Wednesday, 22 February 2012

Anemia Dan Kehamilan

Biasa kite dengar masalah HB rendah kan? HB rendah atau Anemia, adalah dimana seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yg rendah semasa mengandung. Anemia berlaku  apabila jumlah sel-sel darah merah berkurangan dari biasa. Wanita mengandung perlu menjalani pemeriksaan darah bagi menentukan paras hemoglobin semasa lawatan pemeriksaan kandungan (lawatan atenatal). Walaupun sesetengah wanita tidak mengalami masalah anemia di awal kehamilan, namun masalah ini akan terjadi kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.

Sila pastikan paras Hb anda.
Anemia ringan (Hb 9-11gm%)
Anemia teruk (Hb <8gm%)


Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar. Masalah yg serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk. Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yg teruk boleh mempengaruhi kelahiran pra-matang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.
Risiko anemia semasa kehamilan juga menjadi lebih besar:

·                     Jika anda mempunyai morning sickness teruk dengan muntah sering
·                     Jika anda mempunyai dua atau lebih berturut-turut kehamilan
·                     Jika anda mempunyai kehamilan berganda
·                     Jika diet anda mempunyai kandungan cukup besi
·                     Jika aliran haid sebelum kehamilan itu berat 

Sekiranya anda mengalami simptom2 seperti keletihan yang berpanjangan, pengsan, pening, kulit pucat, degupan jantung cepat atau tidak teratur, dan sesak nafas segeralah lakukan pemeriksaan selanjutnya.

Pemakanan yang membantu meningkatkan Hb merupakan makanan yang kaya zat besi, seperti daging lembu, roti gandum dan bijirin, telur, kerang dan buah-buahan kering.  Makan makanan yang tinggi asid folic seperti bibit gandum, kacang-kacangan, mentega kacang, oatmeal, cendawan, sawi, brokoli dan asparagus.


Makan juga makanan yang tingg vitamin C, seperti buah-buahan citrus seperti oren, sayur-sayuran hijau ini kerana Vitamin C membantu penyerapan zat besi yg maksima.

Perhatian : Walaupun hati haiwan(lembu dan ayam) tinggi kandungan zat besi, namun hati haiwan mengandungi vitamin A yang dikenali sebagai Retinol. Kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yang mengambil retinol secara berlebihan selama kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi memiliki bayi dengan cacat lahir seperti kelainan wajah, kepala, jantung dan sistem saraf.



Bagaimana Shaklee boleh membantu meningkatkan paras HB anda?

Jom tgk apa kata pengguna yg mengalami masalah Anemia..

Sila klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.
Berminat? Sila hubungi saya di 017-298 2635 / email saya :mommymiasara@gmail.com @ add sy di FB : Ariel Damia Farhana 
Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan yang betul dari saya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2021 Mommy Miasara. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.