Showing posts with label Tips Dan Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips Dan Petua. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

TIPS MEMILIH HOSPITAL BERSALIN


Anda sedang hamil? Tentu persoalan di mana hendak bersalin bermain-main di fikiran. Memilih antara bersalin di hospital swasta atau kerajaan menjadi dilema pasangan bakal papa dan mama. Mana satu pilihan terbaik? Dapatkan maklumat berikut sebagai garis panduan.

Sewaktu melihat hospital dan klinik bersalin, anda tentu berasakan ia sama sahaja. Tetapi hakikatnya, bukan semua dapat memenuhi keperluan anda. Penting bagi anda menyenaraikan kriteria yang perlu ada pada hospital dan klinik bersalin yang sewajarnya menjadi pilihan anda.

Hakikatnya anda sendiri yang perlu membuat keputusan hospital mana untuk melahirkan bayi berdasarkan faktor keperluan, kemampuan dan keselesaan anda. Usah mengikut orang lain kerana setiap orang lain-lain keperluan dan kemampuannya.

Kebanyakan pakar obstetrik & ginekologi yang berpengalaman luas dalam bidang perbidanan dan sakit puan di hospital swasta dan kerajaan mempunyai panduan untuk bakal-bakal ibu dan wanita yang sedang merancang untuk memiliki anak ketika membuat pemilihan hospital untuk bersalin.



1. Pastikan anda tahu mengenai latar belakang sejarah kesihatan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, epilepsi, asma, jantung, kencing manis atau komplikasi semasa hamil dan melahirkan (yang lalu) yang memerlukan penjagaan rapi. Dapatkan pandangan daripada doktor O&G yang memeriksa anda.

2. Adakah hospital yang dipilih membenarkan pasangan anda masuk ke bilik bersalin semasa proses kelahiran bayi? Jika anda merancang untuk menyusukan bayi secara eksklusif, ambil tahu adakah hospital pilihan anda merupakan hospital rakan bayi (menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif).

3. Pastikan anda selesa dan serasi dengan doktor pakar O&G di hospital tersebut kerana dia akan memantau sepanjang kehamilan dan menyambut kelahiran bayi anda. Oleh itu sebaiknya biarlah pemilihan hospital bersalin dilakukan di awal kehamilan. Ini membolehkan anda dan doktor membina hubungan yang baik seterusnya memudahkan anda berkomunikasi jika ada sebarang masalah berkaitan kehamilan anda.

4. Pastikan lokasi hospital bersalin yang dipilih paling hampir dengan rumah kerana tidak tahu bila berlaku kecemasan. Jadi ia mudah untuk datang secepat mungkin tanpa perlu menempuh kesesakan jalan raya.

5. Pastikan hospital pilihan mempunyai kepakaran dan kemudahan yang lengkap jika berlaku sebarang kecemasan semasa melahirkan anak. Bagi mereka yang berisiko tinggi seperti ada masalah kesihatan, berpengalaman bersalin secara pembedahan caesarean, ada komplikasi semasa hamil, digalakkan bersalin di hospital kerajaan kerana kemudahan dan kepakaran yang lengkap dan cukup. Ini kerana bukan semua hospital swasta mempunyai pakar bius yang bersedia sepanjang masa atau kemudahan unit rawatan rapi neonatal.

Selepas meneliti serba sedikit maklumat mengenai beberapa hospital berikut, mungkin anda sudah memiliki panduan untuk memilih hospital bagi melahirkan zuriat. Tidak kira sama ada pilihan anda adalah hospital kerajaan ataupun swasta pastikan kriteria penting yang memihak kepada keselamatan diri sendiri dan bayi menjadi keutamaan.

Memang tidak dinafikan antara kedua hospital mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing yang hanya boleh dipertimbangkan oleh bakal mama sendiri. Bagaimanapun faktor kewangan juga antara perkara penting yang perlu diambil kira ketika memilih hospital bersalin.

Jika berkemampuan dan mahukan layanan lima bintang tidak salah memilih hospital swasta terkemuka sebagai pilihan bersalin. Namun bukan bermakna mereka yang memilih hospital kerajaan tidak menerima perkhidmatan berkualiti kerana kita sedia maklum fasiliti di hospital kerajaan lengkap dan canggih. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.



Sumber: Pa&Ma

Tuesday, 12 February 2013

Tips Meningkatkan Kesuburan Lelaki

1) "Dah lama kawin, tapi kami masih belum dikurniakan cahayamata". 

2) "Anak sulong dah 5tahun tapi saya masih belum hamil lagi".

Masalah sukar hamil selalunya tertumpu pada kaum wanita sahaja. Persoalannya, tidakkah lelaki juga memainkan peranan penting dalam usaha untuk mendapatkan anak?

