Sunday 25 November 2012

KISAH BENAR : Berpantang!

Salam..

Tempoh berpantang sepatutnya menjadi pengalaman terindah untuk kite lalui, bukan sebaliknya. SETUJU tak? Menyambut kehadiran insan baru, sememangnya mengujakan. Tapi sangat ramai ibu berpantang yang sering letih, stress, tidak bermaya dan kelihatan pucat. Ini berlaku kerana ibu kehilangan banyak darah semasa proses bersalin. Jadi purata darah yg hilang sebanyak 500ml ini perlu diganti semula melalui pengambilan makanan yang berkhasiat, malangnya banyak makanan yang perlu dielakkan semasa berpantang.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila bayi anda menghidap penyakit kuning/jaundis. Kerana ibu tidak dibenarkan makan sebarang jamu atau apa saja yang bersifat panas kerana akan lebih memburukkan keadaan bayi.

Jom ikuti kisah beberapa orang ibu yang melalui tempoh berpantang..



Syukur alhamdulillah.. siapa yang tak mahu luka jahitan cepat sembuh, sentiasa cergas bertenaga, betul tak? Jom kite tengok apa yang ibu2 ni ambil semasa berpantang.


Set Berpantang Shaklee adalah pilihan yang paling tetap :

  • Luka jahitan cepat kering dan sembuh. Dengan adanya zinc yg membantu mempercepatkan proses baik pulih luka dalaman(rahim) dan luaran. Vita-c juga membantu menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
  • Sentiasa cergas. B-complex penting untuk membantu mengatasi kelesuan dan sebagai anti-stress.
  • Sihat bertenaga. Vita-Lea mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral. Merupakan pilihan terbaik bagi mengisi ruang2 kosong yg tidak dapat dipenuhi, kerana semasa berpantang banyak makanan yg perlu dielakkan. 
  • Susu sentiasa mencukupi untuk bayi. Dengan adanya ostematrix dan ESP membantu melancarkan penyusuan susu ibu.
  • Tidah mendatangkan masalah pada bayi. 
  • Boleh diambil dari hari pertama selepas bersalin walaupun anak ada jaundis.
  • Masalah keguguran rambut dapat diatasi.
  • Dapat mengurangkan berat badan.

Nak tengok lebih banyak testimoni? Klik Link Ni

Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan cara pengambilan yang betul serta dapatkan diskaun hebat untuk Set ini.. Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja! secara percuma

Hubungi saya di mommymiasara@gmail.com 
Call/sms : 017 - 298 2635.. 
Jangan lupa add FB sy : Ariel Damia Farhana

Thursday 22 November 2012

Gemuk!! = Membimbangkan!!

Salam ceria semua..
Lama nye sy xupdate blog kesayangan sy ni.. Hari ni sy nak share lagi mengenai masalah berat badan.. 

TAHUKAH ANDA? : Malaysia mendapat tempat pertama dikalangan negara ASEAN yang berdepan dengan masalah obesiti dan tempat keenam dikalangan Negara Asia Pasifik. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak. -Sumber BERNAMA-

Waahhhh... Terkejut sy dengar berita ni.. Tapi tak hairan juga lah, sebab kat Malaysia ni memang banyak makanan yg sedap2.. Dan makanan yg sedap itu sememangnya tinggi kandungan gula, lemak dan kolestrol.. Bukan setakat sakit mata bila tengok susuk tubuh sendiri kat cermin, susah nak pilih pakaian, malu dan tiada keyakinan diri bila berdepan dengan orang lain, dan yang lebih membimbangkan, masalah berat badan juga boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kronik.

Sy yakin, anda yg membaca artikel ni pastinya inginkan hidup yg sihat dan sentiasa tampil berkeyakinan, betul tak? Jom kite tengok perubahan salah seorang pengguna set slimming shaklee.


Anda hanya memerlukan 3langkah mudah : BAKAR + BUANG + BINA


  1.  Bakar


Anda boleh memilih antara Lecithin atau Omega (mengikut bajet anda)

LECITHIN : berfungsi sebagai pemecah lemak dan juga berfungsi sebagai pelarut kolestrol dan lemak2 tepu yang lain. Lecithin menyebabkan lemak terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat semula pada badan.

OMEGA : Asid lemak omega 3 membantu anda mengawal rasa lapar dengan menstabilkan paras gula dalam darah dan membantu membakar lemak.


