Thursday 27 October 2011

Set Eu-Four Pack

Sejak dilancarkan Isnin lepas, alhamdulillah banyak pertanyaan dan order yang diterima. Ramai yang sukakan set ini, sebab  ada antara ibu-ibu yang anaknya alah dengan alfalfa . Apapun, jika ditanya set mana yang lebih bagus dan selamat antara set B dan Eu-Four Pack, saya akan cadangkan Eu-Four Pack. Ini kerana kalsium sangat diperlukan dalam proses penyusuan. Dan uniknya kalsium (Ostematrix) Shaklee ini, ia terdapat magnesium yang berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam badan kita secara efektif.

Apa Istimewanya Set Eu-Four Pack?

  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu menyusu untuk meningkatkan penghasilan susu dengan lebih cepat dan banyak
  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu mengandung bagi mengelakkan rasa kejang ketika hamil dan memenuhi keperluan kalsium harian
  • Sangat bagus untuk melegakan sakit-sakit sendi dan tulang, bisa-bisa yang dirasai di tangan atau kaki, sakit belakang dan sakit lutut
  • Sangat bagus diberikan kepada ibu bapa kita supaya hilanglah sakit-sakit lutut / sendi / tulang mereka
  • Sangat bagus diberi kepada suami / isteri untuk kesihatan dan memberi tenaga

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set ini, jom kita tengok kandungannya:

1) Vitamin B Complex

Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.

2) Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.

3) Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

4) Kalsium

Kalsium sangat penting bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana susu ibu itu sendiri komponen utamanya ialah kalsium dan protein.Jika ibu tidak mengambil kalsium secukupnya,bagaimana badan ibu itu hendak menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti? Disebabkan itu, ibu-ibu digalakkan minum susu secukupnya dan makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti ikan bilis. Ada juga yang yang alah dan tidak suka minum susu, maka pilihan yang paling bijak ialah dengan mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee. Ostematrix membekalkan 1000mg kalsium, jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan. Dan telah terbukti,pengambilan kalsium dalam diet harian dapat membantu ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak, di samping menghilangkan sakit-sakit sendi dan tulang yang turut dirasai oleh kebanyakkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Kesemua vitamin ini berharga rm237 termasuk postage dan mampu bertahan untuk 4-5 bulan (kecuali kalsium hanya untuk sebulan). Namun begitu, jika anda ingin mencuba dahulu keberkesanan set ini, saya mengalu-alukan anda mencuba Mini Pack yang berharga RM 130 sahaja untuk kegunaan sebulan.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda sangat-sangat digalakkan mengambil Energizing Soy Protein(ESP) untuk membantu penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.

Sila Hubungi saya 017-298 2635 / email saya : mommymiasara@gmail.com untuk konsultasi percuma dan diskaun hebat. 

Wednesday 26 October 2011

Thank You Mom..

Mum,


You may be treated like the maid,
you may be treated like the gardner,
you may be treated like the daycare,
you may be treated like the chauffer,
you may be treated like many things.
But one thing is for sure,
You will always be loved.
For a fathers work may be from sun up till sundown,
but a mothers work is never down.
And all that I have, am, and hope to be, I owe to you,
So this is for all the times I forgot to say THANK YOU!!


- Alison Thompson

 

Hari ni tiba-tiba terasa nak sharing quotes nie.. best kan? Sharing is Caring.. ;-)

Sunday 23 October 2011

Pelancaran Set Breastfeeding Baru!!!

Bermula esok 24 October 2011, kumpulan kami Euphoria akan melancarkan  set breastfeeding baru iaitu Eu - Four Pack. Eu - Four Pack mengandungi Vitamin B, Vitamin C, Vitalea dan Ostematrix (kalsium).  Ramai ibu-ibu yang telah mencuba set ini dan mendapati ia jauh lebih berkesan dari set breastfeeding lama. Istimewanya, set ini boleh diambil oleh semua individu, sama ada suami ataupun ibu bapa kita. Jadi dengan membeli full set, seisi keluarga boleh gunakannya! Memang berbaloi-baloi..



Kenapa Eu - Four Pack?

  • Boleh diambil oleh semua golongan - suami,isteri, ibu menyusu dan juga ibu mengandung. Jadi,jika anda merupakan ibu hamil yang juga menyusukan anak, set ini sangat sesuai utk anda.
  • Kalsium memainkan peranan besar bagi ibu-ibu menyusu. Jika kalsium ibu mencukupi, badan sangat mudah menghasilkan susu dengan cepat dan banyak (Alfalfa yang terkandung dalam set sebelumnya mempunyai paras kalsium yang minima)
  • Penghidap Talassemia tidak boleh mengambol Alfalfa. Oleh itu, kehadiran set ini sangat-sangat membantu!
  • Terdapat segelintir bayi yang mengalami cirit, jika ibu mengambil Alfalfa sebagai milk-booster. Alhamdulillah, dengan adanya Set Eu-Four Pack ini, tiada lagi cirit untuk ibu dan anak.

Kalau ada beberapa kekurangan Alfalfa, mengapa alfalfa dikatakan milk booster?


  • Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susu ibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susu ibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.

Bagaimanakah jika saya serasi denga Set Breastfeeding lama dan ingin meneruskannya?


  • Set breastfeeding lama tetap diteruskan, cuma set Eu-Four Pack ini diwujudkan sebagai pilihan. Jika anda serasi dengan set breastfeeding lama, sila teruskan. Atau, boleh juga mencuba set ini jika mahu. Pilihan di tangan anda.