Wahai suami2, sila ambil perhatian ye... Entri kali ini saya ingin kongsikan Tips Meningkatkan Kesuburan Lelaki..

  • Berhenti merokok! Tahukah anda bahawa bahan2 yang terkandung dalam rokok akan merosakkan kualiti dan kuantiti sperma anda? Dan lebih buruknya lagi, bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok juga terbukti boleh mematikan telur wanita. Jadi jika anda merupakan seorang perokok tegar, jangan salahkan isteri anda, jika tidak hamil lagi. 
  • Pakai seluar longgar. Pemakaian seluar yang longgar dapat memastikan suhu alat kelamin terkawal, iaitu tidak terlalu panas agar mampu meningkatkan kualiti pengeluaran sperma.
  • Kafein. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa kafein terutamanya kopi mengurangkan kesuburan. Minum satu cawan kopi sehari dah cukup untuk mengurangkan separuh peluang concieve. 
  • Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air sangat penting untuk keseimbangan hormon. Selain itu anda juga memerlukan rehat secukupnya dan hindari stress.
  • Omega 3. Makanan seperti kekacang dan bijian mengandungi lemak asid omega 3 yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan ianya mempunyai kesan langsung terhadap hormon. Omega 3 merupakan bahan dasar pengeluaran hormon dan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh (antibody).

Jom kite tengok pula apa kata pakar...


BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU ANDA??

Vita-E:
  • Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah lain dari yang lain kerana ianya lengkap dgn Selenium. Satu capsule sehari membekalkan 400IU vitamin E dan 10mcg Selenium. Vitamin E merupakan salah satu anti-oksidan yg dikatakan mampu menghasilkan sperma yg lebih berkualiti.. Selenium pula membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas.
  • Vitamin E membantu suami lebih bertenaga, mudah teransang, mempunyai ereksi yg lebih lama serta mampu menghasilkan orgasma yg berkualiti. Bagi isteri pula, Vitamin E membantu menstabilkan hormon seterusnya membantu meningkatkan daya seksualnya. 



Zinc Complex :

  • Hormon mengembalikan keseimbangan hormon lelaki, membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna. Meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma lelaki.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. 
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.


    Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan dapatkan diskaun hebat untuk set ini.. Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja! Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017 - 298 2635.. Jangan lupa add FB sy.. 


Tuesday, 22 January 2013

Persediaan Penyusuan Semasa Hamil

Assalamualaikum mommies..

Setiap wanita mengandung dan bakal bergelar ibu, pastinya menyimpan hasrat yg besar untuk susukan bayi dengan penyusuan ibu sepenuhnya.. Betul tak? Manfaat dan khasiatnya memang tiada tandingan..
Anda nak susukan bayi anda dengan susu ibu? Jom persiapkan diri ke arah penyusuan susu ibu!

  • Setkan niat, azam dan tanam dalam hati anda juga pasti boleh menyusukan bayi seperti ibu2 yang lain.
  • Cari sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan. Paling penting fahami konsep asas penyusuan : SUPPLY vs DEMAND, iaitu semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu yang akan terhasil.
  • Sentiasa berfikiran positif bahawa susu anda cukup untuk keperluan anak dan yakin bahawa anak dapat menyusu dengan baik.
  • Hadiri kelas penyusuan /antenatal class yang dianjurkan oleh pihak hospital. Hadir bersama-sama dengan suami supaya encik suami juga fahami mengenai penyusuan susu ibu kerana anda akan memerlukan sokongan padu daripada beliau setelah bayi lahir.
  • Jika anda merupakan ibu bekerjaya, carilah breastpump yang bersesuaian. Saya memilih pam elektrik untuk keselesaan dan menjimatkan masa pam. Yang paling glamour medela freestyle walaupun harganya mencecah 4 angka, tetapi pelaburan itu adalah sangat berbaloi. Jangan lupa breast milk storage juga ya!
  • Bersihkan puting susu setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam. Elakkan sabun bahagian puting. Tarik dan urut puting perlahan2 semasa mandi. Sapu minyak zaitun pada puting.
  • Banyakkan berdoa supaya dipermudahkan perjalanan penyusuan anak anda. 

TIPS Sebaik sahaja melahirkan bayi :
  • Satu jam pertama kelahiran bayi adalah paling penting. Letakkan bayi pada payudara dan susukan sekerap mungkin. Rangsangan dari bayi penting untuk memastikan susu keluar. 
  • Jangan risau susu anda terlalu sedikit untuk bayi kerana kolestrum yang dihasilkan ibu melalui susu awal ibu adalah sangat mencukupi. Xpercaya?? Klik link ni untuk pembacaan selanjutnya : Perut Bayi Baru Lahir Sebesar Sebiji Guli 
  • Cari bidan yang boleh membantu untuk mengurut payu dara anda dalam tempoh seminggu kelahiran bayi. Proses urutan ini dapat melancarkan liang susu serta membuka lubang susu pada payudara anda. 
  • Amalkan pemakanan seimbang dan tinggi protein. Pemakanan yang sihat dapat membantu dalam pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu bagi memudahkan penghasilan dan pengaliran susu badan sebaik melahirkan bayi.
JOM tengok persediaan seorang ibu gigih ni..

