Wednesday 29 February 2012

ESP Memang Terbaekk!!

Tidak dinafikan lagi kehebatan ESP(Energizing Soy Protein). Alhamdulillah memang ramai yang telah mencuba ESP dan berpuas hati dengan hasilnya. ESP adalah HOT PRODUCT Shaklee kerana ia sesuai untuk semua peringkat umur dan kerana ESP mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihan. Ramai ibu menyusu yang mengamalkan ESP untuk membantu melancarkan proses penyusuan mereka disamping memperoleh manfaat lain iaitu tubuh badan menjadi lebih sihat dan cergas, tiada masalah untuk menjaga baby yang baru lahir kerana ESP membekalkan tenaga berjam-jam lamanya.


Ramai juga yang mengamalkan ESP untuk kecantikan dan kesihatan kulit mereka.  Rakan-rakan saya yang belum berkahwin juga mengamalkan ESP dan vitamin-E untuk kecantikan kulit mereka dan bekalan tenaga untuk aktiviti harian mereka. Jadi ESP susuai untuk semua golongan kecuali mereka yang mengalami diabetis atau alergik kepada soya.


Jom tengok apa kata mereka yang telah mengamalkan ESP:

1)

2)

3)

Kenapa Ramai Yang Sukakan ESP dan Menjadi Hot Produk Kami?

~ ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
~ ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
~ Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak
~ ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
~ Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
~ Berkesan dalam menganjalkan kulit, dan sangat digemari oleh kaum wanita bagi menganjalkan kembali payudara yang kendur
~ Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
~ Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.


Berminat? Sila hubungi saya di 017-298 2635 / email saya : mommymiasara@gmail.com @ add sy di FB : Ariel Damia Farhana
Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan yang betul dari saya.

Tuesday 28 February 2012

Sihat, Ceria Dan Penyusuan Sempurna Semasa Berpantang

"Berpantang dengan tenang, sihat, cergas dan gembira".

Berapa ramai ibu-ibu yang benar-benar merasai perasaan diatas semasa berpantang? Kebanyakkannya akan rasa letih, lesu, tak bermaya kerana badan masih lemah, ditambah pula dengan kehadiran bayi yang suka berjaga diwaktu malam. Dan lebih haru lagi bila bayi kita kuning, ibu tak dapat nak makan jamu, kerana jamu akan menyebabkan penyakit kuning bertambah teruk. Jika ini berlaku, apa alternative ibu untuk memastikan badan sihat, luka cepat sembuh?

Jawapannya adalah SUPPLIMENT SHAKLEE. Kenapa suppliment? Kerana suppliment tidak membawa sebarang mudarat kepada bayi malah suppliment juga lah yang sangat penting bagi memastikan badan ibu kekal sihat dan bertenaga. Tiada istilah panas badan,juga tiada rasa atau bau jamu yang kurang menyenangkan. Alhamdulillah ramai ibu-ibu yang berpuas hati dengan set bersalin shaklee.

Mari kite tengok apa kata Puan Shieda semasa beliau berpantang dengan shaklee..


Menurut Puan Shieda, walaupun berpantang dan kurang tidur, tetapi beliau tetap rasa cergas dan sihat walaupun melayan baby sepanjang malam. Kualiti dan kuantiti susu juga meningkat dengan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) dan baby tetap kekal sihat walaupun travel jauh sepanjang 6 hari. Bestkan?

Jika anda ingin memastikan penyusuan bayi anda berjalan lancar seperti Puan Shieda, anda digalakkan mengambil Energizing Soy Protein (ESP).

Kelebihan ESP? Klik Sini

Details set bersalin? SINI

Testimoni Lagi


Sila hubungi saya untuk diskaun hebat bagi setiap FULLSET dan konsultasi penyusuan secara percuma disediakan bagi setiap customer saya. Hubungi saya di 017-298 2635 / email: mommymiasara@gmail.com / add FB sy: Ariel Damia Farhana.

