Showing posts with label Testimoni Saya. Show all posts
Showing posts with label Testimoni Saya. Show all posts

Wednesday, 24 February 2021

Boleh Ke Ibu Hamil Berpuasa?

Hai.. Assalamualaikum semua..

Setiap kali pregnant, disaat melalui bulan Ramadhan pasti saya tertanya-tanya boleh ke puasa. Dalam hati ni risau sangat kat baby dalam kandungan. Alhamdulillah tahun lepas hanya 4 hari je saya tak dapat berpuasa. Itu pun sebab nya terlepas waktu sahur dan ada hari yang saya kurang sihat. Masa tu kandungan saya 5bulan.

Sebenarnya boleh je wanita hamil berpuasa. Tapi perlu mengambil berat beberapa hal sebelum menjalani ibadah puasa. 

Pertama sekali perlu rujuk kepada doktor/jururawat tentang kesihatan semasa kita. Macam saya hari tu saya terus tanya pada doktor tentang berpuasa. Menurut doktor, sebenarnya tak ganggu pun baby dalam kandungan, sebab baby masih sangat kecil. Dia tetap dapat zat makanan dari tali pusat ibu. Cuma kena pastikan ibu bersahur dan minum secukupnya. Doktor cadangkan lebih baik saya berpuasa sebab berat badan saya juga naik mendadak selepas melepasi trimester pertama 😆 mana tak nya, 3bulan dok pening-pening, loya dan tak lalu makan.. kikiki..Bila dah hilang kite balas dendam la.. haha

Kedua telah melepasi trimester pertama atau sudah tidak ada lagi morning sickness. Tapi kadang-kadang ada juga ibu yang pening, loya, muntah-muntah sampai ke akhir tempoh mengandung. Semuanya bergantung kepada keadaan semasa ibu itu sendiri.

Ketiga. Tidak mempunyai penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, penyakit asthma yang kronik, kandungan kembar atau masalah lain yang berkaitan kehamilan yang serius. Jika ada, biasa nya doktor akan nasihatkan supaya ibu tidak perlu berpuasa kerana bimbang masalah lain yang akan dihadapi nanti

Keempat. Sekiranya telah melebihi tempoh kehamilan 20 minggu, perhatikan jika terdapat perubahan ketara pada pergerakkan bayi dalam kandungan (kurang bergerak/tidak aktif). Jika rasa ada yang berbeza, segera lah berbuka puasa.

Kelima. Rasa sangat dahaga. Air kencing berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda ibu dehidrasi. Jadi pastikan selepas berbuka dan semasa bersahur kita minum air secukupnya.

Keenam. Utamakan memakan makanan berprotein tinggi kerana protein tersimpan didalam tubuh badan kita pada kadar yang lebih tinggi. Macam saya, waktu sahur memang tak berapa rajin nak masak macam-macam. Lepas makan sejemput nasi, saya akan bancuh air milo + ESP.. Biasa lah pregannt kan, mana nak boleh makan banyak-banyak terus. Alhamdulillah kurang sangat rasa lapar.. Badan pun bertenaga. Tak ada lah terbaring lesu je.. Sebab ESP ni protein soya yang membekalkan tenaga dan membuat kita rasa kenyang lebih lama

Akhir sekali jangan lupa lewatkan waktu sahur. Maksudnya selagi ada waktu tu, kite makan dan minum secukupnya supaya kita tidak akan berasa cepat lapar disiang hari.

Jom tengok apa kata mommies yang dah minum ESP



Memang best ESP tambah-tambah kalau bulan Ramadhan, memang ramai yang cari ESP ni tau.. Mommies semua dah ganti puasa ke belum? Kalau belum jom lah kite sama-sama ganti puasa. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh klik je icon whatsapp kat tepi tu ya.. 😉



Thursday, 18 August 2011

Saya dan Shaklee

Shaklee bukanlah nama asing bagi saya. Sejak umur 14 tahun, saya dah tahu kehebatan Shaklee, baik dari kebagusan produknya mahupun marketing plannya yang terbukti berkesan. Namun saya tak pernah tergerak hati untuk mencuba, kerana harganya pun dikhabarkan agak mahal.

Namun, baru-baru ni saya mengalami kekurangan susu, disebabkan obses nak diet..Konon2 nak cantik masa raya, tapi membawa mudarat pula. Jadi saya pun beli Breastfeeding Trial Set Shaklee yang berharga rm 80 jer.. Alhamdulillah dalam masa 5 hari makan supplement nie, susu saya bukan sahaja kembali normal, malah bertambah dari biasa. Alhamdulillah..

Bukan itu sahaja, saya menjadi lebih bertenaga dan kurang letih. Badan pun terasa ringan dan yang paling seronoknya sembelit yang saya alami selama bertahun-tahun dulu dah hilang. Kini saya mampu ke tandas secara semulajadi tanpa bantuan jamu.

Menariknya, saya juga hilang 3 kg tanpa berdiet.. Dan baru-baru ni jiran datang ke rumah dan tegur "kenapa kulit Farah nampak berseri ya? Biasa tak der pun?" Saya pun jawablah,"Uishh tak der la, mungkin baru lepas solat kot.." Dan dijawab semula oleh jiran tu "iyelah Farah, biasa lepas solat pun x der la cam nie.." Dalam diam hati saya berbunga-bunga dan syukur kerana hanya satu sebab saya ambil Shaklee nie dengan tujuan membanyakkan susu, tapi begitu banyak kebaikkan yang saya dapat.

Sejak  itu, saya yakin dengan Shaklee dan Alhamdulillah kini saya pengedar sah Shaklee dan semoga perkongsian saya nie bakal membawa perubahan juga untuk insan-insan di luar sana...

Kepada yang berminat mencuba produk Shaklee ni, sila hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2021 Mommy Miasara. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.