Thursday 25 August 2011

Energizing Soy Protein (ESP)

Energizing Soy Protein (ESP) merupakan kacang soya rendah lemak yang amat berkhasiat. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap untuk keperluan seisi keluarga

Kenapa ESP sangat penting untuk seisi keluarga?

  •  Kerana ia mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan
  • Merupakan sumber protein lengkap untuk menyokong kesihatan sempurna
  • Setiap hidangan membekalkan 50% daripada keperluan kalsium harian untuk menyokong tulang yang sihat
  • Hidangan yang serba lengkap - sumber protein dan lain-lain khasiat utama yang ideal
  • Bertindak dengan kadar segera dan terus menyerap ke dalam darah
  • Mengandungi fistroestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menopaus
  • Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang optimum
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet
  • Tiada kolesterol dan laktosa
  • Versatile ~ boleh dicampur dengan sebarang minuman kecuali kopi dan tea
  • Mengandungi fitoestrogen untuk kesihatan 

Kenapa Ramai Yang Sukakan ESP dan Menjadi Hot Produk Kami?

  • ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
  • ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
  • Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak
  • ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
  • Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
  • Berkesan dalam menganjalkan kulit, dan sangat digemari oleh kaum wanita bagi menganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
  • Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.

Testimoni

(1 ) Seorang ibu kembar yang menetap di Bangi memberitahu, selepas mengambil soy protien kali kedua, beliau mendapati susunya bengkak dan anaknya minum sedikit dan terus lena.


(2) Kulit semakin cerah, bekas jerawat mudah hilang, akar rambut lebih kuat, susu bertambah banyak dan lebih pekat, kuku lebih sihat, mudah kenyang dan lebih bertenaga. (credit to N)

(3)


 (4)



 Kenapa Protein Shaklee?

  • Sesetengah protein soya diproses menggunakan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon, tetapi juga boleh membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP dicuci dengan air untuk membekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal bagi memastikan anda mendapat keseluruhan manfaat soya.
  • Shaklee menggunakan Protein Soya Bukan-GMO 


Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA dan dapatkan diskaun hebat yang sedang berlangsung. Pastikan anda mendapat tips dan cara pengambilan supplement yang betul bagi mendapatkan hasil terbaik..  ~ mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 ~ add saya di facebook: Ariel Damia Farhana 

Set Skincare

Tanyalah sesiapa sahaja dalam dunia ni, semua nak cantik. Mahukan kulit bersih, mulus, gebu dan berseri.. Sanggup berhabisan setiap bulan, untuk mendapatkan kulit muka idaman. Tak hairanlah iklan produk kosmetik berlumba-lumba di pasaran. Tapi pernahkah kita terfikir, pemakanan memainkan peranan besar untuk membentuk kulit menawan?

Contoh mudah, sering kita terdengar rakan yang mempunyai wajah berjerawat, akan mengelakkan diri dari makan kacang? "Katanya nanti muka naik jerawat..tak boleh makan.."  Saya selalu berjumpa fenomena begini ~ berpantang makan untuk mendapatkan kulit yang cantik. Tindakkan ini adalah betul untuk mengawal keadaan, tetapi sebenarnya adalah LEBIH BIJAK jika kita dapat memberi sel-sel kulit kita dengan makanan tambahan yang sihat.. Bila sel-sel kulit sihat dari dalam, ia akan lebih aktif menghasilkan sel-sel kulit baru dan dengan sendirinya sel-sel kulit mati pada wajah akan menghilang. Kesannya? Wajah tampak cerah berseri, halus dan parut-parut jerawat juga akan hilang.

Apa supplement yang sesuai untuk tampil cantik?

1. Vitamin E 

  • Vitamin penting untuk kecantikkan kulit
  • Bertindak sebagai anti-penuaan dan anti-oksida
  • Melindungi dan mencegah kerosakkan sel
  • Mempercepatkan proses pemulihan kulit
  • Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
  • Berupaya mengurangkan kesan jeragat ada kulit
  • Awet muda

2. Vitamin C

  • Sangat penting untuk membentuk kolagen pada kulit
  • Berperanan mempercepatkan proses pemulihan pada kulit
  • Melindungi sel-sel dari kerosakkan
  • Bertindak sebagai Anti-oksida

3. Vitamin B

  • Dikenali sebagai Beauty Vitamin ~ "B" for Beauty
  • Memelihara kecantikkan kulit dari dalam
  • Bertindak sebagai penenang, bila jiwa tenang, wajah pun riang..

Ketiga-tiga vitamin ini boleh didapati dalam Set D ~ Set Skincare. Trial pack hanya berharga RM 80 sebulan, manakala Full pack RM 236 untuk 4-6 bulan.

Untuk melihat keberkesanan set skincare ni, tak yah cakap panjang-panjang.. Lets the picture talk..

Testimoni 1:

credit to Iffah

testi aizat




Testimoni 2:


credit to Pn Wanie

testi wanie



Untuk kesan yang lebih cepat dan maksimum, anda digalakakkan untuk mengambil ESP dan GLA. Perubahan boleh dilihat seawal 7 hari.

***Sila hubungi saya untuk mendapatkan harga DISKAUN dan rundingan PERCUMA ~
mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635

Tuesday 23 August 2011

Breastfeeding Set (Set B)

Breastfeeding  Set Shaklee sangat berkesan untuk membantu ibu-ibu menyusu menghasilkan susu dengan banyak.. Saya sendiri menggunakan set ini, dan hasilnya Alhamdulillah dari perahan 1 0z meningkat ke 4 Oz selepas mengambil set ini selepas 5 hari. Dan sehingga kini saya masih mengambilnya, kerana selain meningkatkan penghasilan susu, saya juga berasa sangat bertenaga dan kurang letih, di samping masalah sembelit selama ni dah hilang.. Dan, BONUS..berat badan juga menurun selama 3 kg dalam masa sebulan pengambilan!