Wow.. Tumpang hepi dengan hasil usaha beliau..
Semoga gambar ini boleh menaikkan semangat anda dalam menjayakan misi penyusuan anda!

Thursday, 8 November 2012

8 Perkara Tentang Kehamilan


1. Pemeriksaan Antenatal
Penjagaan antenatal sangat penting untuk memastikan anda dan bayi sihat sepanjang kehamilan. Berjumpa doktor O&G sejak awal kehamilan membolehkan mereka memantau kesihatan dan perkembangan bayi dan anda dari semasa ke semasa.

2. Jaga Pemakanan
Sebenarnya, dalam kehamilan tiada istilah makan untuk dua orang. Ketahuilah bahawa keperluan tenaga ibu hamil tidak berubah sepanjang enam bulan pertama kehamilan mereka. Keperluan ini mula meningkat sedikit ketika tiga bulan terakhir kehamilan iaitu penambahan lebih kurang 200 kalori sehari. Yang penting, ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pada masa yang sama, pastikan makanan yang diambil bersih bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit.
Sekiranya berpuasa, pastikan anda bersahur dan berbuka dengan makanan yang berkhasiat. Hidangan anda mestilah mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Cegah dehidrasi tubuh dengan perbanyakan minum air kosong pada waktu malam.

3. Pengambilan Asid Folik
Asid folik penting bagi ibu hamil kerana boleh membantu mencegah masalah spina bifida dan masalah kecacatan tiub neural. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian asid folik sebanyak 400mcg bermula semasa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

4. Bersenam
Senaman boleh memberi kekuatan dan ketahanan pada ibu hamil. Senaman juga akan memudahkan ibu hamil kembali ke bentuk tubuh asal selepas bayi anda dilahirkan. Semasa hamil, wanita digalakkan melakukan senaman lantai pelvik bagi menguatkan otot sekitar pelvik yang membantu mengelakkan daripada berlakunya inkontinens, yang selalu dialami oleh wanita hamil. Tekanan inkontinens adalah terkencing akibat aktiviti tertentu seperti bersin, ketawa atau bersenam.

5. Pakaian Dan Kasut Ketika Hamil
Sepanjang kehamilan, ibu-ibu disarankan agar memakai pakaian yang longgar dan tidak mencengkam terutamanya pada bahagian pinggang. Pastikan juga pakaian tersebut menggunakan fabrik yang mudah serap peluh seperti kain kapas. Pada masa yang sama, pakaian dalam juga perlu yang sesuai iaitu khas untuk wanita hamil. Untuk kaki, pilihlah kasut bertumit rendah dan diperbuat daripada kanvas atau kulit yang membantu memberi sokongan kepada tapak kaki anda.

6. Hadkan Pengambilan Kafein
Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa pengambilan terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko keguguran dan melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pakar memberitahu bahawa jumlah pengambilan kafein yang tidak memudaratkan ialah sekitar 150mg hingga 300mg, dalam 3 cawan. Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang kurang daripada kadar tersebut adalah lebih baik.

7. Atasi Morning Sickness
Morning sickness merupakan masalah paling biasa berlaku pada awal kehamilan tetapi tahap keseriusannya berbeza antara wanita. Masalah ini tidak akan mengancam bayi dalam kandungan selagi anda mampu untuk menyimpan sebahagian daripada apa yang dimakan. Sama penting adalah anda harus banyak minum air. Makanlah makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika berasa amat loya, makan apa saja yang mampu.

8. Rehat Secukupnya
Ibu hamil disarankan agar mendapatkan rehat secukupnya. Jika sakit belakang mengganggu tidur, cubalah berurut. Tapi, pastikan urutan tersebut dilakukan oleh individu yang berpengalaman. Selain itu, senaman dan aktiviti santai juga boleh membantu meredakan tekanan yang dihadapi.

Sunday, 23 September 2012

Tanda-Tanda Awal Bersalin

Selepas usia kandungan mencapai 36 minggu, boleh lah bakal2 ibu perhatikan tanda2 hendak bersalin seperti berikut :

  1. Kontraksi - Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.
  2. Sakit Belakang - Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap dan kadar kesakitan nya semakin kuat.
  3. Pecah Ketuban - Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.
  4. Lendir Pekat Bercampur Darah - Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah.

