tanya saya antara OMEGA dan LECITHIN yang mana paling bagus??

Jawapan saya, dah tentulah OMEGA.. KENAPA?? 



OMEGA Guard Shaklee - Omega 3 berupaya meningkatkan metabolisma badan. Kandungan Omega 3 di dalam darah juga memberi kesan tindakbalas kepada tubuh supaya mengguna lelemak di badan sebagai punca tenaga. Bukan itu sahaja, minyak ikan (Omega 3) ini juga mampu mengawal nafsu makan bagi mereka yang mahu membuang lemak di badan. Kunci kejayaan bagi menurunkan berat badan adalah kebolehan seseorang mengawal selera makan. Leptin (di dalam Omega 3) inilah yang akan beri signal kepada otak dan mengehadkan rasa lapar seseorang. Dengan bahasa yang ringkas, OMEGA Guard Shaklee mampu membakar lemak dan mengawal selera makan

Tapi apa akan jadi jika OMEGA diambil sekali dengan LECITHIN??

Jawapan saya, hasilnya memang SUPERBBB.. KENAPA??

Lecithin - memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan. Ini yang bestnya, bila makan je, mana-mana lemak yang tidak diingini akan dibuang oleh lecihtin ni. Macam penyerap lemak gitu, dan best nya, ia menghalang lemak baru untuk melekat semula pada badan. Terutama tang perut yang menyimpan lemak tu, kalau anda nampak terserlah buncitnya, memang sangat sesuai ambil lecitin ni.

Jadi gabungan kedua-dua OMEGA + LECITHIN akan membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih cepat dan berkesan.. Ditambah pula dengan pengambilan ALFALFA/HERB-LAX

Herblax - adalah sebagai detox dan mencuci usus. Mana-mana saki baki bahan yang tidak diingini pada usus akan dibersihkan dan barulah penyerapan vitamin-vitamin lain dalam badan akan berkesan. Ia juga adalah pakar detox kerana berupaya menyahkan bahan-bahan bertoksik dalam badan. 

Alfalfa: Digelar raja segala tumbuhan. Khasiatnya yang membantu melawaskan pembuangan kerana adanya fiber di dalamnya. Ibaratkan pembantu kepada lecitin dan omega, ia membantu membawa keluar lemak-lemak dan kolesterol dari badan. Pembantu yang baik! 

Jom tengok apa kata pengguna : 

1.


2.

 3.

Haa... Best kan?? Sy sendiri dah cuba makan OMEGA + LECITHIN,  memang SUPERBBB.. Memang kurang sangat rasa lapar lepas makan Omega.. Dan part paling best, nak makan apa2 pn tak takut sb ade lecithin yang tugasnya halang lemak dari melekat pada badan serta Omega yang membakar lemak-lemak tepu..

Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan cara pengambilan yang betul serta dapatkan diskaun hebat untuk Set ini.. Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja! 
Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017 - 298 2635.. 
Jangan lupa add FB sy. Ariel Damia Farhana

Tuesday 9 April 2013

TIPS MEMILIH HOSPITAL BERSALIN


Anda sedang hamil? Tentu persoalan di mana hendak bersalin bermain-main di fikiran. Memilih antara bersalin di hospital swasta atau kerajaan menjadi dilema pasangan bakal papa dan mama. Mana satu pilihan terbaik? Dapatkan maklumat berikut sebagai garis panduan.

Sewaktu melihat hospital dan klinik bersalin, anda tentu berasakan ia sama sahaja. Tetapi hakikatnya, bukan semua dapat memenuhi keperluan anda. Penting bagi anda menyenaraikan kriteria yang perlu ada pada hospital dan klinik bersalin yang sewajarnya menjadi pilihan anda.

Hakikatnya anda sendiri yang perlu membuat keputusan hospital mana untuk melahirkan bayi berdasarkan faktor keperluan, kemampuan dan keselesaan anda. Usah mengikut orang lain kerana setiap orang lain-lain keperluan dan kemampuannya.

Kebanyakan pakar obstetrik & ginekologi yang berpengalaman luas dalam bidang perbidanan dan sakit puan di hospital swasta dan kerajaan mempunyai panduan untuk bakal-bakal ibu dan wanita yang sedang merancang untuk memiliki anak ketika membuat pemilihan hospital untuk bersalin.



1. Pastikan anda tahu mengenai latar belakang sejarah kesihatan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, epilepsi, asma, jantung, kencing manis atau komplikasi semasa hamil dan melahirkan (yang lalu) yang memerlukan penjagaan rapi. Dapatkan pandangan daripada doktor O&G yang memeriksa anda.

2. Adakah hospital yang dipilih membenarkan pasangan anda masuk ke bilik bersalin semasa proses kelahiran bayi? Jika anda merancang untuk menyusukan bayi secara eksklusif, ambil tahu adakah hospital pilihan anda merupakan hospital rakan bayi (menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif).

3. Pastikan anda selesa dan serasi dengan doktor pakar O&G di hospital tersebut kerana dia akan memantau sepanjang kehamilan dan menyambut kelahiran bayi anda. Oleh itu sebaiknya biarlah pemilihan hospital bersalin dilakukan di awal kehamilan. Ini membolehkan anda dan doktor membina hubungan yang baik seterusnya memudahkan anda berkomunikasi jika ada sebarang masalah berkaitan kehamilan anda.

4. Pastikan lokasi hospital bersalin yang dipilih paling hampir dengan rumah kerana tidak tahu bila berlaku kecemasan. Jadi ia mudah untuk datang secepat mungkin tanpa perlu menempuh kesesakan jalan raya.

5. Pastikan hospital pilihan mempunyai kepakaran dan kemudahan yang lengkap jika berlaku sebarang kecemasan semasa melahirkan anak. Bagi mereka yang berisiko tinggi seperti ada masalah kesihatan, berpengalaman bersalin secara pembedahan caesarean, ada komplikasi semasa hamil, digalakkan bersalin di hospital kerajaan kerana kemudahan dan kepakaran yang lengkap dan cukup. Ini kerana bukan semua hospital swasta mempunyai pakar bius yang bersedia sepanjang masa atau kemudahan unit rawatan rapi neonatal.

Selepas meneliti serba sedikit maklumat mengenai beberapa hospital berikut, mungkin anda sudah memiliki panduan untuk memilih hospital bagi melahirkan zuriat. Tidak kira sama ada pilihan anda adalah hospital kerajaan ataupun swasta pastikan kriteria penting yang memihak kepada keselamatan diri sendiri dan bayi menjadi keutamaan.

Memang tidak dinafikan antara kedua hospital mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing yang hanya boleh dipertimbangkan oleh bakal mama sendiri. Bagaimanapun faktor kewangan juga antara perkara penting yang perlu diambil kira ketika memilih hospital bersalin.

Jika berkemampuan dan mahukan layanan lima bintang tidak salah memilih hospital swasta terkemuka sebagai pilihan bersalin. Namun bukan bermakna mereka yang memilih hospital kerajaan tidak menerima perkhidmatan berkualiti kerana kita sedia maklum fasiliti di hospital kerajaan lengkap dan canggih. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.



Sumber: Pa&Ma
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2021 Mommy Miasara. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.