Showing posts with label Set Ibu Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Set Ibu Mengandung. Show all posts

Tuesday, 5 March 2013

Vitamin Ibu Mengandung Menyebabkan Bayi Besar?

Ramai ibu mengandung salah anggap tentang vitamin dan membuat kesimpulan sendiri : 
"tak nak lah makan vitamin, nanti baby besar susah nak beranak!"
Pernah dengar tak orang kata cam ni atau anda sendiri yang berkata begini? SALAH TU..

Tak percaya? Jom kite tengok apa kata pakar..


Dan menurut Dr.Mohamad Rafi dari Hospital UMRA, Shah Alam, Vitamin ibu mengandung bertujuan untuk menambahkan tahap darah merah ibu bukannya untuk membesarkan bayi. Sekiranya ibu kurang darah dan kelihatan pucat, pendarahan sewaktu kelahiran mungkin boleh berlaku dan ia membahayakan. Bayi yang besar banyak bergantung kepada baka atau adakalanya ibu menghidap diabetes.




Apakah penyebab bayi besar dari usia kandungan??
  • Faktor keturunan - Ibu bapa yang besar akan melahirkan bayi yang besar
  • Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung
  • Ibu yang mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi semasa mengandung - iaitu ibu yang mengidap kencing manis.

Jadi pengambilan vitamin semasa mengandung sama sekali tiada kaitan dengan 'baby besar dalam kandungan'. 

Kenapa kita perlu mengambil vitamin ibu mengandung??
  • Semasa mengandung si ibu perlu khasiat yang lebih dari biasa untuk diri sendiri dan janin yang dikandung. Perlu makan makanan seimbang & berkhasiat seperti buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain, kekacang. 
  • Kebanyakkan ibu mengandung mengalami alahan dan muntah2 yang menyebabkan sukar untuk mendapatkan zat yang mencukupi, jadi pengambilan vitamin tambahan adalah disarankan.
  • Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.
  • Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membina lebih sel-sel darah untuk mempastikan oksigen yang cukup untuk bayi, dan zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita.  

Ha.. dengar tu mommies ye.. vitamin wajib dimakan ketika mengandung! Saya sendiri makan vitamin sehingga lah hari terakhir sebelum saya dimasukkan ke hospital ;)
Vitamin/Suplement bertujuan menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita bagi menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita.. Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim.


Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?

Apa pula komen momies yang menggunakan set pregnancy shaklee?




Pastikan anda memilih nutrisi dari bahan semulajadi yang sentiasa selamat, berkesan & tiada kesan sampingan.

Berminat?
Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan dapatkan diskaun hebat untuk Set ini.. Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja! Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017 - 298 2635.. Jangan lupa add FB sy..   

Thursday, 8 November 2012

8 Perkara Tentang Kehamilan


1. Pemeriksaan Antenatal
Penjagaan antenatal sangat penting untuk memastikan anda dan bayi sihat sepanjang kehamilan. Berjumpa doktor O&G sejak awal kehamilan membolehkan mereka memantau kesihatan dan perkembangan bayi dan anda dari semasa ke semasa.

2. Jaga Pemakanan
Sebenarnya, dalam kehamilan tiada istilah makan untuk dua orang. Ketahuilah bahawa keperluan tenaga ibu hamil tidak berubah sepanjang enam bulan pertama kehamilan mereka. Keperluan ini mula meningkat sedikit ketika tiga bulan terakhir kehamilan iaitu penambahan lebih kurang 200 kalori sehari. Yang penting, ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pada masa yang sama, pastikan makanan yang diambil bersih bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit.
Sekiranya berpuasa, pastikan anda bersahur dan berbuka dengan makanan yang berkhasiat. Hidangan anda mestilah mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Cegah dehidrasi tubuh dengan perbanyakan minum air kosong pada waktu malam.