    **
    Amaran!!!  Walaupun (No 1-4) tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.

  5. Servis Terbuka - Hanya doktor yang akan tentukan bukaan serviks. Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui sama ada ibu hamil sudah benar-benar bersedia untuk proses kelahiran ataupun tidak. Biasanya, pemeriksaan ini dilakukan setiap dua hingga empat jam. Apabila semakin hampir 10 cm, pemeriksaan lebih kerap dilakukan.
  6. Perut Terasa Memulas Seperti Nak Buang Air Besar - Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk membuang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati... Jangan meneran sesuka hati ye..
  7. Kerap Terkencing - Ini kerana bayi sudah mula bergerak ke bawah.
  8. Perut kelihatan membuncit di bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong. Menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera.

Sunday, 13 May 2012

Aksi Bayi Dalam Kandungan


Janin di dalam kandungan juga sensitif terhadap persekitaran ibunya. Sentuhan lembut tangan ibu pada bahagian perut boleh membuatkan janin bertindak balas terhadap rangsangan yang diberikan. Hal ini berlaku kerana, janin di dalam kantung rahim sebenarnya bergerak.


Gerakan pada janin ini selalunya dapat dikesan antara minggu ke-18 hingga minggu ke-22. Sudah tentu ibu begitu terharu malah gembira setiap kali merasai gerakan janin.

Thursday, 3 May 2012

Buat Si Ayah Yang Baru Pertama Kali Bergelar Bapa


Anda baru sahaja ingin melelapkan mata. Tiba-tiba anak menangis. Hendak kejutkan isteri tidak sampai hati. Tidurnya lena mungkin kerana terlalu penat. Tangisan anak yang semakin kuat menjadikan anda panik. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan.


Sekiranya berhadapan dengan situasi ini, anda tidak perlu risau. Jangan rasa panik. Anda kena bertenang. Tidak dinafikan rasa panik adalah lumrah bagi lelaki yang baru pertama kali bergelar bapa. Tapi, inilah masa terbaik untuk anda belajar cara-cara untuk meredakan bayi yang menangis.

Monday, 30 April 2012

.: Pemakanan Semasa Berpantang :.


Pemakanan ialah aspek yang amat penting semasa dalam tempoh berpantang. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu. 


Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini, kurang berzat dan kurang air, ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah pakar perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan. 




Ikan yang tidak boleh dimakan semasa berpantang



Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. 


Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain. 






Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar. 




Ulam-ulaman 

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. 

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya: 

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku. 




Jenis sayuran dan buahan 

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botol, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme. 


Jenis ayam dan burung 

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.


Thursday, 26 April 2012

Bersalin Spontan Melalui Vagina


Ia merujuk kepada proses bersalin spontan tanpa bantuan forsep, vakum atau alat-alat lain. 






Prosedur


1.Doktor akan menganggar saiz bayi dan saiz bukaan serviks untuk memastikan tiada halangan semasa bersalin.


2.Semasa proses kelahiran, bukaan atau diameter serviks akan mencapai 10 cm bagi memastikan bayi boleh melaluinya.


3.Vagina dan bukaannya juga akan meregang sehingga diameternya berukuran sekurang-kurangnya 10 cm.


4.Apabila bayi mula memasuki vagina, otot dan kulit anda akan meregang ke tahap yang ekstrim.


5.Labia dan perineum (kawasan di antara vagina dan anus) akan mengembang dan mencapai tahap regangan yang maksima.


6.Anda akan merasa kulit anda seperti terbakar.


7.Sekiranya perlu, doktor anda akan melakukan episiotomi iaitu insisi kecil di bahagian bawah vagina (biasanya di sebelah kanan). 


8.Apabila bayi anda keluar, anda akan berasa kurang selesa. Doktor akan meminta anda berhenti meneran buat sementara. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada jururawat menyedut dan membersihkan hidung serta mulut dari cecair amnion dan mukus.


9.Setelah selesai, anda akan disuruh untuk meneran sekali lagi untuk mengeluarkan bahagian bahu bayi.


10.Tali pusat bayi seterusnya akan dikepit kemudian digunting. 


11.Plasenta akan keluar secara spontan atau mengambil masa lebih kurang setengah jam. Doktor anda mungkin akan menekan bahagian bawah abdomen untuk membantu mengecutkan rahim dan melonggarkan plasenta. Anda akan disuruh meneran untuk membantu proses pengeluaran plasenta.


12.Doktor akan memastikan plasenta dikeluarkan sepenuhnya. Sekiranya terdapat tisu plasenta tertingal, doktor akan memasukkan tangan ke dalam uterus anda untuk mengeluarkan bahagian yang tertinggal.