 2. Buang

HERB-LAX : membantu mencuci usus sepenuhnya dan dapat menangani masalah perut buncit. Disamping itu, kerja2 'melabur' juga akan menjadi lebih mudah.

ALFALFA : membantu membuang lemak yang telah dipecahkan oleh lecithin dan ia merupakan agen penyahtoksin. Alfalfa juga membantu masalah penghadaman dan pencernaan, melegakan sembelit dan membuang angin dalam badan.


3. Bina

Bagaimana Protein membantu anda :
  • Memberi rasa kenyang lebih lama. Pengambilan protein membantu anda untuk menjaga nafsu makan dan dapat mengelakkan makanan ringan yang tidak berkhasiat
  • Membantu membakar lebih 35% kalori dan membantu menjaga otot bagi menghalang semula berat naik dengan mudah


Jom tengok ape kata pengguna lain tentang set slimming ni..




Best kan? Nak dapatkan product shaklee ni pada harga yang sangat istimewa?
PM sy segera ye..
Jangan lupa add FB sy : Ariel Damia Farhana

Thursday 8 November 2012

8 Perkara Tentang Kehamilan


1. Pemeriksaan Antenatal
Penjagaan antenatal sangat penting untuk memastikan anda dan bayi sihat sepanjang kehamilan. Berjumpa doktor O&G sejak awal kehamilan membolehkan mereka memantau kesihatan dan perkembangan bayi dan anda dari semasa ke semasa.

2. Jaga Pemakanan
Sebenarnya, dalam kehamilan tiada istilah makan untuk dua orang. Ketahuilah bahawa keperluan tenaga ibu hamil tidak berubah sepanjang enam bulan pertama kehamilan mereka. Keperluan ini mula meningkat sedikit ketika tiga bulan terakhir kehamilan iaitu penambahan lebih kurang 200 kalori sehari. Yang penting, ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pada masa yang sama, pastikan makanan yang diambil bersih bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit.
Sekiranya berpuasa, pastikan anda bersahur dan berbuka dengan makanan yang berkhasiat. Hidangan anda mestilah mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Cegah dehidrasi tubuh dengan perbanyakan minum air kosong pada waktu malam.

3. Pengambilan Asid Folik
Asid folik penting bagi ibu hamil kerana boleh membantu mencegah masalah spina bifida dan masalah kecacatan tiub neural. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian asid folik sebanyak 400mcg bermula semasa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

4. Bersenam
Senaman boleh memberi kekuatan dan ketahanan pada ibu hamil. Senaman juga akan memudahkan ibu hamil kembali ke bentuk tubuh asal selepas bayi anda dilahirkan. Semasa hamil, wanita digalakkan melakukan senaman lantai pelvik bagi menguatkan otot sekitar pelvik yang membantu mengelakkan daripada berlakunya inkontinens, yang selalu dialami oleh wanita hamil. Tekanan inkontinens adalah terkencing akibat aktiviti tertentu seperti bersin, ketawa atau bersenam.

5. Pakaian Dan Kasut Ketika Hamil
Sepanjang kehamilan, ibu-ibu disarankan agar memakai pakaian yang longgar dan tidak mencengkam terutamanya pada bahagian pinggang. Pastikan juga pakaian tersebut menggunakan fabrik yang mudah serap peluh seperti kain kapas. Pada masa yang sama, pakaian dalam juga perlu yang sesuai iaitu khas untuk wanita hamil. Untuk kaki, pilihlah kasut bertumit rendah dan diperbuat daripada kanvas atau kulit yang membantu memberi sokongan kepada tapak kaki anda.

6. Hadkan Pengambilan Kafein
Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa pengambilan terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko keguguran dan melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pakar memberitahu bahawa jumlah pengambilan kafein yang tidak memudaratkan ialah sekitar 150mg hingga 300mg, dalam 3 cawan. Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang kurang daripada kadar tersebut adalah lebih baik.

7. Atasi Morning Sickness
Morning sickness merupakan masalah paling biasa berlaku pada awal kehamilan tetapi tahap keseriusannya berbeza antara wanita. Masalah ini tidak akan mengancam bayi dalam kandungan selagi anda mampu untuk menyimpan sebahagian daripada apa yang dimakan. Sama penting adalah anda harus banyak minum air. Makanlah makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika berasa amat loya, makan apa saja yang mampu.

