Monday, 18 February 2013

"Jag AJAIB"

Assalamualaikum semua.. Wah tajuk entry saya kali ni cam cite Aladdin pulak kan? hihihi..
Ok meh, ni nk memperkenalkan GET CLEAN® WATER Pitcher Shaklee..


Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Nak tengok rupa die?

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Jom tengok apa kata pengguna ni..


Saya pun suka kan "jag ajaib" ni.. Mudah untuk dibawa kemana2.. Balik kampung, pergi holiday, masih boleh dapatkan bekalan air yang bersih.. Tambah2 ade anak sekarang ni.. Air yang bersih memang sangat penting untuk kehidupan seharian kita..

Nak dapatkan GET CLEAN® WATER Pitcher Shaklee??

Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan dapatkan diskaun hebat untuk set ini.. Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja! Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017 - 298 2635.. Jangan lupa add FB sy.. 

Tuesday, 12 February 2013

Tips Meningkatkan Kesuburan Lelaki

1) "Dah lama kawin, tapi kami masih belum dikurniakan cahayamata". 

2) "Anak sulong dah 5tahun tapi saya masih belum hamil lagi".

Masalah sukar hamil selalunya tertumpu pada kaum wanita sahaja. Persoalannya, tidakkah lelaki juga memainkan peranan penting dalam usaha untuk mendapatkan anak?

Wahai suami2, sila ambil perhatian ye... Entri kali ini saya ingin kongsikan Tips Meningkatkan Kesuburan Lelaki..

  • Berhenti merokok! Tahukah anda bahawa bahan2 yang terkandung dalam rokok akan merosakkan kualiti dan kuantiti sperma anda? Dan lebih buruknya lagi, bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok juga terbukti boleh mematikan telur wanita. Jadi jika anda merupakan seorang perokok tegar, jangan salahkan isteri anda, jika tidak hamil lagi. 
  • Pakai seluar longgar. Pemakaian seluar yang longgar dapat memastikan suhu alat kelamin terkawal, iaitu tidak terlalu panas agar mampu meningkatkan kualiti pengeluaran sperma.
  • Kafein. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa kafein terutamanya kopi mengurangkan kesuburan. Minum satu cawan kopi sehari dah cukup untuk mengurangkan separuh peluang concieve. 
  • Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air sangat penting untuk keseimbangan hormon. Selain itu anda juga memerlukan rehat secukupnya dan hindari stress.
  • Omega 3. Makanan seperti kekacang dan bijian mengandungi lemak asid omega 3 yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan ianya mempunyai kesan langsung terhadap hormon. Omega 3 merupakan bahan dasar pengeluaran hormon dan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh (antibody).

Jom kite tengok pula apa kata pakar...


BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU ANDA??

Vita-E:
  • Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah lain dari yang lain kerana ianya lengkap dgn Selenium. Satu capsule sehari membekalkan 400IU vitamin E dan 10mcg Selenium. Vitamin E merupakan salah satu anti-oksidan yg dikatakan mampu menghasilkan sperma yg lebih berkualiti.. Selenium pula membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas.
  • Vitamin E membantu suami lebih bertenaga, mudah teransang, mempunyai ereksi yg lebih lama serta mampu menghasilkan orgasma yg berkualiti. Bagi isteri pula, Vitamin E membantu menstabilkan hormon seterusnya membantu meningkatkan daya seksualnya. 



Zinc Complex :

  • Hormon mengembalikan keseimbangan hormon lelaki, membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna. Meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma lelaki.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. 
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.


    Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan dapatkan diskaun hebat untuk set ini.. Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja! Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com / 017 - 298 2635.. Jangan lupa add FB sy.. 


Tuesday, 22 January 2013

Persediaan Penyusuan Semasa Hamil

Assalamualaikum mommies..

Setiap wanita mengandung dan bakal bergelar ibu, pastinya menyimpan hasrat yg besar untuk susukan bayi dengan penyusuan ibu sepenuhnya.. Betul tak? Manfaat dan khasiatnya memang tiada tandingan..
Anda nak susukan bayi anda dengan susu ibu? Jom persiapkan diri ke arah penyusuan susu ibu!