Thursday, 19 April 2012

Senaman Untuk Ibu Mengandung

Senaman ketika hamil mempunyai banyak manfaat. Senaman ketika mengandung mampu untuk meningkatkan stamina bakal ibu. Banyak kajian menunjukkan senaman membantu memudahkan proses bersalin kerana wanita ada tenaga kuat untuk meneran dan menolak bayi keluar.


Apabila bersenam, aliran darah menjadi lebih lancar. Maknanya lebih banyak oksigen dihantar ke otak dan seluruh badan yang membuatkan wanita berasa lebih segar dan bertenaga. Malah, organ badan juga berfungsi dengan lebih baik.


Wanita hamil boleh melakukan senaman pada bila-bila masa mengikut kesesuaian jadual waktu harian masing-masing sama ada pagi, tengah hari atau petang. Senaman pagi dan tengah hari boleh dilakukan selama 15 hingga 30 minit mengikut kemampuan. Kadar denyutan nadi pula jangan lebih daripada 120 hingga 140 seminit (normal 100 hingga 110 denyutan seminit).


Jenis senaman pula mesti bersifat lembut dan sederhana seperti yoga, pilates, senaman keseimbangan badan, tai chi, berjalan dan berenang. Ia bukan saja lembut, tetapi turut memberi penekanan kepada teknik pernafasan yang sangat penting, khususnya kepada wanita hamil.






Perkara asas senaman ketika hamil ialah secara sederhana. Jangan bersenam melebihi 45 minit dan berhenti jika terasa tidak selesa untuk mengelak masalah kepanasan berlebihan. Kepanasan berlebihan menjejaskan aliran darah ke rahim dan meningkatkan risiko kekurangan air dalam badan. Jadi wanita perlu minum banyak air ketika dan selepas bersenam.


Senaman yang perlu dielak ialah:

  • Berlari atau berjoging.
  • Senaman regangan keterlaluan.
  • Senaman yang menekan atau memberi tekanan pada perut.
  • Angkat berat.
  • Gerakan pusingan pinggang.



Program senaman wanita hamil memberi penekanan kepada latihan menguatkan otot, khususnya otot perut. Mereka juga diajar teknik pernafasan dan paling penting, pergerakan senaman yang perlu dielak ketika hamil.


Bila boleh mula bersenam? Tiga atau empat minggu kehamilan, dimulakan dengan kadar perlahan, terutama bagi wanita yang tidak pernah bersenam sebelum hamil.


Sentiasa ingat untuk memakai pakaian dan kasut sesuai untuk bersenam untuk mengelak kecederaan dan minum banyak air.



Wednesday, 18 April 2012

Trimester Pertama

Perkara yang dapat dilakukan oleh ibu hamil pada saat kehamilan trimester pertama.


  •  Carilah informasi sebanyak-banyaknya tentang bagaimana caranya menjalani kehamilan yang sihat melalui buku, media akhbar, televisyen, internet, dll.
  • Mulailah dan segera membiasakan diri mengenakan baju-baju yang longgar, meskipun perut belum kelihatan membesar.
  • Pada trimester pertama, ibu hamil seringmengalami mual dan muntah yang salah satunya dapat menyebabkan dehidrasi, oleh kerana itu perbanyaklah ibu hamil minum air putih atau jus buah di luar jadual makan.

  • Makanlah jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang, dll
  • Hindarkan makanan yang mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti hidangan bersantan, gorengan atau daging berlemak.
  • Hindari aneka macam bau-bauan yang menyengat atau tidak disukai, hal ini untuk menghindarkan ibu hamil dari rasa mual dan muntah.

  • Biasakan memberus gigi setelah ibu hamil makan atau setelah mengalami muntah.

  • Untuk menghindarkan rasa mual dan pening, usahakan secara perlahan-lahan ketika ibu hamil hendak bangun dari tidur atau berbaring, jangan dilakukan secara sekaligus dan spontan
  • Ada baiknya ibu hamil makan dalam kuantiti kecil namun sering, hal ini juga untuk menghindarkan ibu hamil mengalami mual dan muntah
  • Sediakanlah selalu minuman dan makanan kecil yang mengandung kadar garam rendah di kamar tidur, hal ini dilakukan agar setelah makan makanan tersebut, ibu hamil terhindar dari rasa mual dan muntah pada saat akan beraktiviti. Makanan kecil yang dapat disajikan antara lain seperti biskuit, roti gandum, atau buah-buahan.
  • Bergabunglah atau carilah teman yang juga sedang mengalami kehamilan, atau bergabung di komuniti ibu hamil agar dapat saling bertukar pikiran dan pengalaman.

