Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts

Tuesday, 22 January 2013

Persediaan Penyusuan Semasa Hamil

Assalamualaikum mommies..

Setiap wanita mengandung dan bakal bergelar ibu, pastinya menyimpan hasrat yg besar untuk susukan bayi dengan penyusuan ibu sepenuhnya.. Betul tak? Manfaat dan khasiatnya memang tiada tandingan..
Anda nak susukan bayi anda dengan susu ibu? Jom persiapkan diri ke arah penyusuan susu ibu!

  • Setkan niat, azam dan tanam dalam hati anda juga pasti boleh menyusukan bayi seperti ibu2 yang lain.
  • Cari sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan. Paling penting fahami konsep asas penyusuan : SUPPLY vs DEMAND, iaitu semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu yang akan terhasil.
  • Sentiasa berfikiran positif bahawa susu anda cukup untuk keperluan anak dan yakin bahawa anak dapat menyusu dengan baik.
  • Hadiri kelas penyusuan /antenatal class yang dianjurkan oleh pihak hospital. Hadir bersama-sama dengan suami supaya encik suami juga fahami mengenai penyusuan susu ibu kerana anda akan memerlukan sokongan padu daripada beliau setelah bayi lahir.
  • Jika anda merupakan ibu bekerjaya, carilah breastpump yang bersesuaian. Saya memilih pam elektrik untuk keselesaan dan menjimatkan masa pam. Yang paling glamour medela freestyle walaupun harganya mencecah 4 angka, tetapi pelaburan itu adalah sangat berbaloi. Jangan lupa breast milk storage juga ya!
  • Bersihkan puting susu setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam. Elakkan sabun bahagian puting. Tarik dan urut puting perlahan2 semasa mandi. Sapu minyak zaitun pada puting.
  • Banyakkan berdoa supaya dipermudahkan perjalanan penyusuan anak anda. 

TIPS Sebaik sahaja melahirkan bayi :
  • Satu jam pertama kelahiran bayi adalah paling penting. Letakkan bayi pada payudara dan susukan sekerap mungkin. Rangsangan dari bayi penting untuk memastikan susu keluar. 
  • Jangan risau susu anda terlalu sedikit untuk bayi kerana kolestrum yang dihasilkan ibu melalui susu awal ibu adalah sangat mencukupi. Xpercaya?? Klik link ni untuk pembacaan selanjutnya : Perut Bayi Baru Lahir Sebesar Sebiji Guli 
  • Cari bidan yang boleh membantu untuk mengurut payu dara anda dalam tempoh seminggu kelahiran bayi. Proses urutan ini dapat melancarkan liang susu serta membuka lubang susu pada payudara anda. 
  • Amalkan pemakanan seimbang dan tinggi protein. Pemakanan yang sihat dapat membantu dalam pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu bagi memudahkan penghasilan dan pengaliran susu badan sebaik melahirkan bayi.
JOM tengok persediaan seorang ibu gigih ni..

Wow.. Tumpang hepi dengan hasil usaha beliau..
Semoga gambar ini boleh menaikkan semangat anda dalam menjayakan misi penyusuan anda!

Thursday, 6 December 2012

Susu Terbaik Di Dunia

Assalamualaikum mommies..

Susu terbaik didunia? Dah tentulah susu ibu kan.. Syukur Alhamdulillah, dalam zaman yang serba moden ni, masih ramai ibu2 yang memilih untuk menyusukan anak dengan susu ibu sahaja. Bekerja bukan lagi alasan untuk ibu memberikan susu tiruan(susu formula) kepada si manja. 

Jom kite tengok kenapa ramai ibu2 yang berusaha keras untuk memberikan susu yang terbaik ini buat si manja mereka.


  • Mengandungi antibody (bahan pencegah penyakit).
  • Mempunyai komposisi nutrien yang lengkap dan memenuhi keperluan bayi.
  • Mengandungi protein dan asid lemak yang tinggi dan mudah hadam.
  • Mengurangkan risiko alahan.
  • Mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik.
  • Melindungi bayi daripada kolik, asma, penyakit kulit, jangkitan hidung dan telinga.
  • Mengelakkan cirit-birit dan penyakit saluran penafasan.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesity.
  • Menggalakkan tumbesaran yang baik.
  • Meningkatkan daya perkembangan intelek yang baik.

Wahhh.. Banyak betul manfaat untuk bayi dari susu ibu ni ye.. 

Jom kite tengok pulak usaha ibu2 muda ni dalam menjayakan penyusuan eksklusif.


16 minit pam




Sunday, 8 July 2012

Perut Bayi Baru Lahir Sebesar Sebiji Guli?

Alhamdulillah anda dah selamat melahirkan permata yg ditunggu-tunggu selama ni.. Masalahnya sekarang, baby kerap menangis.. Nak mengempeng je(bahasa Jawa), klau orang utara cakap nak merap je dengan anda.. Selalunya orang tua-tua akan cakap mcm ni "anak kau ni lapar ni, tak cukup susu.. susu kau sikit..bagi la die nestum/susu tepung" Adakah anda pun akan fikirkan benda yang sama? 