  • Setkan niat, azam dan tanam dalam hati anda juga pasti boleh menyusukan bayi seperti ibu2 yang lain.
  • Cari sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan. Paling penting fahami konsep asas penyusuan : SUPPLY vs DEMAND, iaitu semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu yang akan terhasil.
  • Sentiasa berfikiran positif bahawa susu anda cukup untuk keperluan anak dan yakin bahawa anak dapat menyusu dengan baik.
  • Hadiri kelas penyusuan /antenatal class yang dianjurkan oleh pihak hospital. Hadir bersama-sama dengan suami supaya encik suami juga fahami mengenai penyusuan susu ibu kerana anda akan memerlukan sokongan padu daripada beliau setelah bayi lahir.
  • Jika anda merupakan ibu bekerjaya, carilah breastpump yang bersesuaian. Saya memilih pam elektrik untuk keselesaan dan menjimatkan masa pam. Yang paling glamour medela freestyle walaupun harganya mencecah 4 angka, tetapi pelaburan itu adalah sangat berbaloi. Jangan lupa breast milk storage juga ya!
  • Bersihkan puting susu setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam. Elakkan sabun bahagian puting. Tarik dan urut puting perlahan2 semasa mandi. Sapu minyak zaitun pada puting.
  • Banyakkan berdoa supaya dipermudahkan perjalanan penyusuan anak anda. 

TIPS Sebaik sahaja melahirkan bayi :
  • Satu jam pertama kelahiran bayi adalah paling penting. Letakkan bayi pada payudara dan susukan sekerap mungkin. Rangsangan dari bayi penting untuk memastikan susu keluar. 
  • Jangan risau susu anda terlalu sedikit untuk bayi kerana kolestrum yang dihasilkan ibu melalui susu awal ibu adalah sangat mencukupi. Xpercaya?? Klik link ni untuk pembacaan selanjutnya : Perut Bayi Baru Lahir Sebesar Sebiji Guli 
  • Cari bidan yang boleh membantu untuk mengurut payu dara anda dalam tempoh seminggu kelahiran bayi. Proses urutan ini dapat melancarkan liang susu serta membuka lubang susu pada payudara anda. 
  • Amalkan pemakanan seimbang dan tinggi protein. Pemakanan yang sihat dapat membantu dalam pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu bagi memudahkan penghasilan dan pengaliran susu badan sebaik melahirkan bayi.
JOM tengok persediaan seorang ibu gigih ni..

Wow.. Tumpang hepi dengan hasil usaha beliau..
Semoga gambar ini boleh menaikkan semangat anda dalam menjayakan misi penyusuan anda!

Sunday, 13 January 2013

Rahsia Susu Ibu Meriah

Alhamdulillah.. saya turut berbahagia bila ramai ibu2 yang berikan feedback positif tentang Set Penyusuan 3M yang sememangnya sedang melatop ni.. Bagi yang dah mencuba sendiri, pastinya tahu akan kelebihan set penyusuan ni :

  • Susu dihasilkan 2-3kali ganda dari biasa  
  • Susu dihasilkan dengan cepat dan lancar 
  • Susu lebih pekat berkrim

Bagi yang masih baru berkenalan dengan set penyusuan ini dan masih belum mencuba, set penyusuan 3M ni sangat sesuai untuk :
  • Sangat sesuai untuk ibu yang baru mula nak menyimpan stok susu
  • Sangat sesuai untuk ibu yang mempunya stok yang sedikit
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walaupun telah pam susu ikut jadual dan minum air yang banyak
Set Penyusuan 3M membantu memperbaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh tubuh badan si ibu agar dapat berfungsi dengan baik sekali supaya dapat menghasilkan susu dengan lebih banyak.
Dan yang best nya, Set 3M ni bukan saja untuk bantu banyakkan susu ibu... Malah banyak lagi khasiat dan kelebihan lain. Klik link ni untuk mengetahui khasiat dan kelebihan lain set 3M

Jom kita lihat testimoni ibu2 yang dah mencuba set penyusuan 3M.

Testimoni 1 : Sehari 50 Oz susu


Testimoni 2 : Freezer penuh dengan susu ibu


Testimoni 3 : 



Haaa.. Best kan?? Anda nak kumpul stok susu? Anda patut dapatkan set 3M HARI INI! 

Jangan bimbang, konsultasi, cara pengambilan yang betul dan TIPS Penyusuan Eksklusif akan diberikan secara percuma sepanjang tempoh pengambilan produk (Hanya yang membeli dengan mommymiasara.com shj)

Nak dapatkan produk pada harga ISTIMEWA? Hubungi saya segera

Call/SMS : 017-298 2635 (nana)
PM/Chatting bersama saya di FB : Ariel Damia Farhana
Email : mommymiasara@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2021 Mommy Miasara. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.