Sunday 23 September 2012

Tanda-Tanda Awal Bersalin

Selepas usia kandungan mencapai 36 minggu, boleh lah bakal2 ibu perhatikan tanda2 hendak bersalin seperti berikut :

  1. Kontraksi - Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.
  2. Sakit Belakang - Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap dan kadar kesakitan nya semakin kuat.
  3. Pecah Ketuban - Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.
  4. Lendir Pekat Bercampur Darah - Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah.

    **
    Amaran!!!  Walaupun (No 1-4) tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.

  5. Servis Terbuka - Hanya doktor yang akan tentukan bukaan serviks. Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui sama ada ibu hamil sudah benar-benar bersedia untuk proses kelahiran ataupun tidak. Biasanya, pemeriksaan ini dilakukan setiap dua hingga empat jam. Apabila semakin hampir 10 cm, pemeriksaan lebih kerap dilakukan.
  6. Perut Terasa Memulas Seperti Nak Buang Air Besar - Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk membuang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati... Jangan meneran sesuka hati ye..
  7. Kerap Terkencing - Ini kerana bayi sudah mula bergerak ke bawah.
  8. Perut kelihatan membuncit di bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong. Menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2021 Mommy Miasara. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.