Tahukah anda perut bayi yang baru lahir hanya sebesar sebiji guli! Jadi kolestrum yang dihasilkan ibu melalui susu awal ibu adalah sangat mencukupi walaupun kolestrum dihasilkan sedikit kerana menurut seorang pakar laktasi bertauliah Puan Rita Rahayu, saiz perut si kecil yg hanya 5-7ml kapasitinya. Sedangkan kolostrum ibu yg terhasil ialah antara 20-30ml. Bukankah ianya lebih dari mencukupi? Ini juga menjelaskan mengapa bayi yang diberi susu formula biasanya akan muntah dengan banyak kadang kala ada yg keluar melalui hidung.






Selepas tiga hari, perut bayi akan membesar sidikit. Apabila bayi masuk hari ketiga, besar perut bayi adalah sebesar bola ping pong sahaja iaitu 45-60 ml kapasiti dan pada ketika ini biasanya susu matang ibu sudah mula terhasil. Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi baru lahir seharusnya tidak timbul. Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yang diperlukan oleh bayinya. Kuantiti susu ibu yang diminum oleh anak secara terus tidak semestinya sama dengan kuantiti susu yang diperah.




Pada hari ke-10, saiz perut bayi sudah sebesar SEBIJI TELUR AYAM dan ia mampu untuk terus mengembang. Pada masa ini, perut bayi dapat menampung sebanyak 60-80 ml susu pada satu-satu masa.


Tahukah anda bayi menangis bukan hanya kerana lapar. Banyak sebab lain yg menyebabkan bayi menangis. Antaranya mungkin sebab persekitaran yg panas atau terlalu sejuk, kembung perut, tidak selesa dengan sesuatu keadaan, lampin basah dan anda perlu menukarnya.


**Jika sewaktu di dalam pantang, bayi anda sering menangis dan selalu nak ‘mengempeng’…Peluklah mereka…Belailah mereka..Mereka menangis bukan semata-mata kerana lapar…Mereka inginkan perhatian anda..Jika berada di payudara anda, mereka mendengar degupan jantung anda yang selama ini menjadi peneman setia hidupnya di dalam rahim anda…Mereka akan berasa tenang…..Susukan bayi anda sepenuhnya dengan susu ibu…InsyaAllah cukup untuk anak anda….**

Tuesday, 3 July 2012

Tips Kumpul Stok Susu

Nak kumpul stok susu? 
Ini pembakar semangat buat mommies semua... 










Apa rahsianya??












Apa caranya??











Macam mana nak buat??















Hai mommies.. Excited kan tengok stok EBM yg banyak ni.. Sy kagum melihat mommies yg gigih mengumpul stok susu untuk anak tersayang.. Walaupun bekerja, itu bukan satu halangan untuk berikan yg terbaik utk si kecil.. Hari ni sy nak kongsikan dengan mommies semua rahsia bagaimana nak kumpul stok susu.



  1. Yakin dengan diri sendri dan yakin rezeki utk anak datang dari Allah s.w.t 
  2. Mulakan memerah susu seawal yg mungkin. Ini bergantung pada hari ke berapa susu matang anda keluar semasa dalam pantang. Ini bagi mengelakkan anda stress akibat kekurangan stok susu semasa anda mula bekerja nanti.
  3. Tidak memberikan bayi anda susu perahan. Sebaliknya susukan bayi secara terus jika anda bersama bayi. Susu perahan hanya diberikan sekiranya anda berjauhan dengan bayi. (keluar bekerja/keluar seketika)
  4. Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa. Namun bagi ibu yg mahir express susu menggunakan tangan kadang2 lebih byk hasilnya.
  5. Susukan bayi sambil mengepam. Sebelah susukan bayi, sebelah lagi pam. Dengan cara ini anda juga boleh menyediakan stok susu dengan lebih banyak.
  6. Memahami konsep demand & supply. Semakin banyak anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan dihasilakan.
  7. Disiplin.! Jika anda seorang ibu yg bekerja, pastikan anda mengepam susu setiap 3 jam. Andaikata hari tersebut anda terlalu sibuk, anda seharusnya menggantikan sesi mengepam pada sebelah malam (bangun malam)
  8. Pastikan tiada negatif stok. Sekiranya bayi anda menyusu 12oz di siang hari, pastikan anda membawa pulang sekurang-kurangnya 12oz atau lebih.
  9. Minum air secukupnya atau perbanyakkan makanan seperti sup dalam menu harian anda.
  10. Perbanyakkan makanan yg mengandungi protein dan kalsium. Kerana komponen utama susu ibu adalah protein dan kalsium. Jadi ianya membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.
  11. Ambil suppliment/penggalak susu. Ini adalah alternative bagi memastikan tubuh anda sentiasa sihat dan cergas bagi menghasilkan susu dengan lebih banyak. Elakkan mengambil penggalak susu yg mengandungi dadah.
  12. Doa yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan pada kedua2 belah payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.
  13. Sentiasa berfikiran positif. Bertenang dan bersabar jika mengalami dugaan semasa tempoh penyusuan. 
  14. Elakkan stress. Kerana stress hanya akan menyebabkan susu anda berkurangan.
  15. Berjumpalah dengan rakan2 yg menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kite lebih bersemangat dalam meneruskan misi kite..