Monday 27 February 2012

Susu Ibu atau Susu Formula

Asli atau tiruan? Lazimnya kebanyakan orang tanpa ragu-ragu akan memilih yang asli. Namun begitu, masih ramai ibu bapa yang merelakan susu formula iaitu barang tiruan menjadi makanan pertama anak mereka.
Mengapa susu formula atau susu tiruan ini dikecualikan sedangkan masyarakat sedar walau sebaik manapun sesuatu barang tiruan, ia tidak akan sebaik yang asli?
Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menggalakkan semua ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama enam bulan atau dikenali sebagai penyusuan eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun. Makanan tambahan pula hanya dimulakan semasa anak berumur enam bulan.
Kebanyakan ibu hanya mampu menyusukan anak mereka sehingga dua bulan atau sepanjang tempoh berpantang dan apabila mereka kembali bekerja, ramai yang mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula.
KEBAIKAN SUSU IBU
Menurut Penolong Pengarah Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siti Mariam Ali, susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.
“Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan,” katanya kepada Bernama.
Katanya susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.
Antaranya ialah mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.
“Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan,” katanya.
Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.
Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari.
Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

KEKURANGAN SUSU FORMULA
Antara kekurangan ketara susu formula ialah khasiatnya tidak akan sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12.
“Masih tidak ada kajian yang boleh menentukan kadar sebenar sesuatu zat yang diperlukan oleh bayi. Berbeza dengan susu ibu, kandungan zatnya akan berubah mengikut keperluan,” katanya.
Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap, katanya.
Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan puting tidak dibersihkan dengan sempurna.
Bakteria membiak dengan cepat terutamanya jika susu dibiarkan dalam cuaca panas. Walaupun belum berbau masam atau basi, ia masih boleh membahayakan bayi,” katanya.
Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih.
Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu.
“Sebab itu kita melihat ramai bayi yang mengalami kegemukan, mereka mendapat lebih zat daripada sepatutnya,” kata Siti Mariam.
Berbeza dengan susu ibu, susu formula juga tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.

BAHAYA AIR
Selain susu formula, kebanyakan ibu bapa juga cenderung untuk memberikan air kepada bayi mereka dengan alasan mengelakkan bayi daripada haus, badan panas, sembelit atau untuk mencuci mulut bayi.
Siti Mariam berkata alasan-alasan tersebut adalah tidak berasas kerana susu ibu mengandungi 88 peratus air dan bayi yang hanya diberikan susu ibu dijamin akan mendapat cukup air.
Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.
“Perut bayi yang baru lahir hanya memerlukan empat sudu kecil kolosterum (2ml) dan jumlah ini akan meningkat kepada 40 sudu (200ml) hanya setelah bayi menjangkau umur setahun,” katanya.
Oleh itu tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat untuk membantu tumbesarannya.
Air juga boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.
Air juga akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Bagi bayi yang mengidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berumur di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.
-Sumber Dipetik Dari Bernama-
Oleh Adibah Ismail

Sunday 26 February 2012

Ibu Cergas, Susu pun Meriah

Anak adalah anugerah yang tidak terhingga daripada Allah S.W.T kepada pasangan suami isteri. Setelah sekian lama si isteri bertarung nyawa dan menanggung kesakitan yang tidak terhingga, lahirlah permata hati sebuah keluarga.



Namun segalanya belum berakhir disitu. Tetapi permulaan bagi sebuah kehidupan. Ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan samada bersalin normal atau pembedahan, akan kehilangan banyak darah iaitu purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml, menjadikan ibu-ibu lemah dan memerlukan makanan tambahan sejurus selepas melahirkan.


Alhamdulillah semua ibu-ibu yang berpantang dengan Set Bersalin Shaklee berpuas hati, dimana semua mengakui yang badan mereka berasa lebih cergas, sihat dan ceria. Dengan adanya zinc complex dan Vita-c didalam set bersalin ini menyebabkan luka luaran dan dalaman cepat sembuh. Zinc Complex juga merupakan salah satu komponen utama ikan haruan. Dan pastinya pengambilan ESP sangat berbaloi kerana ESP merupakan protein soya yang sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu.


Mari kita lihat apa kata Puan Shima yang berpantang dengan Set Bersalin Shaklee..



Berdasarkan testimoni Puan Shima, beliau menjalani pembedahan selepas bersalin, tetapi badan tetap rasa cergas dan selesa. Dan semasa hari ketiga berpantang, beliau sudah mula menjalankan rutin harian biasa iaitu mengemas dan memasak untuk suami dan anak-anak tanpa sebarang masalah.


Susu untuk baby juga sangat meriah, sekali pam je dapat 14 oz!. Menurut beliau lagi deep freezer dah hampir penuh dengan stok susu.. Alhamdulillah..


