Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Tuesday, 3 July 2012

Tips Kumpul Stok Susu

Nak kumpul stok susu? 
Ini pembakar semangat buat mommies semua... 










Apa rahsianya??












Apa caranya??











Macam mana nak buat??















Hai mommies.. Excited kan tengok stok EBM yg banyak ni.. Sy kagum melihat mommies yg gigih mengumpul stok susu untuk anak tersayang.. Walaupun bekerja, itu bukan satu halangan untuk berikan yg terbaik utk si kecil.. Hari ni sy nak kongsikan dengan mommies semua rahsia bagaimana nak kumpul stok susu.



  1. Yakin dengan diri sendri dan yakin rezeki utk anak datang dari Allah s.w.t 
  2. Mulakan memerah susu seawal yg mungkin. Ini bergantung pada hari ke berapa susu matang anda keluar semasa dalam pantang. Ini bagi mengelakkan anda stress akibat kekurangan stok susu semasa anda mula bekerja nanti.
  3. Tidak memberikan bayi anda susu perahan. Sebaliknya susukan bayi secara terus jika anda bersama bayi. Susu perahan hanya diberikan sekiranya anda berjauhan dengan bayi. (keluar bekerja/keluar seketika)
  4. Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa. Namun bagi ibu yg mahir express susu menggunakan tangan kadang2 lebih byk hasilnya.
  5. Susukan bayi sambil mengepam. Sebelah susukan bayi, sebelah lagi pam. Dengan cara ini anda juga boleh menyediakan stok susu dengan lebih banyak.
  6. Memahami konsep demand & supply. Semakin banyak anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan dihasilakan.
  7. Disiplin.! Jika anda seorang ibu yg bekerja, pastikan anda mengepam susu setiap 3 jam. Andaikata hari tersebut anda terlalu sibuk, anda seharusnya menggantikan sesi mengepam pada sebelah malam (bangun malam)
  8. Pastikan tiada negatif stok. Sekiranya bayi anda menyusu 12oz di siang hari, pastikan anda membawa pulang sekurang-kurangnya 12oz atau lebih.
  9. Minum air secukupnya atau perbanyakkan makanan seperti sup dalam menu harian anda.
  10. Perbanyakkan makanan yg mengandungi protein dan kalsium. Kerana komponen utama susu ibu adalah protein dan kalsium. Jadi ianya membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.
  11. Ambil suppliment/penggalak susu. Ini adalah alternative bagi memastikan tubuh anda sentiasa sihat dan cergas bagi menghasilkan susu dengan lebih banyak. Elakkan mengambil penggalak susu yg mengandungi dadah.
  12. Doa yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan pada kedua2 belah payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.
  13. Sentiasa berfikiran positif. Bertenang dan bersabar jika mengalami dugaan semasa tempoh penyusuan. 
  14. Elakkan stress. Kerana stress hanya akan menyebabkan susu anda berkurangan.
  15. Berjumpalah dengan rakan2 yg menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kite lebih bersemangat dalam meneruskan misi kite..

Semoga tips yg sy berikan ini membantu mommies semua mengumpul stok susu ye..


Monday, 4 June 2012

Melangkapkan Tubuh Untuk Menghasilkan Susu Yang Lebih Banyak

Sedih kan bila kite da tanam niat dalam hati nak bagi baby susu ibu sepenuhnya sehingga 2tahun tapi terpaksa campur pulak dengan SUSU TIRUAN (susu formula). Tahukah anda susu formula akan menyebabkan bayi mengalami obesiti, cirit birit/sembelit(jika salah bancuh), alahan kulit dan pelbagai lagi masalah lain. (Klik Link Utk Baca Selanjutnya)

Sebagai ibu adakah anda akan merelakan sahaja perut bayi anda disumbatkan dengan barang tiruan? Pastinya tidak kan? Nak menyusukan baby bukan lah semudah ABC dan tidak la pula sesusah mana yg disangka. Perkara pertama yg  perlu ada ialah ilmu penyusuan. Apabila kita faham konsep deman & supply ia akan memudahkan lagi perjalanan penyusuan kite. 

Pengambilan suppliment juga menjadi penting terutama bagi ibu2 berkerjaya yg ingin meneruskan penyusuan susu ibu. Suppliment dapat membantu ibu melengkapkan diri untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak. Kebanyakkan ibu bekerjaya akan mengalami stress ditempat kerja, waktu makan yg tidak menentu dan juga pengambilan makanan yg tidak seimbang akan menjejaskan penghasilan susu ibu. Di sini Suppliment memainkan perasan dalam mengisi ruang2 kosong yg tidak dapat dipenuhi oleh pemakanan seharian si ibu. Jadi, tubuh si ibu pun akan lebih cergas dan sihat untuk menghasilkan susu yg lebih banyak.

