Wednesday 24 February 2021

Boleh Ke Ibu Hamil Berpuasa?

Hai.. Assalamualaikum semua..

Setiap kali pregnant, disaat melalui bulan Ramadhan pasti saya tertanya-tanya boleh ke puasa. Dalam hati ni risau sangat kat baby dalam kandungan. Alhamdulillah tahun lepas hanya 4 hari je saya tak dapat berpuasa. Itu pun sebab nya terlepas waktu sahur dan ada hari yang saya kurang sihat. Masa tu kandungan saya 5bulan.

Sebenarnya boleh je wanita hamil berpuasa. Tapi perlu mengambil berat beberapa hal sebelum menjalani ibadah puasa. 

Pertama sekali perlu rujuk kepada doktor/jururawat tentang kesihatan semasa kita. Macam saya hari tu saya terus tanya pada doktor tentang berpuasa. Menurut doktor, sebenarnya tak ganggu pun baby dalam kandungan, sebab baby masih sangat kecil. Dia tetap dapat zat makanan dari tali pusat ibu. Cuma kena pastikan ibu bersahur dan minum secukupnya. Doktor cadangkan lebih baik saya berpuasa sebab berat badan saya juga naik mendadak selepas melepasi trimester pertama 😆 mana tak nya, 3bulan dok pening-pening, loya dan tak lalu makan.. kikiki..Bila dah hilang kite balas dendam la.. haha

Kedua telah melepasi trimester pertama atau sudah tidak ada lagi morning sickness. Tapi kadang-kadang ada juga ibu yang pening, loya, muntah-muntah sampai ke akhir tempoh mengandung. Semuanya bergantung kepada keadaan semasa ibu itu sendiri.

Ketiga. Tidak mempunyai penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, penyakit asthma yang kronik, kandungan kembar atau masalah lain yang berkaitan kehamilan yang serius. Jika ada, biasa nya doktor akan nasihatkan supaya ibu tidak perlu berpuasa kerana bimbang masalah lain yang akan dihadapi nanti

Keempat. Sekiranya telah melebihi tempoh kehamilan 20 minggu, perhatikan jika terdapat perubahan ketara pada pergerakkan bayi dalam kandungan (kurang bergerak/tidak aktif). Jika rasa ada yang berbeza, segera lah berbuka puasa.

Kelima. Rasa sangat dahaga. Air kencing berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda ibu dehidrasi. Jadi pastikan selepas berbuka dan semasa bersahur kita minum air secukupnya.

Keenam. Utamakan memakan makanan berprotein tinggi kerana protein tersimpan didalam tubuh badan kita pada kadar yang lebih tinggi. Macam saya, waktu sahur memang tak berapa rajin nak masak macam-macam. Lepas makan sejemput nasi, saya akan bancuh air milo + ESP.. Biasa lah pregannt kan, mana nak boleh makan banyak-banyak terus. Alhamdulillah kurang sangat rasa lapar.. Badan pun bertenaga. Tak ada lah terbaring lesu je.. Sebab ESP ni protein soya yang membekalkan tenaga dan membuat kita rasa kenyang lebih lama

Akhir sekali jangan lupa lewatkan waktu sahur. Maksudnya selagi ada waktu tu, kite makan dan minum secukupnya supaya kita tidak akan berasa cepat lapar disiang hari.

Jom tengok apa kata mommies yang dah minum ESP



Memang best ESP tambah-tambah kalau bulan Ramadhan, memang ramai yang cari ESP ni tau.. Mommies semua dah ganti puasa ke belum? Kalau belum jom lah kite sama-sama ganti puasa. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh klik je icon whatsapp kat tepi tu ya.. 😉



Tuesday 23 February 2021

Dah 10 tahun. Macam mana berkenalan dulu

Assalamualaikum.. Hai semua..

Pejam celik, pejam celik dah 10 tahun rupanya saya dengan Shaklee. Teringat dulu masa mula-mula berkenalan dengan Shaklee ni sebab nak susukan anak yang sulung miasara. Ye lah masa tu baru je 1st time bergelar mommy kan. Serba serbi tak tahu.. Tapi memang dah nekad dalam hati ni nak bagi baby susu ibu sepenuhnya.

Masa mula-mula tu rasa nak give up juga tau. Mana tak nya dengan rasa letihnya, baby nak ngempeng je, pas tu dengan nipple jadi pedih bila baby kuat menyusu. Rasa macam tak mampu je nak susukan baby. Selalu fikir baby ni tak cukup susu ke? Stress rasa..

Alhamdulillah Allah temukan saya dengan iklan sorang kakak ni.. Terus je whatsapp die nak beli 1 tong ESP. Kakak tu kata boleh bancuh dengan apa-apa air kecuali air panas ngan coffee je tak boleh.. Saya ni memang hantu Milo. Jadinya kite shake-shake kan aje lah dengan milo ais.. Pertama kali rasa ESP terus ketagih hahaha.. Memang sedap woooo.. Dari situ lah bermula nya perkenalan saya dengan Shaklee. 

Itulah rupa tong pertama ESP saya masa 2011 dulu. Tong nya memang besar ya.. Lepas tu sekitar 2012 atau 2013 saya tak ingat sangat bila, Shaklee upgrade wajah ESP.. Dan sekarang 2021 tong ESP yang warna putih tu..

Berbalik kepada cerita penyusuan saya, hari demi hari saya belajar, nak menyusu kan baby tak perlukan milkbooster pun. Janji cukup makan, cukup air, tak stress, tak letih, bagi susu baby on time, In sya allah boleh berjaya susukan baby sehingga 2tahun.

Nampak macam senang je kan? Tapi memang tak mudah. Disebabkan saya ni work at home mommy, baby miasara memang minum susu ibu sepenuhnya. Faham-faham je la saka lapar nya macam mana 😂 Dalam kepala ni nak kurus. Tapi asyik lapar je. Stress ooo. Tapi yang saya perasan lepas ambil ESP dah kurang sangat rasa lapar. Baby saya pun malam-malam tidur lebih lena dan tak meragam. Bagi saya ESP ni energy booster untuk saya dan bantu kurangkan berat badan. 

Alhamdulillah setiap kali lepas bersalin memang wajib cari ESP ni.. Syukur sangat 3 orang anak saya, saya berjaya susukan lebih 2 tahun. Yang no 3 menyusu sampai hampir 3tahun sehingga saya pregnantkan baby no 4. Sekarang saya sedang susukan baby daniel yang berusia 5bulan tetap & masih amalkan ESP untuk membantu memberi tenaga & kurangkan berat badan. BONUS nya juga kulit saya pun jadi lebih sihat & cantik.. Terima Kasih Shaklee


Ni gambar dulu.. Gambar sebelum saya jumpa shaklee.. Yang tudung pink selepas saya amalkan Shaklee.. Alhamdulillah sampai sekarang saya dah tak ada masalah kulit muka. 😍

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2021 Mommy Miasara. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.