Kepada ibu-ibu yang masih tercari-cari set bersalin, Set bersalin Shaklee memang sangat membantu. Samada dari segi fizikal mahupun emosi ibu, serta mempercepatkan penghasilan susu ibu jika diambil bersama-sama dengan ESP. Set Bersalin kami juga selamat diambil sejak hari pertama bersalin dan selamat diamalkan walaupun bayi mengalami jaundice atau G6PD.




Untuk info lebih lanjut mengenai Set Bersalin, Klik Sini 


Untuk melihat testimoni ibu bersalin, baby kena jaundis Klik Sini 


Apa kelebihan ESP? Klik Sini


Sila hubungi kami untuk dapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang betul.  
~mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 ~ atau add saya di facebook: Ariel Damia Farhana

Friday 24 February 2012

Vitamin - E untuk kecantikan Dalaman Dan Luaran

Sebagai suami isteri, setiap hari adalah hari untuk berkasih sayang kan. Sebagai isteri, setiap hari adalah hari untuk kita tampil menawan dan berseri supaya hati suami pon tak lari ke tempat lain. Jadi, hari ni saya nak bercerita tentang VITAMIN CINTA dengan para isteri semua.

VITAMIN CINTA? Jangan tak tahu ya kita memang ada vitamin yang dikenali sebagai VITAMIN CINTA atau VITAMIN SEKSUAL iaitu Vitamin E. Walaupun kajian menunjukkan Vitamin E adalah penting untuk kecantikan dan keremajaan kulit, vitamin ini juga membantu merangsang hormon seksual dan meningkatkan libido. Jadi, tidak hairanlah ramai yang mengatakan hubungan mereka suami isteri bertambah intim dan tiada lagi MASALAH ‘KEDINGINAN’ sejak mengamalkan Vitamin E ini. Dan jangan tidak tahu ya, orang lelaki juga boleh makan Vitamin E ini. Jom kita tengok apa fungsi vitamin E ini pada lelaki dan wanita.


Suami
* Lebih tenaga (seksual)
* Ereksi lebih lama
* Lebih mudah terangsang
* Libido lebih kuat
* Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat

Isteri
* Lebih tenaga (seksual)
* Lebih mudah terangsang
* Libido yang lebih kuat
* Menstabilkan hormon seks/ kewanitaan 

Tapi seperti yang saya cakap Vitamin E ni banyak lagi kelebihannya baik untuk wanita mahupun lelaki dan yang belum berkahwin pon boleh ambil ya. Jom kita tengok apa lagi kelebihan Vitamin E ini.

Kebaikan Vitamin E

* Menghilangkan kedut, parut dan jeragat menjadikan wajah tampak lebih cantik, mulus dan berseri.
* Sebagai agen anti-penuaan menjadikan anda kelihatan awet muda
* Meningkat keinginan seksual suami isteri
* Mencegah pertumbuhan sel tidak normal seperti kanser
* Merawat masalah putting luka bagi ibu menyusu
* Mengecil dan mencerahkan kawasan areola
* Melancarkan peredaran darah (untuk kesihatan jantung)


Wednesday 22 February 2012

Anemia Dan Kehamilan

Biasa kite dengar masalah HB rendah kan? HB rendah atau Anemia, adalah dimana seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yg rendah semasa mengandung. Anemia berlaku  apabila jumlah sel-sel darah merah berkurangan dari biasa. Wanita mengandung perlu menjalani pemeriksaan darah bagi menentukan paras hemoglobin semasa lawatan pemeriksaan kandungan (lawatan atenatal). Walaupun sesetengah wanita tidak mengalami masalah anemia di awal kehamilan, namun masalah ini akan terjadi kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.

Sila pastikan paras Hb anda.
Anemia ringan (Hb 9-11gm%)
Anemia teruk (Hb <8gm%)


Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar. Masalah yg serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk. Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yg teruk boleh mempengaruhi kelahiran pra-matang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.
Risiko anemia semasa kehamilan juga menjadi lebih besar:

·                     Jika anda mempunyai morning sickness teruk dengan muntah sering
·                     Jika anda mempunyai dua atau lebih berturut-turut kehamilan
·                     Jika anda mempunyai kehamilan berganda
·                     Jika diet anda mempunyai kandungan cukup besi
·                     Jika aliran haid sebelum kehamilan itu berat 

Sekiranya anda mengalami simptom2 seperti keletihan yang berpanjangan, pengsan, pening, kulit pucat, degupan jantung cepat atau tidak teratur, dan sesak nafas segeralah lakukan pemeriksaan selanjutnya.