Alhamdulillah kebanyakkan ibu berkerjaya yg mengamalkan Set 3M, sangat berpuas hati dengan hasil tuaian mereka. Pengambilan suppliment yg konsisten dan ikut TIPS SPECIAL yg diberikan akan meningkatkan penghasilan susu dari masa ke semasa. Jom kite tengok apa kata ibu2 yg mengamalkan set 3M ni..



Dan seorang lah


Hepi kan? Saya suke sangat bila tengok baby membesar hasil dari penyusuan susu ibu. Tak pe la keluar belanja sikit untuk beli suppliment daripada tiap2 bulan berhabis RM70-80 untuk beli susu formula kan? 

Pada anda yg nak dapatkan SET 3M ni pada harga yang sangat istimewa, SILA PM FB sy/email sy di mommymiasara@gmail.com/017-298 2635(nana)


Thursday, 12 April 2012

.: Memperkayakan Nutrisi Dalam Susu Ibu :.

Adakah anda :
  • Ibu bekerja yang sering makan diluar?
  • Sangat sibuk hingga selalu skip makan?
  • Sering makan makanan segera?
  • Bimbang bayi anda tidak mendapat nutrisi secukupnya?

Jika anda merupakan seorang ibu yang sedang menyusukan anak dan tergolong dalam salah satu diatas, saya sarankan anda mengambil Euphoria Set B (Breastfeeding). Ini kerana Set B itu sendiri lebih kepada untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu serta membantu meningkatkan kesihatan ibu secara menyeluruh. Jika si ibu sihat bertenaga, pasti la susu pun dapat dihasilkan dengan lebih baik kan?






B-Complex
  • anti-stress dan tekanan. 
  • diperlukan untuk penghasilan hemoglobin. (cegah anemia)
  • menggalakkan pertumbuhan.
  • menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga.
  • untuk memetabolismekan lemak, protein dan karbohidrat 

Vita-C
  • sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu.
  • meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu.
  • Sekiranya bayi anda atau anda demam, tingkatkan pengambilan vitamin C ke 2 biji sehari.
  • bagi ibu-ibu yang menghadapi puting luka/melecet/berdarah, Insyaallah akan mudah sembuh.
  • vitamin C juga buatkan kulit makin bersih, cerah dan cantik.

Vita-Lea
  • Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. 
  • Kebiasaannya sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita disyorkan untuk perbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak, contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vita-lea telah dilengkapi dengan zat besi bagi membantu pembesaran anak lebih baik.
  • sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu pastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. 

Alfalfa
  • Merupakan herba di mana mempunyai 1001 fungsi dan salah satunya ialah membantu memekatkan susu dan juga memperbanyakkan susu. 
  • Turut membantu sistem penghadaman lebih lawas dan membuang angin di dalam badan di mana ada ibu-ibu yang sentiasa terkentut apabila mengambil alfalfa ia sangat bagus kerana dapat mengelakkan juga bayi daripada terkena kembug perut.
  • Pengambilan setiap ibu adalah berbeza. Ada yang mengambil 2 biji sahaja pun sudah mengalami bengkak susu namun ada juga yang memerlukan 4-10 biji sehari barulah menampakkan hasil dengan syarat minum air masak yang banyak. 


Jom tengok apa kata ibu yang dah mengamalkan Set B





Best kan? Disamping kite kumpul stok susu, kite juga dapat menambah nutrisi dalam susu ibu...





Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan cara pengambilan yang betul serta dapatkan diskaun hebat untuk Set ini.. Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja! Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017 - 298 2635.. Jangan lupa add FB sy.

Wednesday, 11 April 2012

.: Untuk Ibu-Ibu Yang Mempunyai Masalah Penyusuan :.

Adakah ibu-ibu mengalami masalah penyusuan? Banyak usaha telah dilakukan, tapi hasilnya tetap menghampakan? Set Tripple M (3M) adalah yang terbaik untuk ibu-ibu semua.


Hepi tengok pic stok EBM ni.. Ni hasil tuaian Ibu Nur.. Yang berjaya kumpul 600 oz dalam masa kurang sebulan dengan 3M

Tripple M (3M) Mengandungi Vitalea (Multivitamin) lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Ostematrix (Kalsium Magnesium), Alfalfa dan Energizing Soy Protein (ESP).

Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2-3 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
Kalau anda juga mahu mengumpul stok seperti Ibu Nur, anda patut mencuba Set 3M. Selain boleh mempercepatkan penghasilan susu, set ini juga mampu memekatkan susu dan hasilnya baby anda kurang meragam kerana kekenyangan.. burppp.. alhamdulillah.. hehehe


Jom ikuti pula usaha Ibu Affnie mengumpul stok untuk Baby Amanda puteri kesayangan beliau.