Berapakah Harga Eu - Four Pack?


  • Harga Trial Set ialah RM 130, manakala Full Set RM 247



Hubungi saya untuk makluman lanjut di mommymiasara@gmail.com atau 017-298 2635 untuk konsultasi percuma!



Thursday 20 October 2011

Adakah Anda Perlu Kalsium?

Cuba lihat di sini, adakah anda mempunyai gejala yang berikut?

  • Kejang otot
  • Kebas dan rasa mencucuk sekeliling tangan dan kaki
  • Wheezing (pernafasan seperti wisel)
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Keletihan
  • Rambut kasar
  • Kuku rapuh
  • Kulit kering (Psoriasis)
  • Tumit pecah dan kasar
  • Eczema - penyakit kulit
  • Sakit sendi

Kalau ada, maknanya anda kekurangan kalsium. Fikir-fikirkan semula, adakah pemakanan harian anda dilengkapi dengan kalsium? Berikut ialah sumber semulajadi kalsium:

  1. Produk tenusu
  2. Sayuran seperti bayam
  3. Kekacang

Kenapa penting mengambil kalsium?

  1. Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Ramai orang tau yang itu. 99% simpanan kalsium  adalah pada tulang dan gigi. Manakala 1% lagi ada dalam darah. 1% ni adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Biasanya bila seseorang tak dapat jumlah kalsium yang mencukupi (untuk 1%), kalsium simpanan dalam tulang dan gigi akan diambil bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot.
  2.  Pembentukan struktur normal sel
  3.  Sistem saraf
  4.  Pembekuan dan tekanan darah
  5. Fungsi otot dan untuk denyutan jantung yang normal



Sekurang-kurangnya 600gram kalsium hilang setiap hari. Jadi kalau makanan yang kita makan tak dapat bekalkan sebanyak at least 600gram kalsium. Lebihnya akan diambil dari tulang dan gigi. Kesan kekurangan kalsium adalah seperti berikut:


  •  Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut 
  •  Sukar tidur (Insomnia)
  •  Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  •  Sakit pinggang dan kaki
  •  Cepat naik angin dan mudah terkejut
  •  Luka susah sembuh, darah lambat beku
  • Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
  • Menurunkan kadar metabolisme
  •  Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  • Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin


Simptom kekurangan kalsium pada kanak-kanak pula:


  • Selalu berpeluh ketika tidur
  • Sukar tidur lena
  • Terkejut, menangis pada waktu malam
  • Hyperaktif
  • Tiada selera makan, memilih makanan
  • Lewat tumbuh gigi (Selepas 10 bulan)
  • Lambat berjalan (Selepas 13 bulan)
  • Kaki bengkok, tak boleh berdiri tegak
  • Rendah, lemah badan

Justeru, amat disarankan anda semua mengambil Ostematrix Shaklee (kalsium magnesium) dalam diet harian anda. Tak mahal pun, hanya RM 50 sahaja. Baik cegah sebelum parah. Jika lambat bertindak, dan paras kalsium anda semakin kritikal, potensi untuk menghidapi osteoporosis akan berlaku. Takkan anda nak jadi seperti ini sebelum tiba masanya?

hilang kepadatan tulang

Apa yang anda makan hari ini, menjadikan siapa diri anda esok.. Fikir-fikirkanlah..


Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA dan harga diskaun untuk Ostematrix! 

Email: mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635


Tuesday 18 October 2011

Kebaikkan Penyusuan Ibu

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

Penyusuan bayi juga baik untuk ibu

Menyusu bayi juga baik untuk ibu. Antaranya ia akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:

  • Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
  • Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.
  • Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
  • Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

  • InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.

  • Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

  • Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Monday 17 October 2011

Stok Susu 600 Oz Dalam Masa Sebulan?

Alhamdulillah.. seronoknya dan kagum saya tengok hasil perahan stok Nur.. Kurang dari sebulan, Nur berjaya menyimpan 600 Ounz stok susu untuk anaknya Syafiq. 



Testimoni Nur

 (credit to Nur)


 Hasil dari perkongsian di fb, Nur mengakui beliau:

  • Mengambil supplement Shaklee untuk kesihatan
  • Minum susu
  • Minum air banyak
  • Banyakkan mengepam
  • Dan kerapkan penyusuan terus pada baby
  • Menjaga pemakanan seimbang

Nur memenuhi konsep asas penyusuan, iaitu kerapkan mengepam / penyusuan terus dan mengambil supplement bagi memastikan badan sihat dan sentiasa bersedia untuk menghasilkan susu dengan banyak.. Di samping itu, beliau juga minum banyak air dan menjaga pemakanan seimbang.  Jika tips yang sama anda amalkan,insyaAllah anda juga mampu menyimpan stok yang banyak juga. Semuanya terletak pada mind set kita. Sebagai ibu, saya yakin kita semua mahukan yang terbaik untuk anak kita.

Serendah RM 80 sebulan, anda mampu menikmati saat-saat indah penyusuan bersama anak tersayang. Klik Breastfeeding Set untuk mendapatkan detail harga dan informasi lanjut set penyusuan ini. 



Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA dan dapatkan diskaun hebat yang sedang berlangsung. Pastikan anda mendapat tips dan cara pengambilan supplement yang betul bagi mendapatkan hasil terbaik..  ~ mommymiasara@gmail.com / 017-298 2635 ~ add saya di facebook: Ariel Damia Farhana 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2021 Mommy Miasara. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.