Pemakanan yang membantu meningkatkan Hb merupakan makanan yang kaya zat besi, seperti daging lembu, roti gandum dan bijirin, telur, kerang dan buah-buahan kering.  Makan makanan yang tinggi asid folic seperti bibit gandum, kacang-kacangan, mentega kacang, oatmeal, cendawan, sawi, brokoli dan asparagus.


Makan juga makanan yang tingg vitamin C, seperti buah-buahan citrus seperti oren, sayur-sayuran hijau ini kerana Vitamin C membantu penyerapan zat besi yg maksima.

Perhatian : Walaupun hati haiwan(lembu dan ayam) tinggi kandungan zat besi, namun hati haiwan mengandungi vitamin A yang dikenali sebagai Retinol. Kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yang mengambil retinol secara berlebihan selama kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi memiliki bayi dengan cacat lahir seperti kelainan wajah, kepala, jantung dan sistem saraf.



Bagaimana Shaklee boleh membantu meningkatkan paras HB anda?

Jom tgk apa kata pengguna yg mengalami masalah Anemia..

Sila klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.
Berminat? Sila hubungi saya di 017-298 2635 / email saya :mommymiasara@gmail.com @ add sy di FB : Ariel Damia Farhana 
Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan yang betul dari saya.

Tuesday 21 February 2012

Jaundis/Kuning

Jaundis atau lebih dikenali sebagai sakit kuning. Ini disebabkan kandungan bilirubin (lebihan sel darah merah) yg tinggi semasa dalam kandungan. Sewaktu dalam kandungan, hati ibu membantu anak memproses bilirubin. Bagaimanapun sebaik sahaja dilahirkan, hati bayi yang masih belum matang perlu melaksanakan kerja ini sendiri. Justeru, terdapat sebahagian besar bayi yang mengalami masalah untuk memproses bilirubin. Bilirubin ini akan disingkirkan melalui proses pembuangan najis dan air kencing. 

 Lebih 75% bayi baru lahir akan mengalami jaundis dan 99% daripadanya tidak menimbulkan sebarang masalah. Sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Namun ianya boleh menjadi bahaya jika kandungan bilirubin terlalu tinggi, boleh menjejaskan pendengaran bayi anda. Oleh itu awasi tanda-tanda jaundis dan segera berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya. 

PUNCA-PUNCA JAUNDIS YANG LAIN.
1. Penyakit kekurangan enzim G6PD didalam darah.
2. Ketidak sesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO.
3. Terlalu banyak sel darah merah(polycythemia)
4. Bayi pra-matang yang yang fungsi hatinya masih belum sempurna.
5. Komplikasi semasa lahir seperti selepas bersalin melalui kaedah vacuum.
6. Jaundis juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya.
*pic credit to mybengkung

Saranan Doctor Pakar :
Susu ibu
Susukan bayi sekerap mungkin. Susukan bayi bila-bila masa yang dia perlu dan jangan lupa kejutkan bayi untuk menyusu 2 jam sekali sekurang-kurangnya. Kerana jaundis menyebabkan bayi mengantuk dan tidur sepanjang masa. Susukan bayi dengan susu ibu 8-12 kali sehari. Makin banyak bayi minum, makin banyak proses pembuangan dan secara tidak langsung dapat menyingkirkan bilirubin. Pastikan bayi menyusu dengan cara yang betul untuk memastikan dia mendapat susu yang cukup. Kenapa susu ibu dan bukan makanan lain? Kerana kajian mengatakan bahawa satu-satunya makanan yang sesuai untuk bayi di bawah 6 bulan adalah susu ibu.

Phototheraphy
Kesan yang sama dengan matahari. Ia membantu menukar bilirubin kepada bentuk yang lebih mudah dihadam oleh bayi dan boleh dikeluarkan melalui proses perkumuhan. Lagi lama phototheraphy, lagi banyak bayi menyusu.

Jauhi makanan bersifat panas.
Doktor pakar menasihati ibu2 menyusu supaya tidak memakan jamu2, lada hitam, ubat-ubatan tradisional atau apa sahaja yg bersifat panas kerana jaundis akan meningkat.

Ha? Tak boleh makan jamu? Sedangkan proses kelahiran telah menyebabkan ibu2 kehilangan banyak darah dan menyebabkan tubuh badan menjadi lemah. Macam mana luka jahitan nak cepat pulih kalau tiada bantuan supplement?

Bagaimana Shaklee boleh membantu menyelesaikan masalah anda..?
Jom tengok pengalaman pengguna yg dah menggunakan Set Bersalin Shaklee...