3. Pengambilan Asid Folik
Asid folik penting bagi ibu hamil kerana boleh membantu mencegah masalah spina bifida dan masalah kecacatan tiub neural. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian asid folik sebanyak 400mcg bermula semasa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

4. Bersenam
Senaman boleh memberi kekuatan dan ketahanan pada ibu hamil. Senaman juga akan memudahkan ibu hamil kembali ke bentuk tubuh asal selepas bayi anda dilahirkan. Semasa hamil, wanita digalakkan melakukan senaman lantai pelvik bagi menguatkan otot sekitar pelvik yang membantu mengelakkan daripada berlakunya inkontinens, yang selalu dialami oleh wanita hamil. Tekanan inkontinens adalah terkencing akibat aktiviti tertentu seperti bersin, ketawa atau bersenam.

5. Pakaian Dan Kasut Ketika Hamil
Sepanjang kehamilan, ibu-ibu disarankan agar memakai pakaian yang longgar dan tidak mencengkam terutamanya pada bahagian pinggang. Pastikan juga pakaian tersebut menggunakan fabrik yang mudah serap peluh seperti kain kapas. Pada masa yang sama, pakaian dalam juga perlu yang sesuai iaitu khas untuk wanita hamil. Untuk kaki, pilihlah kasut bertumit rendah dan diperbuat daripada kanvas atau kulit yang membantu memberi sokongan kepada tapak kaki anda.

6. Hadkan Pengambilan Kafein
Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa pengambilan terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko keguguran dan melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pakar memberitahu bahawa jumlah pengambilan kafein yang tidak memudaratkan ialah sekitar 150mg hingga 300mg, dalam 3 cawan. Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang kurang daripada kadar tersebut adalah lebih baik.

7. Atasi Morning Sickness
Morning sickness merupakan masalah paling biasa berlaku pada awal kehamilan tetapi tahap keseriusannya berbeza antara wanita. Masalah ini tidak akan mengancam bayi dalam kandungan selagi anda mampu untuk menyimpan sebahagian daripada apa yang dimakan. Sama penting adalah anda harus banyak minum air. Makanlah makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika berasa amat loya, makan apa saja yang mampu.

8. Rehat Secukupnya
Ibu hamil disarankan agar mendapatkan rehat secukupnya. Jika sakit belakang mengganggu tidur, cubalah berurut. Tapi, pastikan urutan tersebut dilakukan oleh individu yang berpengalaman. Selain itu, senaman dan aktiviti santai juga boleh membantu meredakan tekanan yang dihadapi.

Thursday, 7 June 2012

HOT PRODUCT For Preggy Mommy

Umum mengetahui Energizing Soy Protein/nama glamernye ESP, mempunyai pelbagai kelebihan. Untuk kecantikan kulit, pengurusan berat badan, membekalkan tenaga, kunci melawan penyakit, untuk penghasilan susu ibu dengan lebih cepat, untuk tumbesaran bayi dalam kandungan dll. Jadi ESP sesuai untuk dinikmati seisi keluarga. Rasanya pun sangat sedap.Jika anda ibu mengandung yang sering keletihan, lesu tidak bermaya, mengalami alahan yg teruk, anda patut mencuba ESP hari ini. 


Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. 

Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Boleh ke ibu mengandung mengambil ESP setiap hari?

Dah tentu la boleh. Malah ESP sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik dan penting untuk pembentukan kuku rambut dan kulit bayi. Ia juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.

Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang kian bertambah. 

Apa kata ibu mengandung yg telah mengambil ESP.



Bestkan? Time pregnant sentiasa sihat, cergas dan aktif. Tak de la, duduk je kan.. Nak bersalin pun mudah kalau kite sentiasa cergas dan aktif, Insyaallah.

Jom pekena ESP secawan. Hubungi sy di mommymiasara@gmail.com atau call/sms 017-298 2635 untuk fast reply. ADD FB sy : Ariel Damia Farhana untuk PM/CHAT FB.

