Bertuah jadi wanita ni. Semua buat dapat pahala.. dan semestinya mengandung tu masa yg menyeronokkan bagi setiap ibu, tak kurang juga sangat mencabar bagi sesetengah ibu yang lain.Yang pastinya, semua yang Allah bagi ada ganjarannya. Dan sesungguhnya, bila kita tengok ganjarannya, rasa sangat sedikit ujian yang Allah bagi, berbanding ganjarannya yang sangat besar.. Subhanallah..
- Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
- Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
- Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
- Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
- Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
- Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
- Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
- Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
Sangat besar pahala yang Allah berikan pada seorang ibu. Saya sendiri bila stress berdepan dengan kenakalan hero-hero saya, ini antara yang saya suka baca. Penyejuk hati ibu.. Semoga Allah jadikan saya ibu mithali dan terbaik untuk anak-anak saya.. Begitu juga untuk anda semua yang sedang membaca.. Amin..
No comments:
Post a Comment