  • Makanlah biskut di pagi hari sebelum bangkit dari tempat tidur.
  • Minumlah susu hangat bila ibu hamil mengalami insomnia atau kesulitan tidur.
  • Bila ibu hamil mengalami sembelit, minumlah air putih minima 12 gelas sehari.
  • Jika ibu hamil merasa sakit di bagian bawah perut dan terlihat adanya flek darah, khususnya setelah kehamilan usia > 4 minggu, segera hubungi doktor.
  • Lakukan pemeriksaan bulanan untuk memastikan proses kehamilan berjalan secara sempurna, normal, selamat dan tiada komplikasi.

Sunday, 18 March 2012

Doa Ibu Untuk Dirinya Dan Bayi Dalam Kandungan


Maksudnya:

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat. 

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puju bagi Allah Tuhan semesta alam.

♥♥ Dah habis baca doa tu,jgn lupa tekan share ye..kongsi dengan ibu2 yg lain ♥♥
 

Semoga kesihatan Ibu Dan Bayi yang dikandung sihat sejahtera..

Tuesday, 13 March 2012

Posisi Penyusuan Ibu

Ada beberapa posisi mendukung bayi ketika penyusuan ibu. Secara asasnya apa saja posisi yang dipilih, ibu dan anak haruslah dalam keadaan selesa, tenang dan tidak menyakitkan mana-mana bahagian badan.





1. Posisi Mendukung (Cradle Hold)

Ibu duduk dalam keadaan tegak dengan bahagian belakang disokong dengan bantal. Bayi diletakkan betul-betul di hadapan ibu dalam keadaan perut bayi bertemu perut ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, maka kepala, belakang badan dan punggung bayi diampu oleh lengan kiri ibu. Begitulah juga jika bertukar ke bahagian kanan. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

2. Posisi Mendukung Bersilang (Cross-Cradle Hold)

Posisi ini hampir sama seperti posisi mendukung (cradle hold) di atas. Cuma bezanya ialah dalam posisi ini bayi diampu oleh tangan yang satu lagi. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, bahagian badan, belakang dan kepala bayi diampu oleh lengan kanan ibu. Tapak tangan ibu mengampu kepala bayi. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

3. Posisi Mendakap (Football Hold)

Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean kerana badan bayi tidak menekan abdomen ibu yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian pembedahan. Dalam posisi ini bayi diletakkan di sisi (kiri atau kanan) ibu. Badan bayi disokong oleh bantal dan juga lengan ibu. Juga ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

4. Posisi Berbaring (Lying Down)

Posisi ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean dan juga ibu-ibu yang bersalin normal yang tidak selesa untuk duduk tegak dan mungkin sakit di bahagian bawah. Ibu-ibu perlu berbaring mengiring ke kiri atau ke kanan. Belakang badan ibu dan kepala disokong dengan bantal dalam keadaan selesa. Bayi juga diletakkan dalam keadaan mengiring menghadap ibu. Belakang bayi juga disokong dengan bantal.

Secara amnya:

* Kepala, tengkok dan badan bayi haruslah dalam keadaan selari
* Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
* Bayi rapat dengan ibu, perut bertemu perut
* Kepala, bahu dan punggung bayi diampu
* Ibu dalam keadaan selesa dan tidak membongkok




Tips Membina Keluarga Bahagia

1. Melaksanakan syariat Islam dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan ahli keluarga dan berakhlak mulia. Kata-kata yang baik dan penghargaan mesti menjadi amalan harian seisi keluarga.

2. Memupuk dan mempamerkan kasih sayang tanpa syarat. Era telekomunikasi sekarang seharusnya digunakan semaksima mungkin untuk berkomunikasi dan menyatakan sayang sesama ahli keluarga. Kanak-kanak sebagai contohnya lebih gemar dan ghairah berbual melaui telefon, manakala pasangan suami isteri mungkin lebih mudah menyatakan sayang melalui SMS.

3. Sentiasa peka pada perasaan ahli kelurga dan bertanya tentang perassan mereka. Elakkan diri daripada membuat andaian tentang sesuatu keadaan, malah keraplah bertanya tentang perassan secara peribadi.

4. Memahami gender dan tahap umur ahli keluarga; contohnya kanak-kanak, remaja dan warga tua. Ini akan membantu kita menjadi lebih peka pada perubahan-perubahan yang berlaku yang dilalui oleh ahli keluarga dan menghormati mereka secara hikmah.

5. Berkongsi masalah dengan ahli keluarga. Masalah akan menjadi lebih terurai dan kecil bila diceritakan kepada ahli keluarga yang memahami dan menjadi pendengar yang baik, bersikap terbuka, memberi nasihat dan sokongan kepada alternatif lain yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi. Galakkan anak-anak memberi pandangan dan meluahkan perasaan mereka sejak kecil kerana ini menyebabkan mereka mempercayai kita ahli keluarga dan memudahkan mereka menyuarakan masalah mereka. Ahli keluarga pula secara total memberi bantuan dan sokongan untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sebaik dan secepat mungkin.