Dengan segala khasiat, apa yang ada dalam set ini ya? Jom kita tengok..

1) Vitamin B Complex

Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.

2) Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.

3) Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

4)Alfalfa

Merupakan raja segala tumbuhan. Membantu meningkatkan sistem imunisasi dan membuatkan sistem badan berjalan lancar. Bertindak sebagai milk booster dan membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU. Juga membantu menyelesaikan masalah wanita, termasuklah masalah keputihan.

Kesemua vitamin ini berharga rm 289 termasuk postage dan mampu bertahan untuk 4-5 bulan. Namun begitu, jika anda kekurangan faktor kewangan atau ingin mencuba dahulu keberkesanan set ini, saya mengalu-alukan anda mencuba Mini Pack yang berharga RM 80 sahaja untuk kegunaan sebulan. 

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda juga boleh mengambil Energizing Soy Protein(ESP) dan Ostematrix (Kalsium Magnesium dengan Vitamin D) untuk membantu  penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.

Namun harus diingatkan, konsep utama penyusuan ialah SUPPY AND DEMAND. Anda haruslah menyusukan anak anda / pam sekerap mungkin (setiap 2-3 jam) untuk mendapatkan hasil maksimum. Vitamin-vitamin ini hanya membantu dan berkesan jika payudara anda dikosongkan dengan kerap, dimana memenuhi konsep ~ lebih kerap bayi disusukan, lebih banyak susu akan dihasilkan.

Di samping itu, ibu juga harus memastikan mengambil air tidak kurang dari 3L bagi menjayakan proses penyususan. Ini kerana susu ibu itu sendiri sebahagian besarnya terdiri dari air. Jika ibu tidak minum banyak air,mana mungkin banyak susu boleh dihasilkan.

Dan, kembalilah kepada Pencipta kita..Mintalah kepadaNya agar memurahkan rezeki anak kita. Kerana Dialah sebaik-baik Pencipta dan Sebaik-Baik Pemberi. Bagi Muslim, banyak-banyakkanlah doa dan zikir agar jiwa kita kembali tenang dan yakin denganNya, insyaAllah program penyusuan kita berjalan lancar. 

Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA dan dapatkan diskaun hebat yang sedang berlangsung. Pastikan anda mendapat tips dan cara pengambilan supplement yang betul bagi mendapatkan hasil terbaik..  ~ mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 ~ add saya di facebook: Ariel Damia Farhana 

Teknik Terbaik Memerah Susu

Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku.


Memerah dengan tangan

- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
- basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- sediakan bekas yang bersih dan steril
- lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
- boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
- melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
- tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu - buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- tekan payudara ke belakang ke arah dada
- perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
- teruskan memicit sehingga susu keluar
- perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
- buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
- tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
- ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
- tukar ke payudara yang satu lagi
- urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
- perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
- setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara






 Memerah dengan Menggunakan Pam

- baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
- basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
- basuh tangan dengan bersih
- duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
- posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
- mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
- boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
- pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
- masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)


Panduan-Panduan Lain

1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

*Credit anakku wiraku

Thursday 18 August 2011

Saya dan Shaklee

Shaklee bukanlah nama asing bagi saya. Sejak umur 14 tahun, saya dah tahu kehebatan Shaklee, baik dari kebagusan produknya mahupun marketing plannya yang terbukti berkesan. Namun saya tak pernah tergerak hati untuk mencuba, kerana harganya pun dikhabarkan agak mahal.

Namun, baru-baru ni saya mengalami kekurangan susu, disebabkan obses nak diet..Konon2 nak cantik masa raya, tapi membawa mudarat pula. Jadi saya pun beli Breastfeeding Trial Set Shaklee yang berharga rm 80 jer.. Alhamdulillah dalam masa 5 hari makan supplement nie, susu saya bukan sahaja kembali normal, malah bertambah dari biasa. Alhamdulillah..

Bukan itu sahaja, saya menjadi lebih bertenaga dan kurang letih. Badan pun terasa ringan dan yang paling seronoknya sembelit yang saya alami selama bertahun-tahun dulu dah hilang. Kini saya mampu ke tandas secara semulajadi tanpa bantuan jamu.

Menariknya, saya juga hilang 3 kg tanpa berdiet.. Dan baru-baru ni jiran datang ke rumah dan tegur "kenapa kulit Farah nampak berseri ya? Biasa tak der pun?" Saya pun jawablah,"Uishh tak der la, mungkin baru lepas solat kot.." Dan dijawab semula oleh jiran tu "iyelah Farah, biasa lepas solat pun x der la cam nie.." Dalam diam hati saya berbunga-bunga dan syukur kerana hanya satu sebab saya ambil Shaklee nie dengan tujuan membanyakkan susu, tapi begitu banyak kebaikkan yang saya dapat.

Sejak  itu, saya yakin dengan Shaklee dan Alhamdulillah kini saya pengedar sah Shaklee dan semoga perkongsian saya nie bakal membawa perubahan juga untuk insan-insan di luar sana...

Kepada yang berminat mencuba produk Shaklee ni, sila hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2021 Mommy Miasara. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.