8. Rehat Secukupnya
Ibu hamil disarankan agar mendapatkan rehat secukupnya. Jika sakit belakang mengganggu tidur, cubalah berurut. Tapi, pastikan urutan tersebut dilakukan oleh individu yang berpengalaman. Selain itu, senaman dan aktiviti santai juga boleh membantu meredakan tekanan yang dihadapi.

Monday 5 November 2012

7 TIPS Kulit Cantik Bebas Jerawat

Salam ceria..
Hari ni sy nk kongsikan TIPS Kulit Cantik Bebas Jerawat! Sesiapa pun pastinya mahukan kulit yang cantik, bersih dan bebas jerawat kan? Jom ikuti tips ni..

  1. Pilih Sabun Bebas Minyak
    Sabun bebas minyak tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih. Pilih produk yang mempunyai label “oil-free”, “nonacnegenic” atau “non-comedogenic”. Cuci muka anda dengan jari-jari anda.
  2. Jangan Picit Jerawat Anda!
    Sekiranya anda melakukannya ianya bukan sahaja membuat ia bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat anda mula tumbuh. Terdapat alat yang boleh anda memicit jerawat tersebut. Itu pun selepas jerawat tersebut sudah masak. Di mana anda boleh lihat jerawat anda kekuningan.
  3. Jangan Biarkan Diri Anda Berjemur Dibawah Terik Matahari
    Ianya merupakan mitos yang berjemur atau tanning mampu membersihkan muka anda. Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit anda berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Dan juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.
  4. Gunakan ‘Sunscreen’ bebas-minyak
    Gunakan pelembab yang mempunyai ‘sun protection factor’ (SPF) 15 ataupun lebih tinggi yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran ultraviolet (UV A) dan juga UV B. Cari produk yang dilabelkan ‘non-comedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang kulit.
  5. Pastikan Rambut Tidak Menutupi Bahagian Muka Anda
    Sekiranya rambut anda panjang, pastikan rambut anda diikat supaya ia tidak menjadikan jerawat lebih anda lebih teruk terutama pada waktu siang. Ingat rambut juga mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat liang kulit muka anda. Walaupun anda tidak menggunakan apa-apa produk rambut.
  6. Jangan Sentuh Muka Anda!
    Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh.
  7. Minum Banyak AirMinum air suam dengan banyak membolehkan kulit anda sentiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga vitamin E. 3 vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikan pada kulit anda. 


Disamping mengamalkan TIPS di atas, jangan lupa ambil suppliment anda setiap hari ye.. Jom tengok bagaimana Shaklee membantu mendapatkan kulit yg cantik..



SET D (SKINCARE SET) terdiri daripada :

B-Complex : 
-Menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh menganggu kulit dan menyebabkan jerawat!
-B for Beuty! Kekurangan B-complex boleh menyebabkan kulit wajah kusam.
-Bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering.

Vitamin-C :
-Menguatkan sel2 tisu dalam badan. 
-Membantu memulihkan sel2 kulit yang luka dan berjerawat.
-Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang. Kolagen adalah sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit.

Vitamin-E : 
-Bertindak sebagai agen anti-penuaan. Pengamalan vitamin E dalam kehidupan seharian menjadikan anda kelihatan awet muda.
-Menghilangkan parut jerawat. Jadi kulit tampak lebih cantik, mulus dan berseri.
-Membantu penyerapan oksigen dengan lebih baik.
Mencantikkan kulit dan menampakkan wajah lebih muda dari usia sebenar.

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) : 
-Mengandungi 9 jenis asid amino penting yg tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Hanya boleh diperolehi daripada makanan bagi pembentukkan sel2 kulit. 
-Sel kulit muka kita akan digantikan setiap 21 hari, jadi pengambilan protein yg berkualiti tinggi seperti ESP penting untuk memperbaharui -sel2 kulit dan menyingkirkan sel2 kulit mati.
Menganjal dan melembutkan kulit muka.

Jom tengok apa pula kata pengguna..


Nak dapatkan set D + ESP ni dengan HARGA ISTIMEWA?

Harganya memang luar biasa.. Harga biasa pun dah murah, Harga luar biasa ni, lagiiii laaa muraahhhh... 

PM saya di FB : Ariel Damia Farhana

SMS/Call : 017-298 2635 (nana)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2021 Mommy Miasara. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.