Dan setelah mengikuti TIPS yang diberikan..


Yang terbaru, menurut beliau sekarang beliau sedang mencari Deep Freezer untuk stok EBM yang semakin meriah..

Bestkan? Jom dapatkan 3M

Ingin mendapatkan Shaklee Tripple M ini? Tetapi mempunyai kekangan bajet? Kini, ada tawaran istimewa buat ibu-ibu.. Dapatkan hasil yang sama dengan harga yang lebih murah hanya untuk pengunjung mommymiasara.blogspot.com

Jangan lupa dapatkan konsultasi percuma dan TIPS EKSKLUSIF pengambilan 3M dari kami.

Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com/ 017-298 2635 (nana)
Jangan lupa Add Fb saya : Ariel Damia Farhana

Wednesday, 28 March 2012

Susu Merudum??

Ramai yang selalu bertanya pada saya apa suppliment/makanan yang boleh menambah pengeluaran susu ibu.. Dan memang saya akui suppliment sangat membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.. 


Tetapi tidak ramai ibu-ibu yang sedar mereka juga perlu mengetahui faktor yang menjadi punca kekurangan susu ibu. Dengan mengetahui punca sesuatu masalah kita dapat mencari penyelesaian bagi masalah tersebut.



~ Faktor yang menyebabkan kurang pengeluaran susu ibu ~ 

(1) Tekanan @ stress
Tekanan ini bukan sahaja boleh berpunca dari pelbagai masalah yang dihadapi dalam hidup sehari-hari malah ramai ibu-ibu yang secara tidak sedar akan berasa tertekan apabila mendapati pengeluaran susu mereka berkurangan.
Diakui adalah amat sukar untuk tidak berasa tertekan, tetapi sebolehnya elakkan terlalu memikirkan masalah kekurangan susu ibu lebih-lebih lagi sewaktu memerah susu atau menyusukan bayi. Dakap bayi dan tenangkan fikiran. Jika tidak bersama bayi lihat gambarnya atau bayangkan saat-saat ketika bersama dengan bayi anda bagi membantu pengeluaran.

(2) Keletihan atau kurang tidur
Tugas menjadi seorang ibu bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa bangun pada waktu malam untuk menyusukan bayi atau menenangkan bayi yang terjaga kerana lampin yang basah. Walau bagaimana pun ini tidak bermakna ibu-ibu boleh menjadikan ini sebagai alasan untuk kurang tidur.
Keletihan bukan sahaja boleh mengganggu pengeluaran susu malah ia boleh mengganggu fungsi badan yang lain. Termasuk juga sistem pencernaan. Dapatkan bantuan suami untuk membantu menyalin lampin bayi secara bergilir-gilir pada waktu malam. Bagaimana pun anda masih perlu bangun pada waktu malam untuk menyusukan bayi. Tetapi perlu berasa bertuah kerana tidak perlu bangun untuk memanaskan air dan membancuh susu.
Tidur siang dalam jangka masa yang singkat boleh membantu mengurangkan keletihan tetapi pastikan anda tidak tidur berlebihan.

(3) Kurang minum air
Badan kita menggunakan banyak air untuk pelbagai fungsi termasuk untuk menghasilkan susu yang mencukupi. Pengambilan air yang terlalu kurang boleh mengganggu pengeluaran susu.

(4) Kehamilan
Biasanya pengeluaran susu selepas bulan keempat kehamilan akan mengalami sedikit kemerosotan. Walau bagaimana pun pengeluaran akan kembali normal selepas kelahiran bayi.

(5) Pengambilan pil perancang
Walau pun ia jarang berlaku terdapat juga kebarangkalian pengeluaran berkurangan apabila ibu mengambil pil perancang kehamilan.


**Pastikan anda bertanya di tempat yang betul sekiranya mengalami masalah penyusuan.

Wednesday, 21 December 2011

30 Oz Susu Hanya Dalam 2 Sesi Pam!

Salam semua.. Alhamdulillah, hari ni saya nak berkongsi satu lagi testimoni customer saya yang berjaya meningkatkan jumlah susunya setelah pengambilan supplement Shaklee.

Yang lebih mengkagumkan saya ialah, susunya bertambah 10 0z dalam masa sehari sahaja pengambilan! Alhamdulillah, rezeki untuk baby Aleesya.. Namun harus saya ingatkan, yang pengambilan Shaklee ini berbeza dari satu individu ke individu yang lain. Dan semestinya kesan ke atas Pn Fazreen amat menggembirakan hati saya.. Jom tengok testimoni beliau..







Dan, saya pun pergi ke wall beliau yang berkongsi gambar hasil susunya.. 








Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA dan dapatkan diskaun hebat yang sedang berlangsung. Pastikan anda mendapat tips dan cara pengambilan supplement yang betul bagi mendapatkan hasil terbaik..  ~ mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 ~ add saya di facebook: Ariel Damia Farhana

Tuesday, 20 December 2011

Kenapa Vitamin Tidak Berkesan?

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Dan akan saya update lagi nanti insyaALLAH.....apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Sila call pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Sila hubungi saya untuk konsultasi percuma dan diskaun hebat hanya di mommymiasara.blogsport.com ~ mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 ~ add saya di facebook: Ariel Damia Farhana

Monday, 19 December 2011

Set Penyusuan Mana Yang Sesuai?

Alhamdulillah, set penyusuan Shaklee mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini. Terdapat 4 jenis set penyusuan, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, saya cuba perincikan untuk anda ya..



Set 1  - Set B

  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa 

Set 2 - Eu-Four Pack


  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.



Set 3 - Set E

  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster



Set 4 - Set 3M


  • Mengandungi set B, kalsium dan ESP
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan sok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamakan set ini, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha / ibu yang mahu menyusukan anak angkatnya



Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada saya supplement sangatlah mebantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.

Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat? 


Saya tinggalkan anda dengan ungkapan ini, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana..

" Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa  syurga wajib baginya". Subhanallah...

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dengan mommymiasara.blogsport.com ~ mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 ~ add saya di facebook: Ariel Damia Farhana



Friday, 2 December 2011

ESP Bagus Ke Untuk Ibu Menyusu?

Alhamdulillah, selepas berkongsi tentang kebaikkan ESP dua hari lepas, ramai yang order ESP untuk menganjalkan semula dan mencantikkan payudara. Dan tak kurang juga ramai ibu-ibu menyusu yang ragu-ragu, betul ke ESP ni bleh diambil oleh ibu menyusu? Khas untuk anda semua, saya lampirkan testimoni ibu-ibu yang menyusu, dan mengambil ESP sebagai salah satu milk-booster mereka. Jom tengok..

1) Testimoni Effa yang dapat hasil susu yang sangat menggalakkan walaupun pada bulan Ramadhan, dengan pengambilan ESP dan Alfalfa




2) Testimoni dari Darling, di mana suaminya memuji kulit mukanya berubah kelihatan kemerah-merahan semenjak mengambil ESP. Suaminya yang turut mengambil ESP, dapat merasai bahagian tangannya yang patah, makin kurang lenguhnya. Alhamdulillah..





Jadi bagi semua ibu menyusu, yakinlah ESP selamat diambil, malahan ia juga dapat menghasilkan susu yang banyak untuk bayi anda, dengan syarat anda mendapat cara makan dan tips yang betul dari pengedar sah anda.

ESP memang BEST! Bukan sahaja mencantikkan kulit, ESP juga menganjalkan kembali payudara yang kendur, merupakan milk-booster untuk ibu-ibu menyusu, berupaya menghilangkan parut jerawat dan memberi tenaga berpanjangan. Ibu hamil juga digalakkan mengambil ESP untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan, dan bila bayi lahir nanti, kulitnya mesti sangat cantik dan mulus.. 

Hubungi saya untuk konsultasi percuma, tips pengambilan yang betul serta tawaran hebat ESP ~ mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 ~ add saya di facebook: Ariel Damia Farhana

Monday, 28 November 2011

Kumpul 130 oz Stok Susu Dlm Masa 10 Hari!

Alhamdulillah..hari ni sekali lagi saya nak berkongsi testimoni seorang ibu yang berjaya menambah stok simpanan susunya sebanyak 130 oz dalam masa 10 hari sahaja! Memang menakjubkan..

Menurut Pn Aminah, sebelum mencuba set Shaklee ini, dia cuma mendapat 2-3 oz sahaja sekali sesi pam, tetapi Alhamdulillah dengan berkat usaha beliau dan pengambilan set 3M, beliau mendapat 5-6 oz dalam satu sesi pam. Kesannya, stok susu yang selama ni ada 50 oz sahaja, kini ada 180 oz dalam masa 10 hari sahaja! Semuanya dengan izin Allah, dan saya pasti Pn Aminah sangat gembira kerana beliau akan mula bekerja dalam masa terdekat. Jom tengok testimoni yang beliau berikan:






Apa yang paling penting buat si ibu yang bekerja? Sudah pastilah membekalkan susunya sendiri untuk anak tersayang yang ditinggalkan. Saya pasti, semua ibu-ibu di luar sana mahu menyusukan anaknya selama mana yang boleh, sebagai tanda ingatan, sebagai tanda kasih sayang.. Saya sendiri mencuba set penyusuan ini ketika susu saya amat getir, ketika itu memang duit sangat terhad (tengah bulan).. Tetapi, demi anak tersayang, saya gagahkan cuba satu trial set sebagai usaha dan ikhtiar sebab saya tak mahu anak saya diberi susu formula. Alhamdulillah susu bertambah..Dan kini saya pengamal tegar supplement ini kerana saya nampak kesannya yang sangat baik pada anak dan diri saya juga. 