6. Mencintai ilmu dan sentiasa menimba ilmu dan berusaha untuk kemajuan diri. Ilmu yang baik terutama ilmu agama haruslah sentiasa diterapkan agar ianya menjadi perisai keburukan dan insentif kepada kebaikan. Setiap ahli hendaklah sentiasa menyokong kemajuan ahli yang lain dalam pelbagai bidang seperti pelajaran, sukan, kerjaya mahupun dakwah.

7. Amalan berbincang, bermuhabah dan tegur menegur antara ahli keluarga dapat membantu membentuk peribadi yang mulia.

8. Lakukan aktiviti-aktiviti masa berkualiti bersama ahli keluarga seperti bergurau, bercerita dan bersukan bersama seperti bermain badminton, congkak, atau pun sekali-sekala boleh berriadhah di pantai, melawat tempat-tempat menarik dan sebagainya. Aktiviti sebegini boleh menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa lebih-lebih lagi anda sentiasa menghadapi kehidupan seharian yang serba cepat dan menekan.

9. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Bantu membantu dalam amalan seharian rumahtangga amat diperlukan. Jadi setiap ahli bertanggungjawab dengan rutin seharian seperti membasuh pinggan sendiri selepas makan, mengemaskan bilik masing-masing dan membantu ibubapa dimana perlu. Dengan kata lain, pastikan setiap ahli keluarga berfungsi agar tidak ada pihak yang tertekan atau terbeban dengan kerja yang tidak sepatutnya dibuat mereka.

10. Sentiasa mengaktifkan diri dengan aktiviti-aktiviti sihat bersama jiran dan masyarakat setempat seperti bergotong-royong membersihkan kawasan, melibatkan diri dalam sesuatu majlis seperti perkahwinan dan juga aktiviti riadah seperti bersukan. Galakkan juga anak-anak membantu bersama. Ahli keluarga berusaha menjadi pemimpin dalam masyarakat mampu mengubah masyarakat di sekeliling mereka.

Semoga tip-tip tersebut dapat menjadi pedoman dan membentuk kita menjadi lebih peka tentang tanggunjawab masing-masing. Wallahu a'lam...




Sunday, 11 March 2012

Tips Kekal Ramping Untuk Ibu Menyusu

Kepada ibu-ibu menyusu yang mempunyai masalah berat badan anda wajib membaca entry ini.. 




Untuk makluman anda, penyusuan sebenarnya membantu ibu menurunkan berat badan secara semulajadi. Ini kerana, setiap kali anda menyusukan bayi anda, 500 kalori dibakar didalam tubuh anda. Jadi, jika difikir secara logik, sepatutnya berat badan mesti berkurangankan? Tapi mengapa ramai ibu-ibu menyusu yang mengadu lapar dan berat badan semakin bertambah? Jom kita tengok faktor kenaikkan berat badan:


Faktor-Faktor Berat Badan Meningkat. 

  • Pengambilan makanan / jumlah kalori melebihi penggunaan tenaga. Walaupun ibu-ibu membakar banyak kalori, tetapi banyak juga makanan yang diambil. Ha.. camne tu?
  • Makanan yang berlebihan diambil ini akan disimpan didalam badan dan menjadi lemak.
  • Ibu-ibu menyusu lebih cenderung berasa lapar setiap kali lepas menyusukan baby/setiap kali selepas pam. Ini kerana badan anda telah membakar kalori, tetapi malangnya bila lapar anda terus mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Sepatutnya anda minum air apabila berasa lapar dan makan buah-buahan, bukan snek ya..
  • Sistem penghadaman yang lemah - ramai diantara kita menghadapi masalah berat badan berlebihan kerana sistem penghadaman kita tidak mampu bekerja dengan baik. Akibatnya, lemak-lemak yang terkumpul tidak dapat dikeluarkan dengan baik.
Cara Mengatasi :
  • Banyakkan minum air 3-4 Liter sehari, kerana ibu menyusu perlukan air yang banyak untuk menghasilkan susu yg banyak. Selain daripada itu, pengambilan air yang mencukupi akan membuatkan seseorang itu kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan berat dan snek.
  • Mengambil makanan cukup sekadar yang perlu. Walaupun ibu menyusus tak boleh berdiet, kerana dikhuatiri mengganggu penghasilan susu, namun ibu perlu tahu yang pengambilan makanan yang berlebihan juga akan menyumbang kepada kenaikkan berat badan. Jadi makanlah secara bijak.
  • Selepas menyusu anak, jika terasa lapar, minum 2 gelas air kosong untuk mengenyangkan perut, dan jiga berasa lapar juga, ambillah buah-buahan untuk mengalas perut. Jangan ambil snek ya.
  • Buat senaman-senaman bagi membantu meningkatkan kadar metabolisme badan seterusnya meningkatkan fungsi sistem penghadaman. Senaman yang berterusan akan membakar kalori dan membentuk semula tubuh badan.
  • Jika anda tiada masa bersenam, suppliment adalah pilihan yang paling bijak, kerana melalui suppliment anda dapat memecahkan lemah dan mengurangkan selera makan.