Tuesday, 22 May 2012

Pentingnya Protein Untuk Bayi Dalam Kandungan

Salam.. Sebagai seorang ibu pastinya kite rasa sangat gembira bila mengetahui tentang kehamilan kite kan? Hari2 dilalui dengan hati riang gembira.. Rasa tak sabar untuk bertemu insan kecil tu.. Tapi, tiba2 doktor memberitahu yg bayi didalam kandungan tidak membesar seperti yg sepatutnya. Bayi anda kecil. Bagaimana perasaan anda? Pastinya tidak keruan, betul tak? Perasaan bimbang menyelubungi anda siang dan malam.. Pastinya berdoa tidak putus2 agar diselamatkan bayi di dlm rahim itu. Apa sahaja vitamin yg doktor sarankan pasti akan dihabiskan.. 


Kini kandungan anda mencecah 30w. Tapi keadaan masih sama.. Sehinggakan doktor memberitahu kandungan anda akan dibedah dalam masa 2minggu lagi.. Sebagai seorang bakal ibu pastinya segala ikhtiar akan dilakukan kan? Jom ikuti testimoni eksklusif ini..



Alhamdulillah setiap 2minggu peningkatan sebanyak 500g selepas ibu ini mengamalkan ESP & Ostematrix secara konsisten.


Ape yg diambil oleh ibu ini?

Ramai yg kenal ESP hanya untuk mencantikkan dan menghilangkan parut diwajah.. Ramai yg x tahu pentingnya ESP untuk perkembangan bayi dalam kandungan. 
  • Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh si ibu.
  • ESP penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit bayi. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik.
  • Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. 
  • Membantu memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
  • Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. 
  • Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. 
Dan kenapa sy berikan juga ibu ini Ostematrix? Ostematrix adalah Kalsium Shaklee.. Mesti anda tahu bukan kepentingan kalsium semasa mengandung? Cukupkah dengan minum susu 4 gelas sehari? Dan berapa konsistenkah anda untuk mengambil 4 gelas susu sehari tanpa gagal? Cara yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengambil Kalsium Shaklee atau lebih dikenali dengan Ostematrix. 

Jom dapatkan nya sekarang! Harga Istimewa menanti 20 pembeli pertama sahaja tau!

Nak dapatkan set ni pada harga istimewa? Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017 - 298 2635.. Jangan lupa add FB sy ya!

Monday, 26 March 2012

Ibu Mengandung Amat Digalakkan Mengambil Vitamin


Adalah penting bagi ibu mengandung untuk mendapat pemakan yang seimbang. Ini termasuklah dengan memakan buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain, kekacang. 
Walaubagaimanapun, apabila ibu mengalami masalah alahan, muntah-muntah semasa mengandung, adalah sukar untuk mendapat khasiat dari pemakanan sahaja, jadi mengambil vitamin tambahan adalah disarankan. 


Protien (Energizing Soy Protien) ~
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim didalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke-3.

~ Multivitamin (Vita-Lea) ~ 
mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah nak pitam atau pengsan , hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

~B complex ~
Lengkap dengan 8 B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. B complex Shaklee mengandungi Folic acid, Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukkan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)  ~
Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vit C minima tubuh kita iaitu 500mg.
Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.  Ianya adalah sustained release dan akan digunakan secara beransur2 mengikut keperluan oleh badan kita.

~ Omega 3 ( Omega Guard) ~
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari petingkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

~ Kalsium ( Ostematrix) ~
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggang, lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
 


Jom tengok apa kata ibu2 yang dah mengamalkan set ini :


Kenapa ramai ibu-ibu memilih vitamin Shaklee?
  1. Kerana ianya 100% semulajadi
  2. Bertindak dengan lebih baik didalam tubuh. 
  3. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik. 
  4. Diluluskan oleh KKM

Bestkan? Berminat?
Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan dapatkan diskaun hebat untuk Set ini.. Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja! Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017 - 298 2635.. Jangan lupa add FB sy..   




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2021 Mommy Miasara. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.