Kepada ibu-ibu di luar sana yang masih was-was, buangkan perasan itu..kerana pada saya duit boleh dicari, tetapi kasih sayang pada anak tiada tandingannya..dan susu ibu lah salah satu tanda dan pengikat kasih sayang ibu dan anak. Kita berusaha, Allah jua yang memberi rezeki.. Jika tiada usaha, manakan Allah nak beri? 

Lagi Testimoni Penyusuan

Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA dan DISKAUN HEBAT setiap set di mommymiasara.blogsport.com ~ mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 ~ add saya di facebook: Ariel Damia Farhana

Wednesday, 23 November 2011

Mula-mula 2 Oz, Sekarang 10 Oz!

Alhamdulillah.. Ini testimoni yang dikongsi sendiri oleh Pn Liza.. Menurut beliau, sebelum mula Shaklee susu yang beliau pam hanya dapat 2-3 oz jer.. Bila start ambil Shaklee, susu meningkat ke 8 oz. Dan sekarang ni susu beliau dah meningkat ke 10 oz! Peningkatan yang ketara dalam masa tak sampai sebulan.. Alhamdulillah..syukur.. 

Untuk makluman semua,  sekarang ni Pn Liza dah dapat menyusukan semula anak sulungnya, Amna yang berusia 1 tahun 5 bulan. Dulu Amna dah mula minum susu formula.. Tapi sekarang Alhamdulillah Amna dah dapat berkongsi susu dengan adiknya..

Memang seronok sangat dengar, dan Pn Liza sendiri sangat teruja sebab dapat menyusukan kedua-dua anaknya walaupun dia bekerja. Biasanya dilema ibu yang ada anak rapat-rapat ni, mesti rasa bersalah kat anak sulung, sebab tak dapat menyusukan lama. Ye la..baby dah ada..agak sukar nak menyusukan kedua-duanya. Tapi, Pn Liza dikurniakan lebih rezeki oleh Allah melalui penemuannya dengan Shaklee.. Alhamdulillah..Rezeki Allah untuk Amna dan Ammar.

Jom tengok sendiri testimoni yang dikongsi oleh Pn Liza.. 



Terima kasih untuk Pn Liza kerana berkongsi testimoni ini. Mudah-mudahan ramai ibu-ibu di luar sana yang bersemangat menyusukan anak-anaknya walaupun bekerja.  Untuk makluman semua, Pn Liza mengamalkan Eu-Four Set.
 Sila hubungi saya untuk diskaun hebat dan konsultasi percuma ~ mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 ~ add saya di facebook: Ariel Damia Farhana

Monday, 21 November 2011

Dapat 18 Ounz Sekali Pam..

Alhamdulillah.. Testimoni terbaru ialah dari customer saya sendiri iaitu Puan Syarifah. Puan Syarifah menyatakan dengan pengambilan Set B, penghasilan susu beliau bertambah dan badan terasa segar walaupun berpuasa. Berikut ialah hasil yang beliau dapati dalam satu sesi pam sahaja..








Menurut Pn Syarifah, beliau mengambil Shaklee sebagai supplement dalam menjayakan penyusuan anaknya, di samping mengamalkan minum susu, dan minum air yang banyak. Menurut beliau lagi, walaupun berpuasa, beliau masih dapat 12 Ounz apabila mengepam. Alhamdulillah.. Rezeki anaknya Aiman Aqif.

Seronok saya tengok hasilnya dan jauh di sudut hati yang paling dalam saya bersyukur kerana diketemukan dengan Shaklee dan menjadi pengedar Shaklee, kerana di sini saya dapat berkongsi dengan ramai ibu-ibu di luar sana pengalaman dan informasi dalam menjayakan penyusuan ibu.


Kepada ibu-ibu yang berminat mencuba produk Shaklee dalam membantu penyusuan anak mereka, sila hubungi saya untuk konsultasi percuma dan harga istimewa hanya di mommymiasara.blogsport.com ~ mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 ~ add saya di facebook: Ariel Damia Farhana



Thursday, 17 November 2011

Tips Tingkatkan Penghasilan Susu ~ Power Pumping

Salam semua pembaca mommymiasara.. Ramai yang bertanya pada saya bagaimana caranya nak tingkatkan penghasilan susu. Salah satu tipsnya ialah dengan melakukan power pumping. Mari kita lihat apa tu power pumping ya..

 Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

  1. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
  2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi waktu ni.

 Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

*** Kepada ibu-ibu bekerjaya yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat disarankan membuat power puming pada malam harinya, InsyaAllah susu tak akan berkurang,malah kalau kerap diamalkan,susu akan bertambah dari masa ke semasa.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 

Saturday, 12 November 2011

Milk Booster Paling Laris - Set 3M

Salam semua.. hari ni suka saya nak berkongsi set penyusuan yang paling laris, paling berkesan dan paling mendapat sambutan terhangat di kalangan ibu-ibu menyusu.. Set yang saya maksudkan ialah 3M. Apa yang terkandung dalam 3M? Jom tengok...

  1. Set B (iaitu Vitamin B Complex, Vitamin C, Vitalea dan Alfalfa)
  2. Energizing Soy Protein (ESP)
  3. Ostematrix (kalsium)

Siapa yang perlu ambil set ini?

  • Ibu-ibu yang baru mula nak kumpul stok
  • Ibu-ibu yang susunya tak semeriah ibu-ibu yang lain
  • Ibu-ibu bekerjaya yang perlukan stok lebih untuk simpanan
  • Ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya melalui botol susu (anak enggan direct feed melalui payudara)
  • Sangat digalakkan bagi ibu-ibu yang mengalami masalah penyusuan

Kenapa Set 3M dikatakan sangat berkesan?


  • Komponen utama susu ibu ialah protein dan kalsium. Jadi pengambilan ESP sebagai sumber protein utama untuk ibu menyusu memang sangat-sangat membantu, ditambah pula dengan pengambilan Ostematrix (kalsium), melengkapkan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh badan ibu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak dan lebih cepat
  • Set B mengandungi vitamin-vitamin penting untuk kesihatan tubuh badan ibu itu sendiri. Bila badan ibu itu sihat dan cergas, secara tak langsung badan ibu cukup fit untuk menghasilkan pengeluaran susu untuk anak. Badan yang letih akan menghadkan pengeluaran susu. 
  • Selain itu, dalam set B juga terkandung vitamin B complex yang sangat penting dalam mengawal dan mengelakkan stress. Bila ibu tenang dan ceria, secara asasnya susu juga akan dihasilkan dengan lebih lancar, mudah dan cepat. Jadi untuk ibu-ibu menyusu, elakkan stress ya..
  • Alfalfa yang terdapat dalam set B juga bertindak sebagai milk-booster. Pengambilannya memang sangat-sangat membantu ibu-ibu yang menyusu. Selain itu, ostematrix juga bertindak sebagai milk-booster yang sangat berkesan.


Jom tengok customer saya yang hanya ambil beberapa hari jer set 3M ni tapi dah nampak perubahan.. Pn Hazzura mendapati susunya bertambah hanya selepas beberapa hari mengambil set 3M. Lebih menakjubkan bila beliau berjaya menyusukan anaknya tanpa tambahan EBM. Alhamdulillah TIPS EKSKLUSIF yang saya bagi padanya memang berkesan..

(klik pada gambar untuk besarkan image)




                                                                               

Lagi testimoni.. Pn Nur berjaya menyimpan 600 oz stok susu dalam masa kurang sebulan..




Tunggu apa lagi, jom beli set 3M untuk anak tersayang.. Bukan sahaja kita dapat kumpul banyak stok susu untuk anak, malahan kita sendiri dapat merasai banyak khasiatnya seperti kurang letih, kulit muka semakin cantik dan berseri, payudara bertambah anjal dan terbentuk, haid teratur, hubungan suami isteri semakin intim dan banyak lagilah. Beli satu set, tapi banyak yang kita dapat.. Harga RM 300 termasuk postage, berbaloi kan?

Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan dapatkan diskaun hebat untuk set ini.. Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja! Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017 - 298 2635..

Wednesday, 2 November 2011

Susu Lebih Banyak Dengan Eu-Four Set

Alhamdulillah, Set Eu-Four Pack semakin mendapat sambutan menggalakkan kepada penggemar-penggemar supplement Shaklee di luar sana. Pn Azilah, pengamal set ini mengakui dengan pengambilan Ostematrix dan ESP, beliau memperolehi lebih banyak susu berbanding menggunakan set B. Tambah beliau, badannya juga berasa kurang letih dan sentiasa cergas. 





Untuk para ibu di luar sana yang masih teragak-agak untuk mengambil Eu-Four Set ini, jangan fikir panjang-panjang lagi ya, gerenti puas hati. Kebaikkannya untuk anda dan bayi anda juga!