Semoga tips yg sy berikan ini membantu mommies semua mengumpul stok susu ye..


Tuesday, 13 March 2012

Posisi Penyusuan Ibu

Ada beberapa posisi mendukung bayi ketika penyusuan ibu. Secara asasnya apa saja posisi yang dipilih, ibu dan anak haruslah dalam keadaan selesa, tenang dan tidak menyakitkan mana-mana bahagian badan.





1. Posisi Mendukung (Cradle Hold)

Ibu duduk dalam keadaan tegak dengan bahagian belakang disokong dengan bantal. Bayi diletakkan betul-betul di hadapan ibu dalam keadaan perut bayi bertemu perut ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, maka kepala, belakang badan dan punggung bayi diampu oleh lengan kiri ibu. Begitulah juga jika bertukar ke bahagian kanan. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

2. Posisi Mendukung Bersilang (Cross-Cradle Hold)

Posisi ini hampir sama seperti posisi mendukung (cradle hold) di atas. Cuma bezanya ialah dalam posisi ini bayi diampu oleh tangan yang satu lagi. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, bahagian badan, belakang dan kepala bayi diampu oleh lengan kanan ibu. Tapak tangan ibu mengampu kepala bayi. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

3. Posisi Mendakap (Football Hold)

Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean kerana badan bayi tidak menekan abdomen ibu yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian pembedahan. Dalam posisi ini bayi diletakkan di sisi (kiri atau kanan) ibu. Badan bayi disokong oleh bantal dan juga lengan ibu. Juga ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

4. Posisi Berbaring (Lying Down)

Posisi ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean dan juga ibu-ibu yang bersalin normal yang tidak selesa untuk duduk tegak dan mungkin sakit di bahagian bawah. Ibu-ibu perlu berbaring mengiring ke kiri atau ke kanan. Belakang badan ibu dan kepala disokong dengan bantal dalam keadaan selesa. Bayi juga diletakkan dalam keadaan mengiring menghadap ibu. Belakang bayi juga disokong dengan bantal.

Secara amnya:

* Kepala, tengkok dan badan bayi haruslah dalam keadaan selari
* Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
* Bayi rapat dengan ibu, perut bertemu perut
* Kepala, bahu dan punggung bayi diampu
* Ibu dalam keadaan selesa dan tidak membongkok




Tuesday, 20 December 2011

Kenapa Vitamin Tidak Berkesan?

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Dan akan saya update lagi nanti insyaALLAH.....apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Sila call pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Sila hubungi saya untuk konsultasi percuma dan diskaun hebat hanya di mommymiasara.blogsport.com ~ mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 ~ add saya di facebook: Ariel Damia Farhana

Monday, 19 December 2011

Set Penyusuan Mana Yang Sesuai?

Alhamdulillah, set penyusuan Shaklee mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini. Terdapat 4 jenis set penyusuan, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, saya cuba perincikan untuk anda ya..



Set 1  - Set B

  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa 

Set 2 - Eu-Four Pack


  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.



Set 3 - Set E

  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster



Set 4 - Set 3M


  • Mengandungi set B, kalsium dan ESP
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan sok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamakan set ini, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha / ibu yang mahu menyusukan anak angkatnya



Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada saya supplement sangatlah mebantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.

Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat? 


Saya tinggalkan anda dengan ungkapan ini, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana..

" Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa  syurga wajib baginya". Subhanallah...

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dengan mommymiasara.blogsport.com ~ mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 ~ add saya di facebook: Ariel Damia Farhana



Thursday, 15 December 2011

Tips Memulakan Penyusuan Ibu

Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Saya pasti semua ibu menyimpan hasrat menyusukan sendiri selama mana yang boleh. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.


  • Tenang dan yakin anda boleh menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 3L sehari untuk memastikan susu dihasilkan dengan lancar dan banyak
  • Ambil supplement bagi memastikan anda dalam keadaan yang cukup sihat dan badan bersedia menghasilkan susu yang banyak.

Thursday, 17 November 2011

Tips Tingkatkan Penghasilan Susu ~ Power Pumping

Salam semua pembaca mommymiasara.. Ramai yang bertanya pada saya bagaimana caranya nak tingkatkan penghasilan susu. Salah satu tipsnya ialah dengan melakukan power pumping. Mari kita lihat apa tu power pumping ya..

 Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

  1. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
  2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi waktu ni.

 Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

*** Kepada ibu-ibu bekerjaya yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat disarankan membuat power puming pada malam harinya, InsyaAllah susu tak akan berkurang,malah kalau kerap diamalkan,susu akan bertambah dari masa ke semasa.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2021 Mommy Miasara. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.