Walaupun Suppliment adalah pilihan terbaik untuk yang sibuk, namun bukan semua produk slimming boleh diambil oelh ibu menyusu. Yang pasti Slimming Set Shaklee SELAMATdiambil oleh semua ibu menyusu dan tidak memberi kesan sampingan kepada penyusuan mahupun bayi itu sendiri.

Bagi yang berminat mencuba set slimming, ini adalah antara suppliment yang membantu mengurangkan berat badan di kalangan ibu-ibu menyusu :
  • Lecithin - untuk memecahkan lemak
  • Alfalfa - untuk detoks / buang lemak yang dipecahkan
  • Herb-Lax - untuk cuci usus secara menyeluruh
  • Energizing Soy Protein (ESP) -  menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.



Saya lampirkan juga testimoni ibu-ibu yang telah berjaya mengurangkan berat badan dengan Set Slimming ni..




Uniknya Shaklee ni, walaupun ambil set slimming, tapi ada kesan lain yang hebat iaitu muka berseri, keintiman bersama suami bertambah dan semestinya melawaskan pembuangan, bestkan? Dan yang paling penting susu tak terganggu malah semakin meningkat penghasilannya dengan pengambilan alfalfa. 

Untuk ibu-ibu yang nak mencuba set ni, boleh hubungi saya untuk konsultasi produk mana yang terbaik untuk anda. Hubungi saya di 017-298 2635 / Add fb saya : Ariel Damia Farhana untuk PM/chatting

Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsikan di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan sebarang penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar.

Saturday, 10 March 2012

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga

Bukan mudah untuk mengekalkan sesuatu kebahagian di dalam rumah tangga. Ini kerana ia melibatkan tentang dua perasaan, yang memerlukan pengorbanan yang banyak untuk membahagiakan diri sendiri dan juga orang yang berada disisi. Jadi, apakah rahsia untuk hubungan yang telah terjalin berpuluh-puluh tahun lamanya untuk kekal bahagia?


(1) Kejujuran- Faktor ini adalah merupakan aspek penting di dalam sesuatu kebahagiaan hubungan rumah tangga. Pada kebiasaannya, pasangan yang berasa teraniaya atau dianiaya akan menyimpan dendam dalam setiap penipuan yang telah dilakukan. Masalah ini akan berbalas-balas sehingga menjadi punca keretakan didalam sesuatu hubungan.

(2) 
Hormat- Semua manusia yang hidup di muka bumi ini suka apabila diri mereka dihormati. Begitu juga dalam hubungan rumah tangga, suami menghormati isteri, dan isteri pula menghormati suami. Selagi perasaan hormat-menghormati ini menebal dalam diri, pasti tiada masalah untuk sesuatu pasangan untuk mengekalkan kebahagiaan mereka.

(3) 
Cinta- Apabila menyebut soal cinta, ia adalah satu perkara yang subjektif yang sukar untuk diterjemahkan. Cinta juga mungkin boleh disamaertikan dengan pengorbanan. Sekiranya anda betul-betul mencintai pasangan, sudah pasti anda akan sanggup untuk berkorban demi kebahagiaan mereka. Kebahagian yang pasangan anda miliki pula akan menjadi kebahagian untuk diri anda.

(4)
 Sabar- Sifat pemarah adalah merupakan faktor utama yang menjadi punca dalam keretakan sesuatu hubungan. Anda perlu belajar untuk bersabar. Lakukan sesuatu dengan pertimbangan yang waras dan bukannya apabila dipengaruhi oleh emosi.

(5) 
Komunikasi- Pasti anda semua menyetujui jika kami menyatakan bahawa lebih banyak mendengar adalah lebih baik berbanding lebih banyak bercakap. Berikan sepenuh perhatian apabila pasangan anda meluahkan perasaan untuk mereka merasakan diri mereka dihargai. Seseorang yang merasakan diri mereka dihargai akan tahu untuk menghargai orang lain.

(6) 
Memahami- Apabila isteri anda seorang yang pemarah, anda perlu banyak bersabar. Bukannya anda juga turut serta untuk berasa marah. Apabila anda sudah memahami pasangan anda, ia juga bermakna anda akan mampu untuk bertolak ansur terhadap pasangan dalam apa jua situasi sekalipun. Tolak ansur juga penting dalam kebahagiaan rumah tangga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2021 Mommy Miasara. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.