 Sila hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA dan dapatkan DISKAUN HEBAT hanya dari mommymiasara.blogsport.com ~ mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 ~ add saya di facebook: Ariel Damia Farhana

Thursday, 27 October 2011

Set Eu-Four Pack

Sejak dilancarkan Isnin lepas, alhamdulillah banyak pertanyaan dan order yang diterima. Ramai yang sukakan set ini, sebab  ada antara ibu-ibu yang anaknya alah dengan alfalfa . Apapun, jika ditanya set mana yang lebih bagus dan selamat antara set B dan Eu-Four Pack, saya akan cadangkan Eu-Four Pack. Ini kerana kalsium sangat diperlukan dalam proses penyusuan. Dan uniknya kalsium (Ostematrix) Shaklee ini, ia terdapat magnesium yang berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam badan kita secara efektif.

Apa Istimewanya Set Eu-Four Pack?

  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu menyusu untuk meningkatkan penghasilan susu dengan lebih cepat dan banyak
  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu mengandung bagi mengelakkan rasa kejang ketika hamil dan memenuhi keperluan kalsium harian
  • Sangat bagus untuk melegakan sakit-sakit sendi dan tulang, bisa-bisa yang dirasai di tangan atau kaki, sakit belakang dan sakit lutut
  • Sangat bagus diberikan kepada ibu bapa kita supaya hilanglah sakit-sakit lutut / sendi / tulang mereka
  • Sangat bagus diberi kepada suami / isteri untuk kesihatan dan memberi tenaga

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set ini, jom kita tengok kandungannya:

1) Vitamin B Complex

Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.

2) Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.

3) Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

4) Kalsium

Kalsium sangat penting bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana susu ibu itu sendiri komponen utamanya ialah kalsium dan protein.Jika ibu tidak mengambil kalsium secukupnya,bagaimana badan ibu itu hendak menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti? Disebabkan itu, ibu-ibu digalakkan minum susu secukupnya dan makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti ikan bilis. Ada juga yang yang alah dan tidak suka minum susu, maka pilihan yang paling bijak ialah dengan mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee. Ostematrix membekalkan 1000mg kalsium, jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan. Dan telah terbukti,pengambilan kalsium dalam diet harian dapat membantu ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak, di samping menghilangkan sakit-sakit sendi dan tulang yang turut dirasai oleh kebanyakkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Kesemua vitamin ini berharga rm237 termasuk postage dan mampu bertahan untuk 4-5 bulan (kecuali kalsium hanya untuk sebulan). Namun begitu, jika anda ingin mencuba dahulu keberkesanan set ini, saya mengalu-alukan anda mencuba Mini Pack yang berharga RM 130 sahaja untuk kegunaan sebulan.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda sangat-sangat digalakkan mengambil Energizing Soy Protein(ESP) untuk membantu penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.

Sila Hubungi saya 017-298 2635 / email saya : mommymiasara@gmail.com untuk konsultasi percuma dan diskaun hebat. 

Sunday, 23 October 2011

Pelancaran Set Breastfeeding Baru!!!

Bermula esok 24 October 2011, kumpulan kami Euphoria akan melancarkan  set breastfeeding baru iaitu Eu - Four Pack. Eu - Four Pack mengandungi Vitamin B, Vitamin C, Vitalea dan Ostematrix (kalsium).  Ramai ibu-ibu yang telah mencuba set ini dan mendapati ia jauh lebih berkesan dari set breastfeeding lama. Istimewanya, set ini boleh diambil oleh semua individu, sama ada suami ataupun ibu bapa kita. Jadi dengan membeli full set, seisi keluarga boleh gunakannya! Memang berbaloi-baloi..



Kenapa Eu - Four Pack?

  • Boleh diambil oleh semua golongan - suami,isteri, ibu menyusu dan juga ibu mengandung. Jadi,jika anda merupakan ibu hamil yang juga menyusukan anak, set ini sangat sesuai utk anda.
  • Kalsium memainkan peranan besar bagi ibu-ibu menyusu. Jika kalsium ibu mencukupi, badan sangat mudah menghasilkan susu dengan cepat dan banyak (Alfalfa yang terkandung dalam set sebelumnya mempunyai paras kalsium yang minima)
  • Penghidap Talassemia tidak boleh mengambol Alfalfa. Oleh itu, kehadiran set ini sangat-sangat membantu!
  • Terdapat segelintir bayi yang mengalami cirit, jika ibu mengambil Alfalfa sebagai milk-booster. Alhamdulillah, dengan adanya Set Eu-Four Pack ini, tiada lagi cirit untuk ibu dan anak.

Kalau ada beberapa kekurangan Alfalfa, mengapa alfalfa dikatakan milk booster?


  • Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susu ibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susu ibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.

Bagaimanakah jika saya serasi denga Set Breastfeeding lama dan ingin meneruskannya?


  • Set breastfeeding lama tetap diteruskan, cuma set Eu-Four Pack ini diwujudkan sebagai pilihan. Jika anda serasi dengan set breastfeeding lama, sila teruskan. Atau, boleh juga mencuba set ini jika mahu. Pilihan di tangan anda.