Terima Kasih kpd Puan Nurul Aishah keran sudi berkongsi pengalaman beliau menggunakan Set Bersalin Shaklee. Beliau jelas menyatakan set bersalin ini boleh terus diambil sejurus selepas melahirkan walaupun bayi didapati ada jaundis. Ini kerana set bersalin shaklee dibuat dari bahan semulajadi dan bukannya herba yg bersifat panas. Dalam artikel yg lepas sy ada menjelaskan satu per satu fungsi set bersalin shaklee. KLIK SINI 

Menurut Puan Nurul Aishah tubuh badan nya cergas dan rasa sihat semula pada hari ketiga, ini kerana B-Complex Shaklee bertindak sebagai penenang dan (anti stress), Vita-Lea(Multivitamin with iron) mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral. Sesuai diambil oleh ibu-ibu berpantang kerana kita sedia maklum banyak makanan yg perlu dielakkan dalam tempoh berpantang. Vita-Lea adalah multivitamin yg mampu menggantikan makanan tersebut.

Jelas Puan Aishah lagi, luka jahitan nya telah sembuh hanya dalam masa 1minggu. Ini kerana pengambilan Vitamin-C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Pengambilan Zinc juga penting bagi membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim).


Testimoni Lagi KLIK SINI

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang betul.  
~mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 ~ atau add saya di facebook: Ariel Damia Farhana

Monday 20 February 2012

Set Bersalin

Assalam momies..
Ramai yg masih tertanya-tanya set bersalin mana yg harus diambil ketika berpantang kelak, terutama ibu-ibu muda yg baru kali pertama akan menjalani tempoh berpantang 44hari. Tempoh Berpantang 44 hari terasa sangat lama bagi ibu-ibu yg baru melahirkan, kerana pada waktu itu kita masih dalam kesakitan kesan luka jahitan, badan yg sangat lemah akibat kehilangan banyak darah semasa proses kelahiran, emosi yg tidak stabil ditambah pula dengan ragam bayi yg lazimnya kerap menangis dan tidak mahu tidur malam, sememangnya amat memenatkan. Jadi jalan yang terbaik adalah memilih set bersalin yg tepat dan dapat membantu ibu2 cergas, sihat & ceria.


Jom tengok ada apa dlm set bersalin shaklee ni..

Apa pula fungsi nye?

B Complex 
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu berpantang boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman harian anda dan Ostematrix (Kalsium Magnesium with vitamin D), kedua-dua supplement ini boleh mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan melancarkan air susu ibu.


Jom tengok apa kata ibu yg mengamalkan Set Bersalin Shaklee KLIK SINI



Hubungi sy untuk diskaun hebat dan consultation percuma di 017-298 2635. Email: mommymiasara@gmail.com atau boleh add sy di facebook: Ariel Damia Farhana.

Sunday 19 February 2012

Zikir, Doa & Amalan Memudahkan Bersalin

Alhamdulillah sebahagian besar dari wanita muslim mempunyai daya ketahanan sakit bersalin yg tinggi. Ini disebabkan mereka kuat iman dan banyak bertawakkal kpd Allah S.W.T. 

Sy berbesar hati ingin berkongsi zikir dan bacaan-bacaan surah bagi memudahkan bersalin nanti. Bagi yg akan melahirkan anak ke-2, ke-3 atau seterusnya Insyaallah dapat merasakan perbezaannye.

Amalan berzikir dan banyak berdoa digalakkan bagi ibu2 yg hendak melahirkan kerana ini dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika dalam kesakitan disaat melahirkan anak nanti.

Antara zikir & doa yg disuruh mengamalkannya:

1.) 

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu” 


2.)
“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.


3.)
“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”


4.)
“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah” 


5.) Untuk memudahkan bersalin digalakkan membaca ayat kursi,
Kemudian membaca ayat ini :
“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam. "


6.) Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
Maha Suci Allah



7.) 
Aku Pohon ampun kepada Allah

8.)Surah Al-Ansyiqaq

Surah ini, seorang ustaz menyarankan ibu mengandung membacanya, lebih-lebih lagi bila dah dekat tarikh jangkaan bersalin. Insyaallah akan lebih mudah bersalin, cepat dan kesakitan semasa nak bersalin pun kurang.


9.) Sentiasa membaca surah Maryam.

10.) Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.


*credit to puterijasmin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2021 Mommy Miasara. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.