Berapakah Harga Eu - Four Pack?


  • Harga Trial Set ialah RM 130, manakala Full Set RM 247



Hubungi saya untuk makluman lanjut di mommymiasara@gmail.com atau 017-298 2635 untuk konsultasi percuma!



Tuesday, 18 October 2011

Kebaikkan Penyusuan Ibu

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

Penyusuan bayi juga baik untuk ibu

Menyusu bayi juga baik untuk ibu. Antaranya ia akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:

  • Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
  • Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.
  • Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
  • Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

  • InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.

  • Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

  • Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Monday, 17 October 2011

Stok Susu 600 Oz Dalam Masa Sebulan?

Alhamdulillah.. seronoknya dan kagum saya tengok hasil perahan stok Nur.. Kurang dari sebulan, Nur berjaya menyimpan 600 Ounz stok susu untuk anaknya Syafiq. 



Testimoni Nur

 (credit to Nur)


 Hasil dari perkongsian di fb, Nur mengakui beliau:

  • Mengambil supplement Shaklee untuk kesihatan
  • Minum susu
  • Minum air banyak
  • Banyakkan mengepam
  • Dan kerapkan penyusuan terus pada baby
  • Menjaga pemakanan seimbang

Nur memenuhi konsep asas penyusuan, iaitu kerapkan mengepam / penyusuan terus dan mengambil supplement bagi memastikan badan sihat dan sentiasa bersedia untuk menghasilkan susu dengan banyak.. Di samping itu, beliau juga minum banyak air dan menjaga pemakanan seimbang.  Jika tips yang sama anda amalkan,insyaAllah anda juga mampu menyimpan stok yang banyak juga. Semuanya terletak pada mind set kita. Sebagai ibu, saya yakin kita semua mahukan yang terbaik untuk anak kita.

Serendah RM 80 sebulan, anda mampu menikmati saat-saat indah penyusuan bersama anak tersayang. Klik Breastfeeding Set untuk mendapatkan detail harga dan informasi lanjut set penyusuan ini. 



Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA dan dapatkan diskaun hebat yang sedang berlangsung. Pastikan anda mendapat tips dan cara pengambilan supplement yang betul bagi mendapatkan hasil terbaik..  ~ mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 ~ add saya di facebook: Ariel Damia Farhana 

Thursday, 25 August 2011

Energizing Soy Protein (ESP)

Energizing Soy Protein (ESP) merupakan kacang soya rendah lemak yang amat berkhasiat. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap untuk keperluan seisi keluarga

Kenapa ESP sangat penting untuk seisi keluarga?

  •  Kerana ia mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan
  • Merupakan sumber protein lengkap untuk menyokong kesihatan sempurna
  • Setiap hidangan membekalkan 50% daripada keperluan kalsium harian untuk menyokong tulang yang sihat
  • Hidangan yang serba lengkap - sumber protein dan lain-lain khasiat utama yang ideal
  • Bertindak dengan kadar segera dan terus menyerap ke dalam darah
  • Mengandungi fistroestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menopaus
  • Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang optimum
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet
  • Tiada kolesterol dan laktosa
  • Versatile ~ boleh dicampur dengan sebarang minuman kecuali kopi dan tea
  • Mengandungi fitoestrogen untuk kesihatan 

Kenapa Ramai Yang Sukakan ESP dan Menjadi Hot Produk Kami?

  • ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
  • ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
  • Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak
  • ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
  • Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
  • Berkesan dalam menganjalkan kulit, dan sangat digemari oleh kaum wanita bagi menganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
  • Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.

Testimoni

(1 ) Seorang ibu kembar yang menetap di Bangi memberitahu, selepas mengambil soy protien kali kedua, beliau mendapati susunya bengkak dan anaknya minum sedikit dan terus lena.


(2) Kulit semakin cerah, bekas jerawat mudah hilang, akar rambut lebih kuat, susu bertambah banyak dan lebih pekat, kuku lebih sihat, mudah kenyang dan lebih bertenaga. (credit to N)

(3)


 (4)



 Kenapa Protein Shaklee?

  • Sesetengah protein soya diproses menggunakan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon, tetapi juga boleh membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP dicuci dengan air untuk membekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal bagi memastikan anda mendapat keseluruhan manfaat soya.
  • Shaklee menggunakan Protein Soya Bukan-GMO 


Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA dan dapatkan diskaun hebat yang sedang berlangsung. Pastikan anda mendapat tips dan cara pengambilan supplement yang betul bagi mendapatkan hasil terbaik..  ~ mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 ~ add saya di facebook: Ariel Damia Farhana 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2021 Mommy Miasara. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.